
Super Hero Jr Gader!
Hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak adalah antara sikap yang mesti ada dalam membentuk sebuah keluarga yang harmoni. Menyedari pentingya aspek ini dalam kekeluargaan, justeru, Majalah Keluarga melalui #keluargagader menganjurkan aktiviti Superhero Jr Gader di Shah Alam Convention Centre (SACC) 4 Ogos yang lalu yang disertai seramai 100 orang kanak-kanak berpakaian adiwira. Penganjuran ini adalah sempena Pa&Ma Baby Fiesta 2019 yang diadakan selama tiga hari bermula 2,3 dan 4 Ogos 2016.
[Best_Wordpress_Gallery id=”18″]
#Keluargagader Break-first Love@Kidzania

Tarikh : 2 Feb 2019
#keluargagader dengan kerjasama Legoland Malaysia ini telah disertai oleh 30 keluarga yang terdiri daripada dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak. Kemeriahan Break-first Love yang cukup luar biasa!
[Best_Wordpress_Gallery id=”14″ gal_title=”BREAK-FIRST LOVE@KIDZANIA 2 FEB 2019″]
Legoland Malaysia Resort Di Buka Semula, Ada Promosi Berbaloi Untuk Keluarga!

Semestinya ini berita gembira buat semua yang ingin bercuti ke Legoland. Mulai khamis lalu iaitu 25 jun secara rasminya Legoland Malaysia Resort telah di buka semula selepas ditutup sementara selama beberapa bulan akibat pandemik COVID-19. Namun begitu ia beroperasi pada kapasiti lebih rendah sebagai langkah pencegahan.
Pengarah Bahagian, Lim Choong Sean berkata taman tema itu mengalu-alukan kehadiran pengunjung ke hotelnya selain SEA LIFE Malaysia, tarikan di dalam air yang interaktif.
Beliau berkata dengan pembukaan semula operasinya yang sejajar dengan garis panduan yang ditetapkan kerajaan, tetamu dijangka berdepan protokol baharu dan perubahan operasi di seluruh resort di samping perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan.
“Kami perlu mengehadkan kapasiti resort kepada hanya 30 peratus daripada operasi normal. Kami turut menyediakan platform urus niaga tanpa tunai untuk meminimumkan sentuhan di antara tetamu dan pekerja. Kami turut menutup sebahagian aktiviti untuk sementara bagi memastikan penjarakan sosial,” katanya lagi.
Bagi memastikan hasrat ini tercapai, Legoland memperkenalkan kemudahan, proses dan tenaga kerja baharu sesuai dengan protokol dan prosedur keselamatan termasuklah. Sementara itu, Legoland juga mengumumkan pelbagai tawaran menarik dan fleksibel di mana pengunjung boleh membuat tempahan awal dan merancang percutian mereka. Promosi disertakan dengan jangka masa lanjutan daripada pakej biasa dan ini adalah sebahagian usaha Legoland untuk menghidupkan kembali industri pelancongan.
10 PERKARA BARU DI LEGOLAND
- Wajib menggunakan penutup mulut sepanjang berada di kawasan taman tema dan hotel.
2. Pengambilan suhu dan pendaftaran pengunjung. Proses ini akan berlaku tiap kali keluar dan masuk di Taman Tema ataupun di Hotel.
- Sekira kebiasaanya sarapan pagi disediakan di Brick family Restaurant tetapi kini pengunjung diberikan pilihan samaada mahu sarapan di hantar ke bilik ataupun makan di restoran tetapi hanya di berikan masa 40 minit sahaja.
- Perlu belajar untuk bersabar ketika ingin menaiki atau merasai permainan yang ada kerana selain dihadkan kapasitinya protokol kebersihan dan pembasmian kuman di lakukan setiap kali untuk memulakan permainan. Oleh itu, sedikit masa di ambil untuk proses ini.
- Pihak Legoland sentiasa memastikan adanya penjarakkan sosial dan kawalan pengunjung. Jadi pastikan anda patuhi ya!
- Bagi yang dah penat bermain dan ingin merasai makanan di Kafe di dalam taman tema tiada masalah kerana kafe telah di buka sepenuhnya. Namun harus diingat juga kapasiti untuk memasuki restoran juga di hadkan hampir separuh daripada jumlah normal.
- Ini antara yang wajib di grab sekarang iaitu lanjutan 3 bulan untuk semua Pas Tahunan – Pas yang telah tamat atau akan berakhir antara Februari – Disember 2020
8. Bagi yang ingin membuat pembaharuan pas tahunan masa terhad – Pas Tahunan yang diperbaharui mulai sekarang dan seterusnya akan sah sehingga Disember 2021
- Tempahan Hotel Percuma Masa Terhad – Tempah 1 malam dan dapatkan malam ke-2 secara percuma. Memang berbaloilah kalau tempah sekarang!
10. Bukan sahaja hotel di tawarkan promosi istimewa malah akses untuk Taman Tema juga menarik. Beli tiket 1 Hari dan dapatkan tiket ke-2 secara percuma.
Tunggu apa lagi! Bawalah keluarga anda merasai pengalaman menarik dan baru di Legoland. Namun jangan lupa ya patuhi semua SOP yang ditetapkan. #kitajagakita.
Cipta Keseronokan Bermain Dengan Set Mainan Pembinaan

