Sukatan Cawan Penyukat VS Cawan Minuman. Begini Caranya. Mudah & Tak Pening Lagi Yang Baru Nak Belajar!

Share

Keterujaan nak buat biskut atau kuih boleh termati sendiri bila melibatkan bab timbang bahan. Lebih-lebih lagi bahan-bahan tersebut menggunakan sukatan gram atau memerlukan alat penimbang.

Sebenarnya , tak perlu risau atau kecewa jika alat penimbang di rumah tiada atau rosak. Jom guna je sukatan cawan untuk menyukat bahan-bahan seperti tepung, gula, butter dan sebagainya. Tetapi kena tahu caranya yang betul.

Jom ikut panduan yang disediakan oleh puan Yatie Eimra. Memudahkan ibu-ibu nak buat kek atau biskut raya.

Tip Tepung #1 : Cawan Penyukat Standard vs Cawan Minuman

(cawan teh/kopi)

Ramai yang konfius kan bab sukat tepung guna cawan.. Kebanyakkan orang fikir, tak kisah guna cawan yang mana (samada cawan penyukat standard atau cawan teh/kopi) & tak jejaskan resipi asalkan sukat tepung & cecair guna cawan yang sama.

Sebenarnya ia hanya betul kalau resipi tu takde telur. Kita boleh guna apape jenis cawan pun asalkan sukat tepung & cecair gunakan cawan yang sama.

TAPI kalau resipi yang ada telur, selalunya hasil akhir akan efek gak sikit sebab sukatan cawan tu berbeza..

Contohnya resipi gunakan –

1 biji telur B (lebih kurang 50gm)
2 cawan tepung..

👉Cawan penyukat standard = 125gm tepung.

👉Cawan teh/kopi = 80gm-100gm tepung jer

⚠So, kalau resipi asal tu gunakan cawan penyukat standard, total berat tepung sepatutnya = 250gm, bagi sebiji telur.

⚠Tapi kalau kita pakai cawan teh/kopi, total berat tepung = 160gm-200gm jer bagi sebiji telur. Nampak tak, dah kurang 50gm kat situ..

⚠Dengan berat telur yang sama, tapi bila kita guna cawan berbeza, berat tepung tak cukup, sikit sebanyak efek la gak resipi tu..

⚠Camtu gak kalau resipi asal guna cawan teh/kopi tapi kita gunakan cawan penyukat standard.. Resipi kita tu akan jadi “terlebih tepung” untuk resipi yang sama.. Bagi penggemar resipi Azlina Ina, selalunya korang yang guna cawan penyukat standard, akan alami masalah terlebih tepung ni.. 😆

🌟Walaupun macam tu, ada pengecualian gak.. Kalau resipi tulis telur pun perlu disukat gunakan cawan, maknanya korang boleh guna apape jenis cawan/mangkuk hatta guna periuk sekali pun untuk sukat setiap bahan 😆 Sebab tu perasan tak, resipi mak kita dulu² (terutamanya resipi kek) bukan setakat tepung & air, tapi telur pun kena sukat dengan cawan.. So hasil akhir nanti takkan lari jauh walaupun cik kiah guna cawan kopi, cik bedah guna mug besi.. Bezanya lagi besar cawan diguna, lagi banyak la adunannya..

P/s: Sukatan tepung gunakan cawan penyukat standard = 125gm. Tapi KEBIASAANNYA sukatan tepung ni berbeza 5-10gm (1-1½ sudu besar) bila kita timbang sendiri. Ni bergantung pada keadaan kelembapan tepung, cara sukat lak.