Bagi yang suka makan kek, memang akan tercari-cari bahan-bahan yang mudah untuk membuatnya. Bukan sahaja, bahannya, cara penyediaannya dan cara masaknya mesti nak yang senang kan!
Bukan apa, untuk beli kek jenis cheese ni memang mahal. Jadi jika buat sendiri memang boleh makan berulang kali dengan kos yang berbaloi.
Perkongsian viral ini oleh puan Nur Haziqah memang superb! Bahan-bahan untuk membuatnya mudah, paling mengkagumkan, tak perlu masak dalam oven, hanya letak dalam peti ais dan siap! Mudah sangat. Boleh jadi kek express jika tekak nak ‘mengidam’ nak makan kek. Ikuti resepi berikut
First time buat cheesekut tiramisu tanpa nescafe. Selalu buat cheesekut biasa dan kek tiramisu jaa. Harini cuba buat cheesekut tiramisu leleh pulak
Alhamdulillah menjadi. Sorry sebab nampak comot sikit
Cara-cara • satukan cream cheese , susu pekat dan susu segar. Blend sehingga sebati • celup biskut dalam susu segar ( 2 3 saat terus angkat ) • kemudian lapiskan dengan cheese • setiap lapisan cheese tabur serbuk koko • simpan dalam peti ais selama 1 atau 2 jam • siap
Ads
* bekas lapik plastik dulu kalau nak potong kat luar. * setiap lapisan perlu cheese yg banyak utk hasilkan cheese leleh dan kurangkan jumlah biskut * kalau taknak cheese leleh nipiskan lapisan cheese dan lebihkan layer biskut
Siap!
Selamat mencuba !
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan sekarang ini macam-macam video dikongsikan di media sosial, ada yang bagus dan bermanfat, bolehlah dijadikan panduan. Namun tidak kurang juga perkongsian video yang pelik-pelik dikongsikan sekadar untuk suka-suka dan menarik perhatian umum.
Pun begitu, dalam sedar atau tidak tindakan tersebut sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan pesakitnya yang mengadu bermasalah setelah suaminya meniru konten buat ‘prank’ berlaku curang.
Ini perkongsiannya dan bersamalah ambil pengajarannya.
Semakin ramai pula orang tiru konten buat prank pada pasangan, kononya tengah curang, kemudian rakam reaksi pasangannya tu dan muat di sosial media. Eksperimen sosial katanya.
Risau, saya.
Ada seorang pesakit datang mengadu bahawa sejak dia kena prank begitu, dia dah hilang rasa sayang kepada pasangannya. Baru berkahwin, dan selepas insiden itu, terus dah dingin hubungan.
Gambar sekadar hiasan
Pertama, dia berasa terguris kerana pasangannya sanggup melukakan hatinya dengan sengaja, iaitu dengan alasan “bergurau” dan “eksperimen”. Dia tak boleh terima benda tu.
Kedua, pasangannya muat naik pula rakaman itu untuk tontonan umum, serta dijadikan bahan ketawa di ruangan komen. Dia tertanya-tanya, adakah naik marah atas kecurangan pasangan itu kelakar?
Ketiga, apabila dia berterus terang tentang perasaannya dengan pasangan, pasangannya telah memadam video berkenaan tetapi ada kata dia tak “sporting”, tak “chill”, tak “relax”. Dia terkilan.
Gambar sekadar hiasan
Video itu tular, dan telah dimuat naik semula oleh beberapa media lain. Walaupun pasangannya dah padam di akaun sendiri, namun video itu di media-media lain masih ada.
Setiap kali video itu lalu di media sosial, dia marah, tak boleh tidur, segan nak keluar rumah, malu nak pergi kerja, nak duduk rumah pun tak boleh sebab tak lalu nak tengok muka pasangannya.
Ini mencetuskan perbalahan antara mereka, kemudian perbalahan menjadi pertengkaran, lambat laun pertengakaran menjadi pergaduhan, hujungnya pergaduhan itu menjadi penceraian.
Malangnya, penceraian itu bukan penutup kepada masalah ini. Video dia masih berlegar di alam maya. Sekali sekala muncul semula di media sosial. Kelakuannya masih ditertawa.
