Berita

Sultan Pahang Titah Suspek Kes Kematian Peniaga Makanan Diberkas

Share

Sultan Pahang titah suspek kes kematian peniaga makanan diberkas. Kes seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis sungguh memilukan.

Sultan Pahang Titah Suspek Kes Kematian Peniaga Makanan Diberkas

Mayat mangsa berusia 37 tahun ditemui seorang lelaki sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 12.45 tengah hari.

“Kejam dan tidak berperikemanusiaan,” demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan bercemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh, Norshamira Zainal, 37 di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). 

Pada kunjungan itu, Al-Sultan Abdullah sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat kepada suami mangsa, Mohammad Afiq Akmal Nudin, 31.

Menurut kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang, baginda mahu suspek segera diberkas dan dikenakan hukuman setimpal jika disabitkan atas kesalahan membunuh.

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Jenazah Norshamira telah dituntut keluarga kira-kira jam 2.30 petang sebelum dibawa ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Felda Keratong 9, Rompin untuk dikebumikan.

Sumber: Harian Metro

Baca artikel lain juga: Waktu Bekerja Hari Jumaat Sepanjang Ramadan Sehingga 12.30 Tengah Hari Sultan Pahang

Tunku Azizah Borong Tupperware, Reaksi Tengku Hassanal Raih Perhatian Netizen

Kembali Ke Sekolah Usia Bukan Penghalang, Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIAM!

 

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my