Bila dah nak masuk bulan puasa ni, mesti antara kita pening kepala memikirkan menu apa yang nak masak untuk juadah berbuka puasa. Itu belum menu sahur yang pastinya perlu dimasak dengan enak agar menambah selera ahli keluarga.
Selain itu, menu yang dimasak pastinya hidangan yang ringkas tapi sedap. Ingin mencuba menu viral ini yang dikongsi kan oleh puan Hajal Aishah Zakirai iaitu sup ayam thai hingga meriah 140K share!
_______________________________
Hari ni mama nk belanja cara buat sup thai. Rasa dia sebiji mcm kat kedai..Tak caya cuba lah. Buat untuk sorang or duo,tiga orang makan dulu,jgn terus ko masak 1piuk besaq lak… Pastu tak jadi,ko wasap mama cakap tak sama pun….. Masa ni mama rasa nak bagi tepuk amai amai jah…Sama ada nak ayam atau daging… Kaedah masak dia sama jah… Resepi kat bawah Step by step.. Simple tapi sedap.
BAHAN-BAHAN:
Bawang besar belah jer
Daun limau purut
Serai yg di ketuk atau di potong serong
Bawang putih
Halia
Sup bunjut
Bawang putih halia yg di tumbuk
Ads
Panaskan minyak….kuali makmak cantikkan
Tumis bahan2 ni Hingga layu..
Dah wanggi bahan tumis tadi,masukkan air, didihkan…
Ads
Masukkan ayam atau daging di hiris nipis2 yg di cuci bersih…klau tak nak cuci…ko bagi jer jiran sebelah bior dia tolong cuci….klau tak nk bg laki ko sayang jiran sebelah….cuci sendiri lah wehh. Masak sehingga empuk.
Ikan tonggol adalah sumber protien yang digemari ramai untuk hidangan seisi keluarga.
Di negeri pantai timur ikan ini dikenali juga sebagai ikan ayor. Memang enak di makan buat singgang. Ada juga dimasak ikan kicap atau goreng begitu aje.
Namun, ikan tonggol terdapat dua jenis iaitu isi putih dan hitam. Untuk mengenali antara dua jenis agak sukar kerana rupanya hampir sama.
Bagaimana pun perkongsian ini menarik apabila mendedahkan cara untuk kenali dua jenis ikan ini.
Hanya merujuk kepada sirap ikan kita dapat mengetahui jenis ikan tonggol.
Ikuti lanjut perkongsian ini.
Buat kaum lelaki yang masih tersalah beli ikan. Balik isteri nak masak pun tak jadi. Hilang mood. Boleh bezakan dengan mudah sahaja.
Yang sirip panjang – Tongkol Hitam(Ayor Itam)
Yang sirip pendek – Tongkol Putih(Ayor Puteh)
IKAN TONGGOL HITAM TAK GATAL.
Hitam lagi sedap dari putih.
Kebiasaannya beza harga RM1-2 sahaja mahal yang hitam.
Bagi yang makan ikan ayor jadi gatal badan gatal hidung. Jangan makan yang ayor puteh. Makan yang ayor hitam.
Badan tak gatal, isi dia manis dan lemak macam tenggiri.
Nak beli tenggiri mahal sangat, beli je ayor hitam. Rasa lebih kurang je.
Sumber: Nik Mohamad Khairi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sudah menjadi harapan para peniaga, kalau berjualan biarlah laku. Habis semua yang dijual dan dapat untung yang lumayan, kadang-kadang ada juga yang mengimpikan asal pulang modal pun dah cukup bagus asalkan setiap jualan habis terutamanya makanan.
Kadang-kadang bakat berniaga sejak dari kecil dah boleh nampak. Asalkan ada minat dan tak segan nak mempromosikan barang jualan pasti akan ada pelanggan yang mahu. Begitulah kisahnya dengan seorang murid tahun 6 apabila soft cookies yang dijualnya di sekolah laku ‘teruk’ dan boleh menjana keuntungan sehingga RM300 sehari!
Mungkin bukan rezeki, murid itu terpaksa menghentikan bisnesnya kerana telah ditegur oleh ketua pengawas yang mahu melaporkan hal itu kepada guru disiplin. Hal ini dikongsikan oleh ibu murid tersebut melalui akaun Facebook Huspalita Hussain Arif.
Di dalam hantaran tersebut Pn Huspalita berkongsi tentang cerita anak perempuannya yang berumur 12 tahun telah berjaya meraih RM300 sehari hasil jualan soft cookies namun terpaksa dihentikan kerana anaknya telah ditegur oleh ketua pengawas yang merupakan rakan sekelasnya.
“Sehari anak dara menjuai kat sekolah dia dekat RM300 😅 Amazingly, bawa la soft cookies banyak macam mana pun habis setiap hari. Duit tally dengan soft cookies yang di bawa walau dia asyik ulang dia tak pandai kira, tak pandai berniaga.
Sesungguhnya terkejut dengan apa yang dia boleh buat sebab Si Hessa ni pemalu sangat kalau suruh meniaga. Syabas betey!..”
Ketika artikel ini dikeluarkan, anak Pn Huspalita sudah tidak berniaga lagi. Menurut ibu ini, anaknya tidak patah semangat dan masih mencari jalan terbaik untuk meneruskan bisnesnya itu.
“Next week dia kata nak stop sebab ketua pengawas yang 1 kelas dengan dia dah sound dia. KP nak report kat cikgu 🤣 Mana la KP tak marah, budak-budak sampai beratur kat luar kelas nak beli soft cookies Hessa. Tapi Hessa kata ada cikgu yang beli soft cookies daripada dia.
Lepas dia kata nak stop, dia mai tukaq fikiran. “Boleh ka bawa sikit² ke sekolah? Rugi pulak kalau tak meniaga.” Sebab meniaga semua orang kenal dia. Dia kata dia happy – Dasar gila glamer 🤣..”
Menurut perkongsian Pn Huspalita, anaknya terpaksa berhenti menjual kerana terlalu ramai murid yang mahu membeli sehingga penuh satu kelas mereka beratur. Itulah punca Ketua Pengawas menegurnya dan meminta untuk berhenti berniaga atau dia terpaksa melaporkan kepada guru.
Pengalaman berniaga itu membuatkan anaknya teruja dan semakin seronok biarpun sebenarnya dia seorang yang pemalu.
“Baru hang tau meniaga tu syok. Cuma tu la, bukan semua orang boleh. Muka kena tebai macam mak hang dulu meniaga kerepek ubi basah kat sekolah sorok-sorok. Juai sepeket 2 kupang. Sapa tak bayaq aku ligan berhari-hari suruh bayaq. Kira Hessa lagi hebat la, tak ada yang berhutang dengan dia 🤭..”
Rupa-rupanya minat berniaga ‘turun’ dari ibunya yang juga pernah menjalankan bisnes ketika bersekolah dahulu. Ketika ditanya orang ramai tentang harga soft cookies yang dijual, Pn Huspalita memberitahu biskut itu dijual dengan harga RM4 untuk murid sekolah semasa anaknya berniaga dahulu berbeza dengan harga RM5 jika dibeli dari kedainya.
Baguslah pandai berniaga, semoga anak perempuan Pn Huspalita akan sukses di masa hadapan!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Apa agaknya menu untuk keluarga anda hari ini? Mungkin ada yang tengah belek-belek resipi kan.
Nak cuba resipi Udang Nestum tak? Bunyi macam menarik kan, cara buat pun simple je ni. Admin kongsikan resipi dari puan Nor Azian Iskandar. Selamat mencuba!
Hai… Hari ni saya nak share cara saya buat Udang Nestum…
Bahan bahan
45 ekor udang size sederhana,digoreng salut tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
5ulas bwg putih
1 biji lada besar merah/lada merah cili api
2 sudu butter
6 sudu nestum
2 tangkai daun kari
Cara caranya
Tumis daun kari,kemudian masukkan bawang dan lada.Bawang dan lada tu sy chopped.
Bila dah naik bau,masukkan udang yang dah digoreng salut tepung tadi.Kacau sekejap bagi dia mesra.
Masukkan nestum,dan gaul hingga meliputi semua udang.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...