Bukan mudah menguruskan anak yang ramai dan pada masa yang sama perlu memastikan rumahtangga dalam keadaan teratur dan kemas. Pastinya ia bukan tugas yang mudah. Ia memerlukan displin pengurusan masa yang amat teliti. Semua ini mengelak daripada kelam kabut terutana waktu pagi.
Melalui perkongsian oleh Ida Ifaz amat berguna untuk membantu ibu bapa menguruskan anak tanpa pembantu rumah. Malah amat sesuai sekali buat mereka yang bekerjaya. Walaupun perkongsian yang lama namun masih relevan untuk dijadikan panduan. Jom semak!
Menguruskan anak di awal pagi dan dalam masa yang sama perlu uruskan diri adalah tidak mudah. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental supaya kita dan anak sama-sama terurus walaupun di awal pagi, pada masa yang singkat. Kita juga tidak perlu berpatah balik ke rumah kerana tertinggal barang dan menjejaskan prestasi kerja.
Mood pagi untuk bekerja juga penting. Mengurus anak dan diri sendiri dengan baik boleh membantu kita lebih fokus dan bersemangat untuk pergi kerja dengan baik.
Tips yang tidak seberapa ini adalah mengikut pengalaman saya sendiri yang mempunyai 5 anak lelaki yang masih kecil dan tidak mempunyai pembantu, malahan suami saya terpaksa pergi kerja pada awal pagi, segala urusan anak perlu saya uruskan sendiri tanpa pembantu.
Antara tips yang membantu saya:
Ads
1) Bereskan pada waktu malam Segala urusan beg sekolah dan beg-beg anak sebaiknya disiapkan pada waktu malam. Biasanya, saya ajar anak yang dah bersekolah untuk kemas beg mereka sendiri.
Beg-beg itu pula diletakkan di depan pintu supaya senang nak capai esoknya. Baju-baju sekolah mereka pun perlu siap digosok pada malam hari supaya tak kelam kabut pada waktu pagi.
2) Bangun awal pagi. Dengan bangun awal pagi, kita ada lebih banyak masa untuk uruskan banyak benda. Biasa juga berlaku sesuatu yang unexpected, seperti anak muntah dan anak membuang air serta perlu di cuci.
Ia ambil masa kita sebab dalam masa yang sama, kita juga perlu bersiap. So, bila ada lebih masa, kita boleh hadapi unexpected things lebih mudah.
Ads
3) Tenang-tenang aja Berhadapan dengan anak-anak kecil, banyak perkara yang menguji perasaan biasa berlaku. Mereka mengamuk di awal pagi, mereka inginkan itu ini yang tidak dapat ditunaikan pada waktu itu, tantrum yang sangat menguji perasaan.
Huh. Ibu-ibu yang ada pengalaman dengan anak kecil pasti memahami.
Tips saya, kita jangan stress dan tenang-tenang aje menghadapinya. Kalau anak saya mengamuk, saya biarkan aja untuk 5 – 10 minit dan kemudian saya akan pujuk. Bertindak tegas dengan mereka tetapi tidak marah-marah dan meninggi suara. Jika tidak, mood kita akan terjejas. Memang payah, perlukan latihan dan kekuatan mental yang tinggi.
4) Delegasi kerja urusan sendiri Bagi saya yang tiada pembantu, segala urusan menggosok baju saya ‘delegasi’kan ke kedai dobi, kerana walaupun weekend, saya masih lagi tidak sempat meluang masa untuk menggosok baju.
Ads
Ibu-ibu yang mempunyai masa boleh siapkan gosok baju sendiri pada hari weekend untuk seminggu hari bekerja. Selain menjimatkan masa, ia juga menjimatkan elektrik jika gosok baju sekali gus untuk seminggu. Urusan ini sangat ambil masa jika kita perlu membuatnya di awal pagi selain menguruskan anak.
5) Mohon bantuan anak
Anak yang berumur 5 tahun ke atas sudah pandai uruskan diri mereka sendiri serba sedikit. Menyiapkan beg sendiri, menolong mengangkat beg adik, membantu mengemas katil boleh dilakukan jika kita tolong ajar dan tunjukkan.
