Diakui peminat makanan chinese muslim tentu akan menggemari rasa sup telur yang enak dihirup ketika panas.
Namun, menikmati hidangan seperti ini direstoran terkemuka pasti mahal harganya. Oleh itu, adalah lebih baik jika dapat disediakan sendiri memandangkan bahan-bahan yang digunakan mudah untuk diadakan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini, di mana menurutnya menu tersebut menjadi anatara kegemaran ibu mertuanya.
Jadi, jom semak cara penyediaan Sup Telur.
Lepas sarapan tadi mak mertua request nak makan sup telur chinese style. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ni dihidangkan di hotel.
bahan utama:
Bawang putih (cincang halus)
Halia (cincang halus)
Kiub pati ayam (tiada MSG)
Filamen ketam (dihiris nipis)
Telur ayam (dibancuh)
Tepung jagung (dibancuh)
Cara memasak:
1. Panaskan air di dalam periuk; masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
5. Tambahan perasa; secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
6. Sedia dihidang/dimakan bersama daun bawang & minyak bijan.
Selamat mencuba.
sumber : Zurina Zulkefli, Melaka.