Nasi tomato adalah antara menu yang sering menjadi pilihan untuk hidangan potluck atau open house.
Bagi yang bercadang membuat nasi tomato untuk potluck di pejabat, apa kata guna sukatan resipi ini.
Jadi tak perlu risau bagi yang tak biasa masak dalam jumlah yang banyak, boleh cuba ikut resipi ni.
BEGINI SUKATAN BUAT NASI TOMATO UNTUK 20 ORANG MAKAN
CARA MASA NASI TOMATO
8 cawan beras basmathi direndam 30 minit 9 cawan air 1 cawan susu cair 1 biji bwg merah besar saiz sederhana dicincang 6 ulas bwg putih dicincang 2 inci halia dititik 4 sudu besar sos tomato 1/2 tin tomato puree 1 kiub ayam 1 biji tomato di potong dadu 1 batang serai dititik 4 sekawan kayu manis/ bunga lawang/ bunga cengkih/ buah pelaga Minyak sapi/ butter/ majerin untuk menumis Daun pandan/ ketumbar Kismis Garam dan gula
Cara masak nasi Tumiskan 4 sekawan, serai, halia, daun pandan hingga naik bau. Masukkan bawang merah dan putih.. Bawang dah kekuningan masukan sos tomato, tomato puree, kiub ayam dan tomato yg dah dipotong dadu. Bila semua dah sebati boleh la masukkan beras dan kacau @goreng selama 5 minit lebih kurang.
Pindahkan beras tadi ke periuk nasi. Kemudian masukkan air, susu, garam, gula, kismis dah 2 tangkai daun ketumbar. Bila periuk nasi dah kee warm terus tutup suis. Ini bertujuan untuk mengelakkan nasi hangit @berkerakdi bawah. Biarkan selama 5 – 10 minit baru la bukak tudung periuk dah boleh kacau nasi pakai garpu @copstik utk elakkan nasi patah.
Ads
AYAM MASAK MERAH
1 1/2 ekor ayam (sy masak 23 ketul hr tu)
2 biji bwg besar (dikisar)
7 ulas bwg putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 1/2 cawan cili kisar (lebih kurang)
Sos cili
Soa tomato
Gula melaka
Gula, garam
Tomato
1 biji bwg besar utk hiasan
4 sekawan
Minyak untuk menumis
Cara memasak Gorengkan ayam. Tumiskan bwg merah, putih, serai dan halia kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga semua bahan masak dan naik minyak. Masukkan sos tomato dan kacau. Masukkan gula melaka, garam dan gula.
Ads
Masukkan ayam dah kacau dalam 10 minit lebih kurang. Biar ayam tu mesra. Last taburkan bawang dan tomato. Siap!!!
Kami tak letak susu ya dalam masak merah ni sebab tak suka dan ayam akan cepat basi..ini resepi mak mentua kami. Kalau nak buat sikit kecikkan portion. Hampa try naaa..letih taip resepi panjang berjela ni.
Sesiapa pun rasanya tidak akan menolak jika diberikan aiskrim cup dengan pelbagai perisa. Sama ada coklat, strawberi, vanila dan sebagainya. Semuanya nampak cukup menyelerakan dengan rasanya lemak berkrim, sejuk dan teksturnya lembut.
Apa yang pasti bukan anak-anak sahaja suka akan rasanya, kita orang dewasa pun turut teruja untuk menikmatinya.
Jadi apa kata jika sebelum ini anda hanya membelinya di pasaran, tapi kali ini anda sediakan sendiri dengan resipi yang dikongsikan oleh wanita ini yang menjalankan peniagaan aiskrim di rumah.
Tidak susah mana pun dan bahan-bahan yang digunakan pun mudah untuk dicari. Bahkan apa yang lebih penting, pelbagai jenis toping boleh anda cuba mengikut citarasa masing-masing.
Difahamkan juga, dengan resipi yang dikongsikan ini anda akan dapat hasilkan 35-40 cup aiskrim. Wow! Memang puas makan anak beranak!
Aiskrim Cup
Moh kita belajar cara buat aiskrim pulak. Mak-mak surimah boleh buat side income taw, sambil-sambil duduk rumah, poket pon masuk, jual aiskrim je.-Puan Nurul Ashikin
Resepi Aiskrim Cup
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
3 tin air
2 sudu makan tepung jagung(bancuh dengan sedikit air)
2 sudu makan ovalatte
1 sudu makan esen vanilla/serbuk vanilla
2 cawan fresh cream/whipping cream ND (saya guna brand vivo)
Cara-cara:
1.Masak base susu hingga mendidih..setelah mendidih masukkan bancuhan tepung jagung.