Mencipta keseronokan bermain dan dalam masa yang sama merangsang otak dan kreativiti hanya boleh dilakukan apabila kanak-kanak bermain set permainan LEGO.
Set permainan yang tak lapuk dek zaman ini bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa juga sentiasa teruja untuk menyelesaikan pembinaan set permainan LEGO®.
Keriangan dan keterujaan untuk menyaksikan hasil binaan LEGO® mereka terhasil membuatkan sesiapa sahaja boleh fokus dan duduk diam memberi tumpuan. Jadi, para peminat set permainan LEGO® jangan lepaskan peluang untuk merebut 7 koleksi permainan yang terdapat dalam LEGO® Build The Thrills campaign.
LEGO Group melancarkan rangkaian set kenderaan baharu untuk kanak-kanak yang menggemari kereta untuk membina kereta penuh aksi, menyesuaikannya mengikut kesukaan mereka dan merasai pengalaman permainan tersebut dengan keupayaan untuk membina dan membina semula.
1. Race Car
LEGO® racing action untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas mengasah bakat membina imaginasi binaan kreatif yang berinspirasi iaitu set mainan LEGO® City Race Car termasuk 2 figura mini.
Kepingan Modular LEGO® dan pre-molded Starter Brick chassis memberikan permulaan baru kepada para pembina lego.
Set permainan ini memberi peluang untuk ibu ayah mencipta masa bersama si kecil kerana boleh bersama-sama membinanya. Langkah demi langkah panduan membina secara bergambar dan digital memudahkan untuk si kecil membinanya.
The LEGO® City Race Car didatangkan dengan pemandu dan mini figura mekanik, aksesori yang melengkapkan keseronokan imaginasi permainan lumba.
2.Police Car
Pengembaraan menangkap penjahat dalam dunia kreatif LEGO® City. Set mudah bina permainan kereta polis pasti mengujakan si kecil berusia 5 tahun ke atas terutama kanak-kanak lelaki.
Selain merangsang kreativiti pembinaan, set kereta polis ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk belajar semasa bermain. Panduan secara bercetak dan digital disediakan bagi membantu pengalaman membina yang menyeronokkan selain membentuk keyakinan diri dan kemahiran kehidupan.
Set kereta polis ini juga boleh menjadi hadiah hari jadi paling ideal atau pemberian bermakna kepada peminat set binaan LEGO® City dan kereta mainan.
3.Formula E® Porsche 99X Electric
Raikan salah satu daripada pasukan lumba Formula E® terkenal di dunia dengan set pembinaan Formula E® Porsche 99X Electric. Peminat Formula E® pasti tak lepaskan peluang untuk mencipta semula drama hari perlumbaan menggunakan aplikasi.
Dengan aplikasi augmented reality dan 2 pull-back motors, kanak-kanak boleh membuat keputusan taktikal seperti pelumba popular Porsche Formula E®.
Dengan 422 keping lego, kanak-kanak pasti seronok membina model replica kereta lumba autentik Formula E® Porsche.
4.Tree Planting Vehicle
Set binaan brick tapak semaian pokok dan trak ini pasti disukai kanak-kanak yang gemar bermain berkebun di pokok yang sedang tumbuh dan memelihara hidupan liar.
Set mainan ini dilengkapi dengan elemen untuk mengembangkan imaginasi mempunyai 336 keping lego termasuk 2 mini-dolls, tapak semaian pokok, trak pickup, aksesori berkebun dan figura hidupan liar.
Set warna warni ini menjadi cara terbaik untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap alam sekitar dan menunjukkan kepada mereka bagaimana pokok tumbuh membesar.
Ia boleh menjadi set ideal untuk hadiah hari jadi, percutian atau pemberian untuk kanak-kanak lelaki atau perempuan berusia 6 tahun ke atas yang sayangkan alam semula jadi, haiwan comel atau kenderaan pelik.
5.The LEGO® Speed Champions 1970 Ferrari 512 M
Set pembinaan LEGO® ini memberi peluang kepada kanak-kanak dan peminat kereta dari semua peringkat umur untuk mengumpul, membina dan meneroka kereta lumba ikonik. Ia sesuai untuk dimainkan dan dipamerkan, rekreasi LEGO® yang setia ini merakamkan intipati kereta lumba endurance lagenda 1970-an yang terkenal dengan prestasi yang menakutkan dan epik di trek.
6.Lotus Evija
LEGO® Speed Champions Lotus Evija (76907) ini merakamkan kesederhanaan elegan dan reka bentuk inovatif real-life all-electric hypercar. Sesuai untuk kanak-kanak dan peminat kereta dari semua peringkat umur, ia memberikan pengalaman pembinaan yang menarik, sesuai untuk pameran dan hebat untuk aksi perlumbaan bertenaga tinggi.
7.Street Racer
Peminat kereta terpantas boleh meredah jalanan atau litar lumba denan set bangunan LEGO Creater 3in 1 Street Racer (31127) yang menakjubkan ini. Kanak-kanak berumur 7 tahun ke atas akan teruja untuk mempamerkan perlumbaan dengan kereta mainan yang hebat ini, yang menampilkan paip sisi yang hebat, spoiler dan bumbung boleh tanggal.
Kanak-kanak mendapat tiga pengalaman bina dan main yang berbeza denga set mainan LEGO Creator 3in 1 ini. Mereka boleh membina mainan kereta otot Street Racer, kemudian membinanya semula menjadi kereta lumba red-and-teal hot rod, atau menyalakan imaginasi mereka untuk mencipta kereta lain yang berkuasa pantas.
Pengalaman digital untuk pembina LEGO
Set mainan dilengkapi dengan arahan pembinaan digital interaktif untuk menjadikan pengalaman pembinaan lebih menyeronokkan. Ia boleh diperolehi secara percuma dalam aplikasi LEGO Building Instructions yang boleh digunakan melalui telefon pintar atau tablet, alat zoom dan putaran membantuk kanak-kanak memggambarkan model semasa mereka membinanya.