Mereka akan jadi lebih bertanggungjawab dan berdikari selain memudahkan kerja kita di rumah. Ia perlu di ajar pada awal usia mereka kerana jika mereka tidak biasa melakukannya, mereka tidak mudah untuk lakukan biasa dah capai umur 10 tahun ke atas.
6) Kekuatan Spiritual dan Mental Ini tips paling penting, apa-apa yang kita lakukan akan mudah jika kita fikir kita boleh lakukan. Pergantungan kepada Allah paling penting untuk elak stress.
Mohon bantuan kepada yang Maha Menguruskan setiap perkara di dunia ini adalah tips TERBAIK yang saya pernah dapat. Kuatkan mental dengan mengulang ayat “Saya Ibu yang Hebat, semua cabaran adalah cabaran kecil dan mudah sahaja bagi saya”
Ulang 5 kali terutama ketika menghadapi waktu-waktu sukar setiap pagi. Satu lagi tips, tukarkan perkataan “MASALAH” dengan “CABARAN”. Perkataan “Masalah” menjadikan kita lemah, perkataan CABARAN menjadikan kita lebih HEBAT dan akan cuba mengatasinya, bukan mengeluh menghadapinya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak buat pasangan dan rumahtangga bahagia bukan cara wang ringgi atau kena romantik. Ada pelbagai cara boleh buat supaya pasangan gembira. Salah satunya sebagaimana perkongsian lelaki ini adalah membersihkan dapur sebelum tidur. Nampak biasa ajer tapi memberi kesan yang mendalam pada para isteri.
Beliau berbuat demikian bagi memastikan dapur kelihatan kemas supaya mudah isterinya memasak pada keesokan paginya. Bayangkan jika dapur penuh dengan pinggan mangkuk dalam sinki, pasti mood memasak ‘ kelaut’. Inspirasi cara lelaki ini membantu isterinya dengan cara sebegini.
Ikuti perkongsian ini.
Saya bukan rajin, apa lagi takut bini .Saya cuma nak hidup tenang. Hidup kita akan tenang bila pagi-pagi muka isteri senyum, kalau pagi-pagi muka isteri dah ketat, rasa kelam hidup kau satu hari , lagi-lagi masa MCO ni.
Ini teknik nak bagi isteri muka tak ketat pagi-pagi . Setiap hari Sebelum kau tidur, Kau kemas dapur cantik-cantik & basuh semua, jangan tinggal walau satu garpu pon atas meja & dalam Sinki tak berbasuh, lap semua kasi berkilat, kosongkan tong sampah.
Siap , baru kau masuk tidur. Esok pagi confirm isteri takde point nak bebel. Padan muka dia. Suami-suami yang nak hidup korang tenang masa MCO ni, sila ikut Tips ni .
Superb cara ni. Mudah ajer nak buat para isteri muka tak ketat waktu pagi.
Kredit: Khairul Ezuwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi pasangan raja sehari, mereka ada cara tersendiri untuk meraikan hari bahagia supaya dapat dikenang sehingga ke akhir hayat. Daripada pemilihan pakaian, lokasi, tarikh dan juga hantaran, segalanya mahu nampak istimewa.
Hantaran Al-Quran Tulisan Tangan
Sebut tentang hantaran, seorang jurugambar semalam memuat naik satu perkongsian di Twitter, tentang kawannya yang memberi hantaran berbentuk senaskah al-Quran yang ditulis tangan sendiri olehnya kepada isteri.
Ambil masa 3 tahun tulis tangan
Thread yang dibuat oleh Raja Nazrin ini telah nyata menjentik perhatian netizen. rata-rata memuji kegigihan pengantin lelaki tersebut dalam memberikan sesuatu yang cukup istimewa buat pasangannya.
Menurut Raja Nazrin, al-Quran tulisan tangan itu mulai ditulis sejak tiga tahun sebelum ini, iaitu semasa pengantin lelaki masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama dengannya.
a
Cantiknya tulisan jawi dia..
