
Berkebun ini banyak manfaat terutama bila tanaman menjadi subur dan menghasilkan sayur dan buah-buah yang segar.
Tetapi bukan mudah untuk memastikan tanaman itu ‘menjadi’ dan subur. Ada teknik yang kena tahu.
Bagi newbie yang baru nak belajar, boleh tahu cara asas untuk memindahkan anak pokok dari tapak semaian termasuk medium tanah apa yang harus digunakan.
Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.
Medium tanah yang digunakan
Malam ni saya cuma nak bagi petua kepada beginner yg nak pindahkn anak pokok dari tapak semaian. Medium tanah apa yang hndak digunakn spy anak pokok brjaya mmbesar sbg juara. Dlm bracket tu ialah nisbahnya.
Tanah hitam atau tanah organic.(3)
Tanah sawit atau tanah bakar.(1)
Sekam bakar atau sekam mentah.(1)
Cocopeat halus.(1)
Pasir.(2 genggam)
Baja tinja ayam/kambing(2 sudu).
Gaul rata kesemua sekali dan biarkn selama 4-5 hari baru tanam anak pokok.
Jika tak ada tanah sawit atau tanah bakar blh guna tanah hitam biasa atau tanah organik.
Baca artikel menarik di sini: Niat Menabung Akhirnya Lebur, Hampir RM1000 Duit Rosak & Koyak, Bila Disimpan Dalam Tabung Yang Sama.
Selamat mencuba.
Sumber: Liyana Mohd Poad
Nak Cantik Kena Usaha! Ikut Petua Mak-Mak Dan Nenek Kita Ini Agar Wajah Berseri & Awet Muda

Wanita mana yang tidak gundah gulana, bila melihat kulit wajah mula tampak kusam, tidak berseri, garisan halus mulai hadir, parut jerawat dan jeragat pula jelas kelihatan.
Mulalah segala produk kecantikan dicari untuk atasi masalah ini. Tapi sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Daripada menggunakan bahan kimia, mari kita praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;
1. Naikkan seri muka
Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Bancuhan serbuk kunyit & madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
2. Hapuskan blackhead & whitehead
Bancuh baking soda & jus lemon
Bancuh dua sudu kecil baking soda dan 2 sudu besar jus lemon, kemudian sapu pada kawasan bermasalah terutama sekali pada bahagian hidung dan biarkan dalam 3 minit.
Selepas itu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead.Kemudian bilas bersih.
3. Hilangkan tanda penuaan pada wajah
Guna air mawar sebagai toner
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
INFO EKSTRA!
Tukar cadar dan sarung bantal Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.
Ketika mandi, sila pastikan cuci rambut dahulu baru cuci muka. Ini kerana selepas mencuci muka cuci liang pori wajah akan terbuka, kandungan bahan yang ada pada shampoo ketika membilas rambut akan terkena muka.
Sekaligus membuatkan pori wajah tersumbat dan boleh mengakibatkan jerawat.
Selamat Mencuba!
Dikesan Positif Covid-19, Lelaki ni Kongsi Gejala Awal Yang Dia Rasa Untuk Info Pada Yang Lain!