2.Sejukkan (lebih elok kalau bekukan semalaman)
*Fungsi-untuk aiskrim lebih gebu
3. Campurkan base susu tadi (kalau beku kena hancurkan dulu) dengan fresh cream+ovalatte+vanilla esen. Mix guna kelajuan perlahan..bila bancuhan dah sebati baru gunakan kelajuan y no 4@5..(mix dalam 15/20mnit).
4. Last skali isi filing dalam cup dan masukkan aiskrim tadi. Boleh lorekkan filing di atas aiskrim guna lidi..
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk kita melancong ke Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bergelar Mr Mama bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi peranan yang selama ini sudah rutin dan sebati dengan golongan wanita, diambil alih oleh lelaki yang bergelar suami. Mungkin pandangan masyarakat agak ‘pelik’ dengan situasi tersebut.
Namun, berbeza pula dengan penulis novel thriller terkenal Ramliee Awang Murshid berkenaan isu ini. Jom kita dengar kenapa dia memilih untuk menjadi Mr Mama selepas 19 tahun mengabadikan diri dalam dunia pekerjaan.
“Setakat ini tiada masalah saya menjadi Mr Mama. Saya dah penat kerja sejak 80-an lagi. Sudah 19 tahun dengan RTM dan sampai satu tahap saya nak kerja sendiri dan menulis sepenuh masa. Saya tidak mahu curi-curi masa dan benda-benda haram masuk. Jika kita curi masa pejabat untuk kerja sendiri tidak baik.
“Rasa berdosa dan tidak berkat bila gunakan waktu bekerja itu untuk perkara lain, tambah lagi bila umur dah meningkat ini memang banyak benda saya fikir. Jadi hidayah datang dan saya berfikir untuk berhenti sejak 2008. Hanya 2012 baru saya nekad untuk berhenti kerja.
“Selepas berhenti, rutin saya adalah mengejutkan semua orang waktu subuh. Solat berjemaah kemudian, buat sarapan ringkas untuk anak dan isteri. Hantar anak ke sekolah, kemudian cuci pakaian, solat dhuha kemudian saya kerja sampai kul 11 sebelum masak. Kemudian keluar semula untuk ambil anak.
Soal masak tak jadi masalah kalau di rumah saya masak ikan, ayam tetapi sayur mesti ada. Tetapi saya tahu kadang-kadang bila anak lihat apa yang saya masak, boleh agak yang dia bandingkan masakan saya dengan isteri. Jika malas saya ‘masak’ di kedai sahaja,”seloroh Ramlee.
Ditanya mengenai pandangan sinis tentang Mr Mama, bagi bapa kepada anak remaja berusia 17 tahun ini, perkara tersebut tidak menjadi masalah baginya.
“Cuma apabila saya sendiri melalui pengalaman melakukan kerja rumah, memang ini satu pengalaman yang patut semua lelaki harus tahu. Saya menjadikan Rasullah sebagai teladan kerana Baginda sendiri ringan tulang untuk membantu isteri.
“Mula-mula memang kekok tetapi lama-kelamaan tidak menjadi masalah. Soal makan duit isteri tidak timbul kerana belanja dapur memang saya guna duit royalti. Setiap perbelanjaan saya sudah susun awal-awal. Itu yang saya panggil perancangan kewangan dalam rumah tangga dan alhamdulillah saya berjaya.
“Setakat ini rintangan adalah berpacu dengan waktu sahaja. Sementelah idea datang bila-bila masa. Kerana itu saya selalu ‘pujuk’ otak esok pagi bangun jadi manusia paling baik, beriman dan penulis yang baik. Alhamdulillah berjaya, tetapi saya tak kata sempurna. Untuk menjadi seperti yang ada hari ini saya kena betul-betul reda, ikhlas dan kerja kita juga menjadi senang dan tidak ada masalah.
Berikut video penuh perkongsian bersama Ramlee Awang murshid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hidup ini sebenarnya terlalu singkat untuk kita bazirkan dengan kelalaian diri sendiri hingga tanpa sedar kita kurang menghargai orang yang ada dekat dengan diri kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Sehubungan dengan itu, Ustazah Asma’ Harun melalui postingnya di Facebook ada mengajak kita semua untuk lebih menghargai orang tersayang apatah lagi ketika dilanda wabak Covid-19.
Ini perkongsiannya dan semoga memberi 1001 makna dalam kehidupan kita semua.
