Sukatan Tepat Bagi Ubat Demam Ada Kaitan Dengan Berat Badan, Ni Formulanya Yang Mudah!

Share

Bila ditanya tentang berapakah berat badan anak, mungkin ada ibu ayah yang cakna dan tak kurang juga ada yang tidak ambil kisah pun tentang itu.

Namun sebenarnya mengetahui berat badan anak-anak itu penting, apatah lagi untuk menentukan sukatan ubat yang tepat untuk anak demam. Dan kiraan itu ada formulanya. Nak tahu detail jom semak perkongsian ini.

DOS UBAT DEMAM/TAHAN SAKIT KANAK-KANAK

Benda mudah sahaja tapi hakikatnya masih ramai ibu bapa yang memberi dos ubat demam/tahan sakit kepada anak-anak berdasarkan umur, bukan berat badan.

Sepatutnya dos ubat demam kanak-kanak perlu dikira berdasarkan berat badan semasa, kerana pemberian berdasarkan julat umur sebenarnya tidak berapa tepat.

Kadangkala berat kanak-kanak tidak seperti yang sepatutnya pada usia tersebut.

Di sini kami kongsikan pengiraan mudah ubat demam Sirup Paracetamol & Ibuprofen.

***Paracetamol***
(Panadol, Poro, Axcel PCM, Uphamol, Progesic)

Ada dalam 2 kekuatan, iaitu 120mg/ 5ml & 250mg/5ml

Pekali tetap adalah 15
Jika berat badan anak 10kg;
Maka dosnya, 10 ✖️ 15 = 150mg

Jika anda guna kekuatan ubat 120mg/ 5ml sirup,
Maka 150 ✖️ 5 ➗ 120 = 6.25 ml
Dos yg perlu diberi untuk anak adalah 6.25ml 3 kali @ 4 kali sehari.

Jika anda guna kekuatan ubat 250mg/ 5ml sirup,
Maka 150 ✖️ 5 ➗ 250= 3 ml
Dos yg perlu diberi untuk anak adalah 3 ml 3 kali @ 4 kali sehari.

***Ibuprofen***


(Nurofen, Winofen)- untuk bayi berat 5kg ke atas dan berumur 3 bulan ke atas sahaja.
Biasanya hanya ada dalam 1 kekuatan sahaja, 100mg/5ml

Pekali tetap adalah 10
Jika berat anak 15kg,
Maka dosnya 10 ✖️ 15 = 150mg

Jika anda guna kekuatan ubat 100mg/ 5ml sirup,
Maka 150 ✖️ 5 ➗ 100 = 7.5ml
Dos yg perlu diberi untuk anak adalah 7.5 ml 3 kali sehari.

Mudah bukan?
Hanya ingat pekali & cakna berat badan anak anda sahaja.
Anda sendiri pon boleh mengiranya.

Sumber: I Medikel Pharmacy
Inspiring Better Health via pq community