Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibayar kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April. Kerajaaan Madani mengumumkan perluasan pelaksanaan ini meningkat hampir lapan kali ganda berbanding 700,000 penerima sedia ada.

Bantuan ini memberi manfaat besar kepada rakyat sekali gus membantu penerima membeli barangan makanan dan keperluan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kepada 5.4 juta Penerima Bermula 1 April

Pada sidang media mingguan di sini hari ini, Jurucakap Kerajaan MADANI yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata jumlah yang akan diterima ialah antara RM50 hingga RM200 sebulan bagi tempoh yang telah dinyatakan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima yang layak akan menerima bantuan sehingga RM2,100, meningkat sebanyak 75 peratus berbanding RMI,200 pada 2024.

Ads

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SARA merupakan pendekatan bantuan secara bersasar, dengan sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan daripada perbelanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

Menteri Kewangan itu berkata penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana kaedah tersebut memastikan golongan sasar menerima manfaatnya dalam bentuk barangan asas.

Ads

“Kita boleh muat turun soalan lazim yang telah disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang turut mengandungi kesemua 3,500 premis yang boleh dilawati untuk membuat pembelian menggunakan MyKad di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata SARA yang dikreditkan secara bulanan dalam MyKad boleh digunakan hingga 31 Dis ini.

Ads

“la adalah untuk kegunaan membeli barang-barang makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat dan peralatan persekolahan,” katanya.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kepada 5.4 juta Penerima Bermula 1 April Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Kepada 5.4 juta Penerima Bermula 1 April

 

Sumber: Berita Harian

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI