Pemahaman ramai antara kita, kalau nak cantik, kulit putih gebu dan kekal awet muda, lain tidak bukan adalah dengan mengambil suntikan vitamin C. Adakah ianya benar dan tidak membahayakan?
Jadi sebelum ibu buat sebarang keputusan yang kononnya ingin memikat suami dengan kecantikan wajah yang putih melepak, elok dengar dulu perkongsian doktor ini yang seakan geram dan kesal dengan perbuatan yang tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan dengan menawarkan suntikan vitamin C.
Tidak dengan itu, malah ramai pula wanita di luar sana yang tercari-cari perhidmatan tersebut dan sanggup membahayakan diri demi untuk cantik dengan mengambil suntikan vitamin C.
Oleh itu, jom fahami apa yang ingin disampaikan oleh Doktor Rusyainie Ramli ini berkenaan suntikan nak cantik di akaun fbnya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk ibu-ibu lebih tahu bahaya suntikan vitamin c ini, kawal juga anak-anak gadis kita agar tidak terpedaya dengan helah cantik dengan suntikan vitamin C ini.
SUNTIKAN NAK CANTIK
Akak ni dah tak tahu macam mana nak bebel dengan nada sebaik malaikat bab yang memudaratkan macam suntikan Vitamin C ni. Akak tak sanggup tengok betapa ada makhluk yang mampu meraih pendapatan begini punya besar dek sebab adik-adik yang kemaruk nak rupa macam artis. Terkejut dot com bila akak tengok dia ada dekat 100000 pengikut di FB.
Ads
1. Suntikan Vitamin C DIHARAMKAN di negara kita. Doktor perubatan yang bertauliah dan berdaftar pun boleh ditarik lesen amalan kalau bagi suntikan Vitamin C. Tengok gambar tu, yang buat bisnes ni bukan pengamal perubatan pun. Kalau ini bukan kerja dajal, nak panggil apa?
2. Tak ada kajian klinikal yang menunjukkan suntikan Vitamin C boleh kasi kulit kita ni jadi elastik atau jadi putih melepak macam mayat. TAK ADA. Campur la Vitamin C dengan Glutathion atau Kolagen pun, tak ada bukti boleh jadi anti kedutan atau anti penuaan kulit. Akak serius tak faham. Yang adik-adik ni takut sangat jadi tua kenapa? Tu kan lumrah hidup. Cetek sangat definisi cantik adik-adik ni.
Ads
3. Adik-adik cucuk Vitamin C tu tahu ke bahan tu selamat ke tak. Dahlah diseludup masuk ke negara kita. Sepatah haram pun kita tak faham apa tertulis kat vial suntikan tu. Ada kontaminasi ke tak. Berani mati punya kerja ni adik-adik.
4. Akak nak tambah lagi. Mana adik-adik tahu, sakan nak buat suntikan Vitamin C, elok masuk saja ubat, boleh gerenti ke tak kena alahan teruk?
Ni keadaan kita panggil reaksi anafilaksis. Bermakna, dengan suntikan tu tadi, sistem immunisasi badan bertindak menghasilkan bahan-bahan kimia kompleks yang boleh buat tekanan darah turun mendadak dan saluran udara jadi sempit malah boleh tertutup terus. Habis tu macam mana nak bernafas? Bahagian badan seperti mata, mulut, lidah pun boleh bengkak dan kulit jadi merah seperti kena gegata. Ni memang kes kecemasan sebab nyawa menjadi taruhan.
Ads
Bayangkan kes macam tu terjadi kat rumah, kat hotel atau kat mana-mana yang adik buat suntikan tu. Tak ada kemudahan perubatan. Ya Allah. Seram sejuk akak bila difikirkan.
5. Masa tengah buat prosedur cucuk tu, macam mana kalau ada gelembung udara yang tak dikeluarkan betul-betul dari aparatus tiub intravena? Gelembung udara akan masuk ikut saluran darah vena yang disuntik tu, elok lah kalau kena air embolism. Tulah sebenar-benarnya masuk angin ikut saluran darah dan ini kes cari nahas. Kena pergi hospital segera ok sebab bahaya sangat.
6. Tu belum kira bab potensi jangkitan kuman yang boleh terjadi dari prosedur yang belum tentu ikut piawaian aseptik yang ditetapkan. Adik-adik, tukang cucuk ni main bedal saja sebenarnya. Sebab dia tidak pernah ada latihan formal pun kan. Kalau tengok cara dia letak plaster kat branula tu pun akak tahu dia tu ilmunya dalam perubatan kat tahap mana.
Akak dah jalankan tanggungjawab akak bila akak dah laporkan pada KKM di emel aduanproduk@moh.gov.my. Dah lah tu adik-adik, insaf la. Jangan sengaja ditempa pintu malapetaka tu. Hina sangat kot berkulit gelap sampai sanggup ambil risiko. Tak terjangkau pemikiran tahap taksub adik-adik.
Satu rakaman video pendek tular di Twitter sehingga menarik perhatian ramai. Video yang memaparkan pengorbanan seorang isteri yang sanggup menunggang motosikal di atas lebuh raya, manakala suaminya yang mengikut rapat daripada belakang dengan menaiki kereta mengundang persoalan netizen.
Ada yang terharu tidak kurang juga yang mengecam tindakan suami wanita berkenaan. Namun, bagi sang suami, Muhamad Firdaus Ibrahim, dia punya alasannya sendiri.
Dia merupakan bekas atlet tenis paralimpik yang lumpuh kedua belah kakinya selepas terlibat dalam kemalangan ketika berusia 16 tahun. Sebelum ini bekerja di Kuala Lumpur, namun terpaksa berpindah ke Ipoh selepas mendapat pekerjaan baru.
“Jadi kami merancang untuk pindah bulan April lalu, namun disebabkan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) kami terpaksa tangguh.
“Now dah boleh rentas negeri jadi kami pun buatlah keputusan untuk pindah barang. Cuma motosikal tu isteri tawar untuk bawa balik sendiri.
“Isteri kata dia dah biasa ‘ride’ jauh-jauh waktu zaman belajar dulu. Selalu ulang alik dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke kampungnya Marang,Terengganu. Orangnya kecil , tapi berjiwa besar,” katanya.
Jelas Firdaus, sepanjang di atas lebuh raya, dia memang mengikut isterinya daripada belakang.
“Saya follow dari mula hingga ke rumah. Kalau ikut meter kereta, saya pandu dalam 60 ke 70 kilometer sejam.
“Saya akan berada di belakang dia dalam jarak 100 meter . Kalau banyak sangat kereta beratur belakang, baru saya laju sikit. Lepas tu saya berhenti dan tunggu dia pintas saya semula,” katanya.
Sebagai suami, timbul rasa sebak dan terharu melihat isteri sanggup berkorban menunggang motosikal sehinggakan dia berulang kali meminta maaf pada isterinya.
“Saya rasa kesian dekat dia, banyak kali saya mintak maaf . Banyak kali saya ucap terima kasih kerana sanggup susah senang.
“Ada netizen yang tertanya mengapa tidak pos saja motosikal, namun memang isteri yang tawar daripada awal kami nak pindah barang.
“Cuma dia mintak saya follow dia dari belakang. Minta teman, kalau tak dia tak mahu,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang lagi Selebriti mengambil keputusan untuk berhijab. Perkongsian Anzalna menerusi laman Instagram membuatkan ramai yang meluahkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada isteri kesayangan Mohd Hanif ini.
Dalam posting terbaru pelakon tersebut, dia telah menyambut hari ulang tahun suami tersayang Hanif Zaki bersama ahli keluarga.
Dia juga memberikan ucapan yang cukup romantis buat suaminya dan sempat memaklumkan akan ada banyak kejutan buat Hanif.
Menerusi kapsyennya, ibu kepada seorang cahaya mata ini mengharapkan semoga penampilannya terus Istiqomah selain turut mengucapkan selamat hari lahir buat suaminya.
Memulakan kehidupan berkeluarga untuk anak-anak muda hari ini tidak dinafikan ianya perlu ada perancangan rapi daripada sudut kewangan.
Apatah lagi bila kita lihat dengan kos sara hidup yang tinggi, harga rumah yang seakan tidak mampu milik dan sebagainya boleh menjadikan setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga memerlukan ‘modal yang mahal’ untuk memulakan kehidupan selepas bergelar suami isteri.
Lantaran itu, ada juga yang masih dalam dilema untuk membeli rumah di awal perkahwinan dan memutuskan untuk menyewa. Sedar-sedar setelah lebih 5 tahun pun masih menyewa dan telah pun mempunyai anak-anak.
Jadi apa kata anda baca perkongsian daripada Dr Azizul Azli Ahmad ini di mana menurutnya jika hidup berkeluarga jangan terus menerus tinggal di rumah sewa. Biarlah kita bermula dengan memiliki rumah yang kecil agar suatu hari nanti dapat memiliki sebuah kediaman impian yang selesa dan besar.
Untuk lebih detail, ini perkongsiannya.
JANGAN MENYEWA TERLALU LAMA
1. Bila ada yang sarankan orang muda sewa saja rumah dan jangan beli hingga duit cukup sepenuhnya. Ia langkah kebelakang dan tidak bijak sebenarnya dalam pengurusan kewangan.
2. Menyewa kediaman tidak boleh terlalu lama, sebaiknya tidak lebih dari 5 tahun bekerja.
3. Lebih awal kita beli kediaman, lebih jelita kita dari jubah mahal yang kita pakai.
4. Bermula dengan rumah kecil dan jangan mahal mahal. Jika kita beli yang kecil lepas 5 tahun kawin biasanya dah sekali ganda harga asal.
5. Jika kita meninggal, anak isteri tak diusir keluar. Lelaki mithali, beli rumah untuk isteri
6. Bila ada yang kata jangan pinjam dari Pembiayaan Islam sebab ada riba, takkan kita menghina panel Syariah yang sedia ada.
7. Mazhab kewangan kita mungkin berbeza, tapi jangan sampai menghina tokoh kewangan Islam yang ada.
8. Tidak semua orang pandai berniaga, ramai yang makan gaji dan jadi kuli. Kita buat yang mudah dan tak bebankan hidup kita.
Kita rakyat biasa bukan ada darah menteri atau raja. Kita bermula dengan rumah kecil untuk bina istana.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...