Sup Ikan Elok Je Tak Hancur Isinya. Ada Petua Memasaknya!

Share

Menyediakan menu sup ikan selain perlu enak rasanya, penting juga bentuknya tidak hancur.

Nak tahu apa rahsia untuk pastikan isi ikan elok sempurna, ini ada rahsianya. Jom semak.

Petua nak masak sup ikan jangan bagi hancur…masak kan kuah nya dulu…dah mengelegak,baru masuk kan ikan..jangan asyik godak je..nanti ikannya hancur..

Ada yang buat macam tu tak??
?Sup ikan merah
?Kerang rebus


?Sambal kicap

Resepi sup ikan

Bahan-bahan:

-ikan merah,bawang kecil,bawang putih,halia,kayu manis,garam,daun sup,lobak,sedikit air,minyak masak 3 sudu

Cara-cara:
-Masukkan minyak,masukkan kayu manis..
-Tumbuk bawang merah,bawang putih,halia..tumiskan..sampai naik bau.
-Masuk garam,masukkan air..biarkan menggelegak..lepas tu baru masukkan ikan…jangan dibalik-balikkan..nanti hancur lebur..hilang mood.
Lepas tu masukkan lobak dan daun sup…

Resepi sambal kicap


-lada api,bawang putih di tumbuk..masukkan kicap jalen masin dan gula,perahkan limau..kulit limau di hiris halus..masukkan sekali dalam sambal tu.tumbuk lagi sedap dari di blender.
Taraaaaa…dah siapp…

Sumber : Annida Ammar via MAHN