Vitamin C merupakan nutrisi penting yang diperlukan tubuh badan bagi meningkatkan imunisasi tubuh. Jadi tidak hairanlah ramai antara kita mahu memastikan vitamin C sentiasa dibekalkan untuk tubuh badan seisi keluarga agar kekal sihat.

Mengambil jalan mudah, biasanya kita juga selesa untuk membeli suplemen vitamin C, pun begitu terkadang keliru juga untuk membeli yang mana satu memandangkan banyak dijual di pasaran.

Kalau boleh biarlah kita beli yang terbaik!

Melalui perkongsian dari Dr Kamarul Ariffin,  tidak menafikan bahawa dia juga sering diajukan soalan yang sama dalam menentukan mana satu yang terbaik untuk diambil dalam diet harian oleh pesakitnya.

“Supplemen Vitamin C apa yang bagus, doktor?”

Ini soalan yang setiap hari saya jawab. Bila saya beri cadangan saya, ada pesakit macam tak boleh terima dan mungkin sebahagian kalian juga begitu. Tak apa, mari baca.

Satu hari, tubuh kita perlukan sekitar 70-90mg vitamin C. Itu sahaja yang diperlukan oleh tubuh yang sihat. Jika kita ambil lebih, tubuh kita akan buang semula melalui air kencing.

Kebanyakan tablet vitamin C yang dijual di pasaran, mengandungi 500-1000mg vitamin C dalam sebiji tablet. Jauh lebih tinggi daripada keperluan harian. Sekitar 7-10 kali ganda.

Tak salah untuk kalian ambil tablet vitamin C, namun sebenarnya kita boleh dapatkan vitamin ini dari sumber alami yang murah dan mudah dimasukkan dalam diet harian.

Tahu tak, hidangan 100g sayur-sayuran ini, mengandungi jumlah vitamin C yang cukup untuk keperluan harian kita?
▪️Pucuk ubi = 192mg
▪️Cekur manis = 136mg
▪️Lada Benggala = 112mg
▪️Kailan = 107mg
▪️Sawi = 89mg
▪️Brokoli = 85mg

Ads

Suplemen Vitamin C Mana Paling Bagus? Tak Perlu Pening Kepala Dr Ni Pesan Makan Je Sayur & Buah, Itu Lagi Terbaik!

 

Jika mahukan lebih banyak vitamin C, boleh makan buah-buahan. 100g buah-buahan ini mengandungi jumlah vitamin C seperti berikut:
▪️Jambu batu = 152mg
▪️Longan = 72mg
▪️Betik = 71mg
▪️Oren = 53mg

Suplemen Vitamin C Mana Paling Bagus? Tak Perlu Pening Kepala Dr Ni Pesan Makan Je Sayur & Buah, Itu Lagi Terbaik!

Sayur dan buah juga garam mineral dan serat yang diperlukan oleh tubuh. Malah boleh disediakan dalam pelbagai bentuk hidangan yang lazat.

Ia juga tidak mahal dan mudah didapati di pasaran tempatan. Sayur dan buah ini ada dijual di gerai, kedai runcit, pasar, dan pasar raya di sekitar kita.

Ads

Sekarang ni, lagi mudah. Sudah ada usahawan yang hantar sayur-sayuran dan buah-buahan segar terus ke rumah mengikut langganan mingguan atau bulanan.

Jadi, apa supplemen vitamin C yang bagus?
Betul!
Sayur dan buah!

Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

 

 

Ads

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI