Sultan Pahang titah suspek kes kematian peniaga makanan diberkas. Kes seorang wanita yang juga peniaga makanan ditemui mati disyaki dibunuh di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada Khamis sungguh memilukan.
Sultan Pahang Titah Suspek Kes Kematian Peniaga Makanan Diberkas
Mayat mangsa berusia 37 tahun ditemui seorang lelaki sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira jam 12.45 tengah hari.
“Kejam dan tidak berperikemanusiaan,” demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkenan bercemar duli berangkat menziarahi keluarga mangsa bunuh, Norshamira Zainal, 37 di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Pada kunjungan itu, Al-Sultan Abdullah sempat menitipkan titah nasihat dan kata-kata semangat kepada suami mangsa, Mohammad Afiq Akmal Nudin, 31.
Menurut kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang, baginda mahu suspek segera diberkas dan dikenakan hukuman setimpal jika disabitkan atas kesalahan membunuh.
Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Jenazah Norshamira telah dituntut keluarga kira-kira jam 2.30 petang sebelum dibawa ke Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota di sini untuk dimandikan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Felda Keratong 9, Rompin untuk dikebumikan.
‘Tertipu’ dengan video AI, ada warga emas rugi RM9k sebab nak naik ‘kereta kabel’ di Pengkalan Hulu. Sejak akhir-akhir ini, penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan video palsu semakin menjadi-jadi hingga menimbulkan kebimbangan ramai.
Apa yang lebih membimbangkan, visual yang dihasilkan kelihatan begitu meyakinkan dan sukar dibezakan dengan rakaman sebenar. Kesan daripada penyebaran video sedemikian bukan sahaja mengelirukan orang ramai, malah ada yang sanggup berbelanja besar kerana mempercayai kandungan palsu itu.
Tular di media sosial, khususnya di platform Threads, mengenai kisah sepasang warga emas yang dipercayai tertipu dengan video AI yang mendakwa wujudnya laluan kereta kabel baharu dari Pengkalan Hulu, Perak ke Baling, Kedah.
Kisah itu dikongsikan oleh seorang wanita yang bekerja dalam sektor perhotelan. Pada mulanya, beliau menyangka pasangan warga emas itu hanya bergurau, namun rupa-rupanya mereka benar-benar datang ke Pengkalan Hulu dengan harapan untuk menaiki kereta kabel tersebut.
Apa yang lebih mengejutkan, video palsu berkenaan turut memaparkan ‘liputan media’ dan kehadiran ‘wartawan’ bagi menambah elemen kepercayaan, sedangkan semuanya adalah hasil manipulasi AI. Difahamkan, video tersebut telah dipadamkan selepas menerima kecaman dan laporan daripada pengguna lain di TikTok.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Ramai juga berkongsi pengalaman sama apabila ibu bapa mereka terpedaya dengan kandungan video tersebut, malah ada yang telah pun membayar sehingga RM9,000 untuk menyewa tiga buah van semata-mata mahu ke lokasi berkenaan.
Kejadian ini wajar dijadikan pengajaran kepada semua, terutamanya golongan warga emas, agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang maklumat yang diterima di media sosial.
Orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan daripada sumber rasmi terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu berita, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perbelanjaan atau perjalanan jauh. Teknologi AI memang semakin canggih, namun jangan sampai ia memperdayakan kita.
Setiap kali Ramadan, pasti akan lalu di ‘wall’ sosial media anda budaya kejutkan sahur yang menjadi tradisi di negara jiran, Indonesia. Tradisi ini sangat meriah dengan suasana masyarakat yang menyambut baik tradisi ini.
Sambil berarak, mereka akan berselawat sebelum semuanya pulang ke rumah untuk bersahur.
Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan tradisi ini telah dilakukan di sebuah taman perumahan di Taman Setia.
Rata-rata netizen tidak menyangka bahawa tradisi itu turut dilakukan di sini. Isunya bermula apabila penduduk setempat di kawasan ini meneruskan ‘tradisi’ kejut sahur dengan berselawat sambil bergendang secara kuat untuk mengejutkan orang ramai bersahur.
Meskipun aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk mengejutkan orang ramai bangkit bersahur, namun ada segelintir berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan mengundang kepada bidaah.
Perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian ramai yang meluahkan pendapat isu yang dialami para bayi yang terpaksa berjaga gara-gara mendengar bunyi gendang yang kuat.
Tidak kurang juga yang peka dengan perasaan golongan bukan Islam yang mungkin terganggu dengan aktiviti kejut sahur ini.
Sementara itu, terdapat individu yang berpendapat aktiviti bergendang ini sebenarnya bukanlah bidaah melainkan berpendapat bermain gendang sewaktu sahur bakal memperoleh pahala.
Difahamkan pada zaman Rasulullah S.A.W, cukup sekadar melaungkan azan sahaja dalam memaklumkan orang ramai untuk bangkit bersahur makala tradisi bergendang ini tidak dilakukan pada waktu tersebut.
Islam tidak ajar begini.
Jika nak kejutkan orang ramai untuk sahur, cukup dengan melaungkan azan sebagaimana yang dilakukan di zaman Rasulullah ﷺ.
Cukup-cukuplah bawa bidaah masuk dalam masyarakat. Kesian pada ibu bapa yang ada anak kecil. pic.twitter.com/G3ej2I9210
Siapa tak kenal dengan pelakon, pengacara dan ahli perniagaan terkenal, Dynas Mokhtar yang sememangnya seorang yang aktif dalam bidang seni dan juga perniagaan.
Mengenali wanita ini, dia sememangnya seorang yang amat menitik berat soal kesihatan luaran dan juga dalaman.
Walaupun kini sedang hamil anak ke-4, Dynas masih lagi aktif menjalankan pelbagai aktiviti yang telah pun dirancangkan sejak sekian lama.
Berkongsi detik bagaimana tahu dirinya hamil, pelakon, pengacara dan juga ahli perniagaan ini berkata;
‘Its an accident guys. Kalau tengok instagram saya, saya work out a lot. Tapi tiba-tiba tengok perut buncit. Perut nak period lain, dia kebawah.”
Saya cakap dengan suami..
“Eh .. You buat i pregnant yeh? “
“Jadi bila i check, bila birthday suami, saya letak dalam box (pregnancy test).”
Bila suami bukak kotak tersebut, dia ingatkan saya kena covid.
Kata Dynas lagi, oleh kerana mengandung secara tidak langsung telah mengurangkan aktivitinya.
“Saya boleh pergi ke spa, saya boleh uruskan restoran dan saya boleh buat macam-macam.’
“Alhamdullilah.. Its a girl. “ Kongsi Dynas mengenai jantina kandungannya itu.
Kata Dynas lagi, sepanjang kehamilan ini dia lebih berhati-hati memandangkan usianya sudah mencecah 40 tahun. Setiap kali scan, dia akan memastikan semuanya berada dalam keadaan baik memandangkan dia mempunyai pengalaman trauma sewaktu kehamilan pertama dulu.
Baru-baru ini, Dynas telah melancarkan Syampu Wellsen x Dynas yang berlangsung di Wanra Cafe, Bukit Jelutong.
Setiap kali tampil dengan produk, ramai yang ternanti-nantikannya kerana yakin setiap yang dikeluarkan oleh Dynas pasti sesuatu yang bermutu memandangkan Dynas sememangnya seorang yang menitik beratkan banyak faktor terutamanya menganai kesihatan.
Apa yang menariknya mengenai syampu ini adalah ia akan membuatkan rambut, kulit kepala kekal segar, lembap selama 48 jam, dan kurangkan rambut gugur kerana formula yang digunakan tidak ada bahan seperti paraben, silikon, SLS dan SLES (Sodium Lauryl Sulfate) dan (Sodium Lauryl Ether Sulfate).
“Selain daripada tiada bahan kimia, produk ini juga ‘vegan friendly’ sebab kita tak guna ‘animal derived ingredients. So don’t worry!’,” kata ibu hamil yang kini usia kandungan mencecah enam bulan itu.
Jelas Dynas, beliau berhadapan isu kelumumur dan keguguran rambut setiap kali hamil.
“Perubahan hormon, stres dan salah produk antara punca masalah keguguran rambut, tambah lagi jika rambut sering diwarnakan akan menyebabkan ia rosak dan kering.
“Jadi saya tercari-cari produk penjagaan rambut yang sesuai sehinggalah menemui salun rambut terkenal, Wellsen.
“Pelbagai ilmu mengenai penjagaan rambut saya belajar termasuklah pentingnya bahan Aqua Cell yang boleh mengekalkan kelembapan kulit kepala dan menghalang kulit kepala daripada kering.
“Saya juga mementingkan bahan organik dan mesra vegan atau tidak mengandungi bahan atau ujian pada haiwan dalam kandungan dalam produk penjagaan rambut.
“Jadi akhirnya saya dan Wellsen setuju untuk menghasilkan syampu Wellsen X Dynas yang berasaskan Aqua Cell serta bahan organik untuk menyelesaikan masalah rambut rosak dan gugur.
“Saya sudah gunakan syampu ini lebih setahun sebelum setuju untuk melancarkannya kepada umum kerana sebelum beri orang guna, kita perlu melihat sendiri hasil pada tubuh kita,” katanya yang memiliki rambut panjang dan lebat.
Ini kerana, katanya, terdapat kandungan berbahaya dalam sesetengah produk syampu yang membolehkan rambut tampak cantik dengan cepat tetapi akan merosakkan jika digunakan dalam jangka panjang.
“Produk ini 100 peratus buatan Malaysia, dimiliki pengusaha anak Malaysia, jadi, mereka mahu berikan terbaik dengan mengeluarkan produk penjagaan rambut mesra vegan dan organik,” katanya.