Apabila menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa bukanlah mudah buat sesetengah kita. Pada masa yang sama perlu mendidik anak mengenai erti tanggungjawab dalam sebuah keluarga.
Salah satunya mengajar anak untuk melibatkan diri hal urusan rumah termasuk membasuh pakaian, mop lantai, memasak, basuh pinggan dan cuci tandas. Cara ini bagus dilakukan sejak awal lagi supaya besar nanti mereka tidak kekok melakukan kerja rumah.
Berkongsi tip bermanfaat daripada seorang ibu menerusi facebook miliknya, Kasih Aireen mengenai giliran kerja rumah buat anak-anaknya.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Setiap anak ada giliran tugasan rumah
Malam ni saje nk kongsi dengan suri kisah anak bujang saya 4 hero,1heroin (ikut kelebihan masing-masing) dan saya ibu g malas..
Anak no1,heroin 14 thun..tugas dia kemas-kemas rumah,sapu sampah..hari rabu giliran dia basuh,sidai,angkat baju (setiap anak ada giliran)
Ads
Anak no2,14thun-tugas dia pergi kedai beli barang yang saya perlukan…dia mmg dah expert tentang tentang barang2 kedai ni. setiap hari selasa giliran dia membasuh.
Anak No3,13 tahun..tugas dia masak yang simple..megi ke,buat air ke.sbb asal masuk dapo je petik api.ada je benda dia nk buat. Kadang tgh mlm pun masih g ke dapo..tpi sy pesan klu sy xd jgn pandai2 masak sendri.bhaya!turn membasuh hari isnin.
Anak No 4,13thn gak…yg ni tugas dia..ikut suke say nak suruh ape.basuh pinggan ke,isi air dalam botol,kadng tolong yang lain2 je..turn membasuh rabu.
Ads
Anak No5,12 tahun.sebab dia suke main je.. keluar masuk rumah,saya tugaskan dia buang sampah,sapu-sapu bahagian luar rumah. Jumaat turn dia pulak ye mmbasuh.
Sabtu ahad hari tanpa gajet..
Memasak pun anak-anak bantu
Ads
Habis ibu buat ape….sume anak yg buat?..hahaha..pe lagi..? layan suami je la…wah..wah…xad la…dalam masa yang sama tolong gak.tapi hari ahad say basuh baju ye..5 hari dah ckup collum…hahhaa..baju pun lipat sendri punya je..
Malam ni saya suh masak sardin n telor dadar…(sume akan masuk dapo.tapi sellunye dorg kerjasama) dengar la riuh nye tu. Sampai tirai dapo tu pun jatuh di buatnye. Opss.lupe lak…kalau saya masak,potong2 bawang,blender,bahan2 suh dorg sume siapkan..saya tinggal masak je.ikan ayam saya la yang potong..kang terpotong jari,saya gak yang ssh nnti kan..
Haha..maaf ye suri2..pnjang skit story saya malam ni….suri2 jangan kecam saya tau.komen murni je.. #pdpr sesi ptg ye.
Sungguh inspirasi cara ibu ini kongsikan untuk mendidik anak-anak tentang tanggungjawan dan kerjasama dalam sebuah keluarga.
Berkongsi info dan cara menghindari makanan yang boleh menyebabkan gout, doktor ini terpanggil untuk berkongsi faktanya.
Semoga serba sedikit penerangan ini, menjadi satu titik permulaan untuk kita pastikan pemakanan keluarga adalah dari sumber yang sihat dan berkhasiat. Jom semak.
MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN GOUT
Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.
Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.
Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak dan panas. Sendi yang sering terlibat ialah sendi pada ibu jari pada kali pertama, namun boleh juga berlaku pada sendi seperti lutut, siku dan tumit.
Peningkatan tahap gout yang terlalu tinggi boleh menyebabkan pembentukan kristal yang lebih besar (dinamakan “tophi”) sehingga mencacatkan sendi itu. Peningkatan uric acid yang terlalu tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan akhirnya kerosakan buah pinggang.
Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga pemakanan seharian dan elakkan makanan yang mengandungi kandungan purine yang tinggi.
Kurangkan berat badan dan minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.
Pernah tak berhadapan dengan situasi pokok jiran masuk ke ruangan rumah kita sehinggakan sebilangan hasil pokok pun masuk ke kawasan yang sama? Waktu tu kita pun keliru boleh ke tidak kalau nak makan hasil tersebut.
jabat Mufti Wilayah Persekutuan ada menerangkan hukum mengambil buah yang menjalar memasuki kawasan rumah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Soalan:
Sebahagian dahan pokok jiran saya telah tumbuh melepasi pagar rumah saya. Soalannya, adakah diharuskan untuk saya mengambil buah yang gugur ke dalam halaman rumah saya, atau yang masih ada pada pohon tersebut?
Ringkasan Jawapan:
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah ialah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Namun ada pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan kita mengambilnya.
Akan tetapi berasaskan kepada sifat warak, adalah disyorkan agar kita tidak mengambil dan memakannya kecuali keizinan telah diberikan oleh pemiliknya secara langsung dan jelas. Hal ini bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal dan menjaga kerukunan hidup berjiran.
Huraian Jawapan:
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar atau tumbuh membesar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah kita adalah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Ini termasuk dalam kategori memakan harta orang lain secara batil yang telah diharamkan oleh Allah SWT seperti dalam firman-Nya:
Maksudnya: Jika dahan pokok miliknya menjalar ke pokok milik orang lain, buah yang ada pada dahan itu merupakan milik pemiliknya, meskipun dahan itu masuk ke kawasan orang lain.
Maksudnya, jika seseorang itu mempunyai sebatang pokok yang dahannya menjalar hingga mengena pokok orang lain, buah yang ada pada pokok yang menjalar itu tetap menjadi hak pemiliknya, meskipun ia mengena pokok orang lain.
Namun para ulama memberikan pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan barangnya untuk diambil. Perkara ini dinyatakan oleh Sheikh Qalyubi:
Maksudnya: “Diharamkan memungut buah-buahan yang gugur jika pokoknya dipagari/dibuat kepung dan jika jatuhnya di dalam kawasan berdinding. Begitu juga (diharamkan) jika buah pokok itu (meskipun) tidak dikepung/dipagari atau jatuhnya di luar kawasan berdinding tetapi tidak menjadi adat (masyarakat setempat) yang membenarkan buah itu diambil.”
Akan tetapi berasaskan kepada sifat warak dan lebih berhati-hati, adalah disyorkan agar kita tidak mengambil dan memakannya kecuali keizinan telah diberikan oleh pemiliknya secara langsung dan jelas. Hal ini bagi menjaga diri daripada memakan harta yang tidak halal dan menjaga kerukunan hidup berjiran.
Kesimpulan
Hukum asal mengambil atau memakan buah yang ada pada dahan pokok milik orang lain yang menjalar ke kawasan rumah kita, atau yang telah gugur daripada dahannya dan jatuh ke halaman rumah kita ialah haram, kerana ia merupakan hak milik orang lain. Namun ada pengecualian sekiranya keizinan telah diperoleh daripada tuannya, atau kita yakin bahawa pemiliknya akan reda dan mengizinkan kita mengambilnya, dan adat setempat diamalkan bahawa pemilik pohon mengizinkan hal yang demikian. Tetapi sebaiknya kita mengamalkan sikap warak dan berhati-hati dalam mengambil hak orang lain serta menjaga adab hidup berjiran, dengan mendapatkan keizinan secara yakin dan pasti terlebih dahulu.
Bangun pagi celik mata yang dicari pastinya secawan kopi atau teh panas. Itu sudah menjadi kebiasaan sebelum memulakan kerja di pejabat. Rasa tak lengkap bila tidak ‘pekena’ secawan air yang likat, pekat dan manis ini.