LAMBAIAN TERAKHIR
Kadang-kala dalam hidup ini, tanpa disedari, kita kurang menghargai orang yang ada di sekeliling kita. Lumrahnya, bila ada di depan mata, kita buat tidak peduli, tetapi apabila sudah kehilangan, barulah tercari-cari.
Siapa sangka kedatangan wabak COVID-19 benar-benar telah mengubah banyak sisi kehidupan. Segalanya seolah berlaku terlalu pantas. Semakin hari, semakin ramai yang dijangkiti, malahan menemui ajal mereka dalam ujian wabak ini. Allahuakbar.
Tidak terjangkau dek akal fikiran bahawa mereka yang dahulunya ada disisi memberikan sokongan, kini tiada lagi. Mereka yang kita sangka akan sentiasa menemani, rupanya sudah pergi.
Tiada lagi nasihat dan kata penguat yang meniti di bibir, senyuman manis yang menghiasi wajah untuk perjalanan kehidupan, yang tinggal hanyalah sebuah kenangan sebagai bekalan apabila kerinduan.
Allah Ya Qahhar, Allah Yang Maha Perkasa. Apabila Allah berkehendak untuk menetapkan sesuatu, maka hanya cukup Dia melafazkan kalimah-Nya yang agung sepertimana firman Allah SWT:
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
Maksudnya: “Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.”
[Surah Yasin: 82]
Subhanallah, betapa agungnya kekuasaan Allah SWT sehingga jika Dia menghendaki sesuatu, ketika itu juga ia boleh terjadi. Sememangnya COVID-19 telah mengajar kita 1001 erti.
Ia membuatkan kita lebih menghargai mereka yang ada di sisi. Kemungkinan lambaian yang diberikan hari ini merupakan lambaian terakhir daripada insan yang amat disayangi.
Jika sebelum ini, kita merasakan ada hari esok untuk bertemu lagi, tetapi kini belum tentu kerana situasi yang tidak sama lagi. Kita tidak tahu siapa di antara kita yang akan dijemput Ilahi terlebih dahulu kerana kematian itu pasti dan tidak akan diketahui bila masanya tiba.
Firman Allah SWT:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ ﴿٣٥﴾
Maksudnya: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
[Surah al-Anbiya’: 35]
Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَّاذَا تَكْسِبُ غَدًا ۖ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ ﴿٣٤﴾
Maksudnya: “Sesungguhnya hanya di sisi Allah ilmu tentang hari Kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.”
[Surah Luqman: 34]
Sahabat, ketahuilah bahawa Allah SWT telah menetapkan kematian setiap hambanya. Tidak akan ada yang terkecuali daripada merasai mati. Ia tetap akan datang dan tidak akan terlewat walaupun sedikit.
Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.”
[Surah al-A’raf: 34]
Tetapkan dalam hati, jika sebelum ini kita kurang menghargai mereka yang berada di sekeliling. Sekaranglah saatnya untuk lakukan perkara yang lebih membahagiakan mereka.
DUHAI IBU AYAH,
Jadikanlah tempoh ‘lockdown’ ini sebagai peluang untuk kembali menyemak solat dan bacaan al-Quran anak-anak jika sebelum ini tiada kesempatan. Hidupkanlah kasih-sayang dengan saling membantu, meringankan kerja-kerja rumah dan mendengar cerita anak-anak.
DUHAI ANAK,
Hargai dan luangkanlah masa sebanyak mungkin ketika ini bersama dengan ibu ayah dan adik beradik. Ambil peluang untuk mendengar nasihat berharga daripada mereka. Usah terlalu leka dengan hiburan dan media sosial yang membuatkan kita lupa.
BUAT YANG BERJAUHAN DENGAN PASANGAN DAN IBU AYAH DI KAMPUNG,
Tautkan kasih sayang dengan sering berhubung dengan mereka. Hantarkan hadiah tanda ingatan dan kerinduan yang berpanjangan. Kuatkan kesabaran dan pergantungan kepada-Nya, insya-Allah semua ini tidak akan lama.
DOA AGAR ALLAH MELINDUNGI KELUARGA DAN INSAN TERSAYANG
أَسْتَوْدِعُكُمُ اللهَ الَّذِيْ لاَ تَضِيْعُ وَ دَائِعُهُ
Maksudnya: “Aku meninggalkan kamu semua dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa yang ada di dalam jagaan-Nya.”
[HR Ibnu Majah]
Semoga Allah SWT melindungi kita dan semua insan yang disayangi walau di mana jua kita berada. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.