Sup Wantan Homamade, Mak-mak Dah Boleh Buat Sendiri Ikut Resipi Wanita Ni Kongsikan!

Share

Sedapnya dapat  menikmati sup wantan  ketika cuaca sejuk begini. Tapi hendak keluar rumah untuk mencari sajian ini terasa tiada mood pula. Jadi apa kata anda sediakan sendiri menu sup wantan ini untuk dijadikan menu istimewa untuk keluarga.

Apatah lagi untuk menyediakannya tidaklah susah, bahkan teknik membentuk wantan menjadi cantik berseni juga cukup ringkas. Ini sepertimana perkongsian cara dan resipi oleh Zurina Zulkefli

bolehlah dijadikan panduan.

 

Sup Wantan

Bahan inti:

Daging ayam kisar jenama Ramly

Kulit wantan

Lobak merah – cincang

Daun bawang – hiris

Tepung jagung – 1 sudu makan

Kiub pati ayam – separuh

Campurkan semua sekali dan gaul sebati

Bungkus inti menjadi wantan

Langkah 1 : Letakkan satu sudu bahan inti di tengah-tengah kulit wantan.

Langkah 2 : Lipat kulit wantan menjadi tiga segi seperti di dalam gambar.

Langkah 3 : Ambil bucu kiri dan kanan dan cantumkan seperti di dalam gambar.

Cara memasak:

1.Panaskan 3 cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam

2.Masukkan wantan dan rebus sehingga masak

3.Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, 2 sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan wantan ke dalam mangkuk.

4.Akhir sekali boleh masukkan wantan.

5.Sedia dihidang.

Ini kicap cair dan minyak bijan yang saya guna untuk masakan

 

  • Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club