Tapi, benda sedap ni ada bahayanya, lagi lagi kalau hari-hari diamalkan. Boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Sebagai wanita dan ibu kepada anak-anak, bila usia makin meningkat kenalah ada kesedaran untuk amalkan gaya hidup sihat.
Semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko kepada pelbagai jenis penyakit. Jadi kenalah amalkan makanan yang sihat demi untuk keluarga, terutama anak-anak.
Apa kata ubah gaya hidup anda daripada secawan teh tarik misalnya dengan secawan lemon panas setiap pagi. Bunyi macam mudah tapi nak tukar rutin itu agak susah. Lagi lagi dengan minuman ini.
Usah risau, apa kata ibu-ibu cuba dahulu tiga resipi ini. Mana tahu sesuai sekaligus buat anda tertarik. Lama-lama nanti jadi rutin pasti anda sukakannya. Kesihatan pun lebih terjamin kan. Jom cuba!
1. Potong halia nipis dan rendamkan di dalam air panas bersama chia seed.
2. Perahkan sehiris lemon. Kacau rata.
3. Biarkan direndam seketika hingga air suam.
4. Sedia diminum.
#LEMON MADU
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 sudu makan madu
1. Perahkan jus lemon ke dalam air panas.
2. Letakkan madu dan sedia diminum.
#LEMON PUDINA
Bahan-bahan:
1 hiris lemon
1 batang serai
2 helai daun pudina
Sedikit hirisan timun
1. Satukan semua bahan bersama air panas.
2. Kacau sebati dan biarkan seketika.
3. Sedia diminum.
Kelebihan Lemon Panas Di Waktu Pagi
Ini kelebihan yang semua wanita kena ambil tahu bila anda ambil secawan lemon panas setiap pagi. Bukan sahaja untuk sihat, paling win, untuk kecantikan kulit dan dalaman. Hebat!
1. Cegah Dehidrasi
Perut yang kosong sepanjang waktu tidur buat tubuh kita mengalami dehidrasi. Akibatnya tubuh tidak dapat menjalankan fungsinya. Inilah yang menyebabkan adanya toksin, sembelit dan tidak kurang stress pada tubuh. Mengambil secawan lemon panas di waktu pagi dapat mencegah dehidrasi sekaligus membuang racun dan toksin dalam tubuh.
2. Singkir Toksin Semulajadi
Walaupun lemon jenis berasid, namun menakjubkan lemon merupakan sumber alkali yang boleh menyeimbangkan PH dalam badan. Air lemon merupakan diuretik semula jadi yang dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair bersama-sama dengan toksin. Asid sitrik yang terkandung dalam buah lemon dapat memaksimumkan enzim yang merangsang hati untuk melakukan detoksifikasi.
3. Kulit Bersinar
Bonus bagi kulit. Mengambil secawan lemon suam juga dapat menjadikan kulit yang kusam kelihatan lebih bersinar dan dapat berfungsi sebagai antioksida untuk mencegah penuaan. Jadi tak perlulah guna pelbagai produk, minum sahaja lemon setiap pagi.
4. Tubuh Lebih Kebal
Buah-buahan sitrus yang kaya dengan vitamin C dan asid askorbik yang dapat membantu mengurangkan gejala selesema dan penyerapan zat besi yang turut memainkan peranan dalam fungsi sistem imun.
5. Kurangkan Berat Badan
Sama seperti buah sitrus lain, lemon mengandungi pektin dan serat larut. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat pula buat kita rasa kenyang. Ditambah pula dengan pembuangan toksin dari tubuh, buat berat berjaya dikurangkan.
6. Ia mengaktifkan sistem pencernaan
Amat mudah namun kuasanya besar untuk merangsang pencernaan anda dan membaiki kebolehan badan untuk menyerap semua nutrisi sepanjang hari.
8. Mencegah sakit perut
Jika anda makan sebelum tidur, kebarangkalian anda untuk mendapatkan perut kembung keesokan pagi adalah tinggi. Lemon panas waktu pagi dapat mencuci sistem perut anda, sementara flavonoids dalam jus lemon dapat mengurangkan keasidan perut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...