Rata-rata netizen berasa kagum dengan pemberian tersebut. Mereka turut berasa terpegun dengan tulisan tangan pengantin lelaki yang sangat cantik dan tersusun itu.
Memang tidak dinafikan semua orang ingin memiliki rumah sendiri atau kereta baru serta kelengkapan rumah lengkap serba serbi. Jika boleh penapis air jenama mewah pun mesti ada.
Namun, bak kata perpatah, ukur baju dibadan sendiri. Bagi yang kurang mampu, memilik semua itu, usah rasa down ada kawan-kawan memilik semua aset itu, sedangkan kita sebaliknya.
Jika anda tidak memiliki itu, anda tetap mampu hidup dengan tenang dan gembira dengan diberikan kesihatan yang baik dan tiada masalah kewangan, jadi teruskan dengan kehidupan yang bahagia ini.
Pilihlah cara hidup sendiri, kerana bahagia pasti menanti. Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh puan Ct Syeera yang menyatakan usah bersikap down jika ada kata-kata yang mempersoalkan cara hidup anda.
Medical card, air bertapis, kereta baru, rumah sendiri dan lain-lain.
Pada yang tak mampu nak bayar bulanan untuk benda-benda di atas tu, ampa jangan down.
Sis paham bila ada dikalangan orang terdekat yang persoalkan benda tu awt ampa tak ada semua tu.
Ayat paling selalu sis dengar pasai medical card la. Penah terkena batang idung sis. “Awat tak ambil. Ambil yang bulanan paling murah pun takpa janji ada. Anak demam senang bole p private. Tak payah tunggu hosp gomen. Lambat. Pastu banyak kore”. Simple tapi makan dalam. Sebab apa sis kata lagu tu? Ampa taktau kewangan dia macamna. Ampa taktau dia struggle macamana nk teruskan hidup dia tapi ampa persoalkan benda macamtu yang dia rasa kalau dia ambil akan menyusahkan hidup dia sedangkan untuk ampa benda ni baguih.
Sama macam kes beli rumah. Ayat paling biasa dengaq “awat tak beli rumah, dari menyewa bayar bulan2, atleast nanti jadi rumah ag sendiri dah”. Kalau la dia mmpu sediakan deposit beli rumah. Kalau la bank bole bagi loan dekat dia tanpa tengok gaji dia. Sis jamin, semua orang takkan menyewa lagi dah.
Pada ampa semua. Tolong jaga setiap perkataan yg keluar dr mulut ampa semua sebab kadang2 benda tu bole mengguris perasaan org2 ini. Tu yang jadi punca dpa jauhkan diri atau erti kata lain depa akan lari bila ampa nak jumpa or jadi silent reader dalam wasap grup .
IKUT CARA SENDIRI, BAHAGIA MENANTI
Ampa mungkin taktau. Walaupun dia tak mampu ada medical card tapi dalam setiap doa selepas solat dia akan mintak Allah kurniakan kesihatan yang baik pada keluarga dia. Sebab tu anak dia tak sakit dan tak perlu masuk hospital lima bintang.
Walaupun dia tak mampu minum air bertapis tapi anak dia masih boleh minum air yang bersih. Walaupun dia tak mampu naik kereta baru tapi dia masih boleh pergi merata dengan kereta sedia ada.
Walaupun dia menyewa dia tapi dia masih tak basah bila hujan turun. Hanya Allah sebaik2 perancang. Siapa kita yang nak persoal semua tu? Hanya hambanya yang sentiasa menagih pertolongan dari yang Esa.
Daripada ampa cakap benda yang mengguris hati dia baik ampa tolong dia. Pergi melawat selalu, tanya khabar, bantu dari segi wang atau tenaga sekiranya nampak depa ada masalah. Sebab kadang2 kita tak perasan. Depa sorokkan kesusahan depa sebab depa masih nak menjaga air muka bila berdepan dengan org jenis ni .
Moga kita muhasabah diri untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.