Gelombang ketiga pendamik Covid-19 ini dilihat kian ‘mengganas’, setiap hari ada sahaja kluster baru dimaklumkan kepada umum.
Nyata, dalam tempoh ini kita semua secara automatik berasa bimbang dan sebaiknya selain kita patuh SOP, ambil paduli juga sintom dan gejala berkaitan Covid-19 ini.
Melalui perkongsian daripada Abdul Fatah Abu Hanipah yang juga disahkan positif covid-19 pada dua hari lalu boleh dijadikan info.
Bahkan semangat positif yang ada pada dirinya wajar dicontohi. Ikuti perkongsiannya.
Saya Fatah. Kekal hensem walaupun dikesan positif Covid-19 dan sekarang ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Hospital Sungai Buloh. Orang kata PKKN ada hantu tapi saya peduli apa sebab Korona ini pun macam hantu juga. Ghaib dan menggelabahkan manusia.
Hari ini hari kedua saya di PKKN. Semalam saya disahkan positif setelah mengalami beberapa simptom dan berjelaga. Maafkan saya. Bergejala, bukan jelaga.
Untuk tulisan kali ini, saya nak ceritakan apa gejala yang saya alami sebelum saya disahkan positif. Iyalah, ini benda yang paling ramai orang nak tahu dan risau pun kan.
1) Demam panas dan batuk. Hari kedua saya jadi contact rapat dengan kawan yang positif (waktu itu dia pun tak tahu yang dia positif), saya dihinggapi demam panas sehingga sukar tidur malam. Hari lain rilek saja letak kepala terus lelap macam Nobita. Tapi tidak pada hari itu. Esok dan lusanya demam sudah tak ada.
2) Selsema dan sakit kepala. Dia datang sekali dengan demam. Pakej lah kiranya. Macam makan sate, kena ada nasi impit. Macam pakwe hensem, kena makwenya lawa. Ha macam tu lah.
3) Sakit sendi dan penat-penat. Sakit segala sendi ialah sakit yang paling orang tak nak sebab membuatkan kita rasa nak pulas segala bahagian sendi di badan. Orang pernah kena demam denggi pasti faham sakit dia macam mana. Tak boleh tidurlah kiranya selagi tak sapu minyak panas.
4) Hilang deria bau dan rasa. Ini paling power. Saya salute Virus Korona sebab dia mampu alter saraf saya jadi tak bau dan tak rasa apa. Hidung tak tersumbat tapi tak boleh bau apa-apa.
5) Rabun sekejap. Ini pun power juga. Hari terakhir di rumah sebelum saya disahkan positif, saya rasa macam mata saya ini berselaput macam baru bangun tidur. Dah mandi dah buat itu ini genyeh mata sampai berair, tetap rasa kabur-kabur. Saya ingat ada tahi mata, rupanya ini salah satu jelaga. Maaf, gejala.
Cukup dua gejala pertama dan sehari selepas saya dikategorikan sebagai contact rapat kepada kawan saya yang positif, saya pergi buat swab test di klinik kesihatan berdekatan (FOC). Tunggu dua hari, result di klinik kesihatan masih juga tak dapat-dapat.
Dek kerana badan makin terasa sakit-sakitnya, saya ke hospital swasta dan buat swab test sekali lagi. Jam 10 pagi buat swab test, jam 7 pagi esoknya doktor telefon.
“Morning Fatah. Tahniah, awak positif”
Aku tipu saja doktor kata tahniah tu.
Ok flow dia macam ini.
Buat swab test di klinik kesihatan atau hospital swasta dan kalau keputusannya positif, mereka akan hantar keputusan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang terdekat. PKD yang akan ambil tindakan seterusnya. Kalau negatif, dia akan beritahu juga. Ada yang suruh kita sendiri telefon tanya status.
Bila positif dan PKD telefon, dia akan temu ramah, ambil details semua lah sebelum dia hantar ambulans untuk ambil di rumah. Itu sebab, bagus kalau kita ingat details semua benda pergi mana dengan siapa naik apa bla bla bla kerana klinik akan tanya benda sama, PKD tanya benda sama, kawan tanya benda sama, pejabat tanya benda sama sampailah kau nak muntah jawab benda sama.
Nak senang, tulis semua benda dalam nota telefon. Orang tanya, tepek saja info. Orang tanya, tepek. Senang. Kalau tanya lebih-lebih, sihat nanti pergi lempang. Settle.
Bila ambulans datang, ha saat situlah bermulanya manusia sekeliling jadi kalut macam Alpaka hilang anak. Orang sekeliling akan ambil gambar, hantar ke semua group WhatsApp, hantar ke member di Perlis sampai member Perlis pun kalut pergi mandi dengan sanitizer walaupun kejadian berlaku di Ampang. Orang akan jadi kalut sampai tak boleh tidur. Risau sampai suruh sanitize surau walaupun tak pernah pergi surau.
Ha gelak. Tapi itulah hakikat dia Tuan Puan. Itulah hakikat dia. Virus Korona melemahkan antibodi pesakit. Kekalutan sekeliling kerana tak cukup faham dengan situasi dan tidak tahu cara bereaksi, membunuh mental pesakit.
Jadi, jangan jadi pembunuh mental. Sebaliknya membantulah. Daripada kalut sebar gambar dan beritai itu ini yang tak tahu sahih tak sahih, eloklah tanya keluarga yang ada ahlinya yang positif itu, apa yang kamu perlukan yang kami boleh tolong dan usahakan.
Baru lah betul, kita jaga kita, Tuan Puan.
Sumber : Fatah,
PKKN, Hospital Sungai Buloh.
Demi Ibu, Anak Ini Tak Beli Kereta Tapi Ubah Suai Rumah Sehingga 25K.

Ikatan kasih sayang di antara ibu dengan anak bermula sejak di dalam rahim lagi. Ia berterusan dan diperkuatkan melalui perlakuan yang menunjukkan kasih sayang. Malah cinta seorang ibu kepada anaknya tidak akan terbalas dan tidak akan ternilai dengan apa pun. Perjuangan seorang ibu untuk seorang anak sudah tentu tiada tandingannya. Oleh itu, dikatakan syurga seorang anak itu terletak ditelepak kaki seorang ibu.
Tular mengenai kasih seorang anak lelaki yang sanggup berhabis wang ringgi sehingga 25K untuk melakukan ubah suai rumah ibu di kampung. Tanpa disuruh atau dipaksa ibu, anak ini sanggup melupakan hasrat memiliki kenderaan. Sebaliknya berkorban demi ibu tercinta.
Begitulah perkongsiannya menerusi twitter baru-baru ini.
Ubah suai rumah demi keluarga
Hasrtanya untuk memberi keselesaaan buat ibu tercinta. Malah dia menyatakan bahawa apa yang dilakukan itu merupakan pencapaian terbaiknya pada tahun ini. Dia juga senang hati apabila ibu tersayang sudah boleh mengambil wuduk di dalam biliknya sendiri.
Nyata, anak ini begitu kasih sayang kepada keluarganya. Moga rezekinya sentiasa melimpah buat dirinya yang tak berkira memberi kebahagian buat keluarganya.
Kredit: MohdAsriDungun