Begitulah bagaimana dia akhirnya tiba di meja konsultasi saya dan minta dirujuk ke doktor psikiatri. Saya minta kebenaran untuk kongsikan kisahnya pada kalian semua. Dia izinkan.
Bersenda gurau dengan pasangan, boleh mengeratkan hubungan. Ia amat digalakkan, tapi perlu tahu di mana had dan sempadannya. Menyakat tak apa, tapi tak usahlah sampai menyakiti.
Ingat! Ada luka boleh sembuh, ada luka menjadi nanah, ada luka meninggalkan parut, dan ada luka mampu bunuh. Oleh itu, sebolehnya jangan melukakan pasangan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Kebiasaanya ketika menggoreng ikan, kita akan goreng sekali dengan kepala dan mata ikan tersebut. Tetapi tak ramai yang akan menjamah bahagian mata dan kulit ikan tersebut.
Tahukah anda bahagian mata dan kulit ikan mempunyai pelbagai protein yang sangat baik untuk tubuh badan kita.
Dalam kulit dan mata ikan ada zat yang bernama lesitin. Zat ni baik untuk kesihatan sendi sekiranya kita mempunyai masalah radang sendi.
Ikan laut kulitnya lebih tebal kerana memiliki protein dan lesitin yang sangat tinggi.
Sumber dari DoktorSehat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak memudahkan kerja tapi rupanya boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.
Bagi penggemar laksa, pasti tak SAH kalau tak makan bersama telur rebus kan. Bagi yang membeli laksa kering,kenalah rebus terlebih dahulu. Jadinya nak jimatkan masa , ada yang rebus sekali telur Di dalam satu periuk.
Sebenarnya cara ini salah dan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan diri. Berikut perkongsian dari Sazly tulih kenapa tidak boleh rebus laksa dan telur dalam satu periuk.
Rebus Laksa dan Telur: Jimat atau Bahaya?
Laksa tanpa telur laksana bulan tiada bintang di malam hari. Tidak ceria langit yang terbentang luas. Tapi bolehkah rebus telur bersama laksa??
Mungkin bagi sesetengah orang, telur direbus bersama laksa atau telur direbus bersama nasi adalah menjadi kebiasaan. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan gas. Tapi sedarkah kita, terdapat risiko kepada keselamatan makanan dan juga halal?
Gambar hiasan
Jika telur tadi tidak dibersihkan dengan sempurna, najis ayam masih terlekat pada kulit telur. Mungkin dalam kuantiti yang kecil kita dapat membersihkan telur itu dengan baik, akan tetapi bagaimana jika kuantiti yang banyak? Ada kemungkinan kita tercuai untuk membersihkan telur tadi dengan sempurna.
Gambar hiasan
Pada telur yang tidak bersih dan tercemar dengan najis, terdapat bakteria seperti salmonella sp. Apabila kita telah makan makanan yang tercemar dengan bakteria ini, ia boleh mengakibatkan kita mengalami cirit birit, muntah-muntah, loya, sakit perut dan demam serta boleh juga menyebabkan kematian.
Tempoh inkubasi bakteria ini di dalam badan kita seawal 6jam dan sehingga 72jam selepas kita makan makanan yang tercemar. Selalunya ia berlaku pada tempoh 12- 36 jam.
Gambar hiasan
Najis yang terdapat dalam makanan kita adalah tidak halal dan tidak suci.
Berkata Imam al-Nawawi: “Bahawasanya dalam mazhab kami (Syafi’ie) semua tahi haiwan, tahi burung dan air kencing adalah najis sama ada berasal dari haiwan yang boleh dimakan atau tidak boleh dimakan. (Rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab, 2/550).
Makanan yang halal mestilah suci. Ini berpandukan ungkapan halalan yang disusuli perkataan ṭayyiban dalam firman Allah SWT:
Maksudnya : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik”
Surah al-Baqarah (168)
Jadi, bagi mengelakkan keracunan makanan ini berlaku, adalah dinasihatkan bersihkan telur dengan sempurna dengan tiada lagi kotoran dan najis pada telur tersebut. Sebolehnya, elak rebus telur bersama-sama makanan yang lain.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.