Ibu ayah mana yang tidak suka melihat anak pandai dan boleh menghafaz Al-Quran. Malah menjadi impian dan harapan yang besar ibu bapa apabila anaknya digelar sebagai Al-Hafiz atau Al-Hafizah.
Apa yang pasti ia bukan satu tugas yang mudah untuk mendidik anak dalam era globalisasi sekarang. Namun bak kata perpatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jadi sudah tentu kita akan berusaha untuk memastikan ia berjaya.
Nak tahu caranya, pendidik Cikgu Zahran berkongsi panduan di facebook miliknya.
8 tip didik anak menghafaz Al-Quran
1. MEMAINKAN CAKERA PADAT VIDEO (CD) SURAH YANG SENANG DIHAFAL.
Ibubapa boleh memainkan cakera padat video Al-Quran di rumah atau di dalam kereta ketika hendak ke mana-mana saja. Memainkan VCD surah-surah Al-Quran pada setiap masa mampu menimbulkan minat anak-anak terhadap surah yang diperdengarkan. Anda juga boleh perkenalkan surah-surah pendek kepada anak-anak.
2. MENDAHULUKAN MENGAJAR AL-QURAN BERBANDING MEMBACA DALAM BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS. JANGAN FIKIR ATAU RISAU ANAK ANDA BERKEMUNGKINAN TIDAK DAPAT MEMBACA.
Hal ini juga penting bagi ibubapa yang perlukan anaknya boleh menghafaz Al-Quran dengan baik. Mengajar banyak perkara dalam satu masa kemungkinan anak-anak akan menjadi keliru dengan apa yang dipelajari secara serentak. Fokus anak-anak juga pastinya teralih kepada sesuatu selain hafazan mereka.
3. MEMULAKAN DENGAN MENGHAFAL SEBELUM MENGENAL HURUF AL-QURAN.
Mengikut kajian sains, kanak-kanak yang belajar menghafal dapat meningkatkan kuasa otak kirinya. Otak kiri bertanggungjawab untuk menganalisa secara analitikal seperti sains, matematik dan bahasa manakala otak kanan pula bertindak untuk berfikir secara holistik seperti perkara berkaitan seni dan muzik. Ramai juga penghafal Al Quran daripada kalangan orang buta. Ini bermakna seseorang yang tidak mengenal huruf juga boleh menghafal Al Quran dengan baik.
4. BIASAKAN DIRI UNTUK MEMPERDENGARKAN SURAH DARIPADA AL-QURAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR.
Menurut pengetahuan saya, pada usia dua tahun lapan bulan anak-anak sudah boleh menghafaz lapan surah pendek dan sekurang-kurangnya 17 surah apabila usia mencecah umur tiga tahun. Mereka telah diperdengarkan dengan surah-surah Al-Quran sejak masih bayi lagi.
Menurut satu kajian luar negara, memperdengarkan lagu dengan irama yang perlahan ketika bayi tidur mampu meningkatkan kemampuan memori si bayi tersebut. Oleh itu, pilihlah audio bacaan Al-Quran yang dibacakan secara jelas dan perlahan-lahan.
5. GUNAKAN DAYA KREATIVITI IBU BAPA UNTUK MENARIK MINAT ANAK-ANAK TERHADAP AL-QURAN.
Kad imbasan juga boleh digunakan untuk membantu menarik minat anak-anak. Sebagai contoh, bayi berusia setahun akan membuatkan ibu bapa terpaksa menarik perhatian bayi mereka untuk menyebut setiap kad imbasan kerana pada waktu ini, mereka dalam peringkat suka meneroka dan mula melakukan pelbagai kerja sendiri dan kurang fokus terhadap apa yang ibubapa inginkan. Ini lebih ketara untuk kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
6. MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MENGHAFAL SURAH SEBANYAK YANG MUNGKIN MENGIKUT KEMAMPUAN MEREKA.
Semakin panjang dan semakin banyak surah yang dihafal, semakin tinggi kekuatan memori mereka. Jika mereka telah selesai menghafal sesuatu surah, minta mereka teruskan dengan surah yang lain pula.
7 . MEMBERIKAN GANJARAN APABILA ANAK-ANAK BERJAYA MELAKUKANNYA
Setiap kali anak berjaya membaca setiap surah, berikanlah ganjaran kepadanya walaupun sekadar satu surah. Ganjaran bukanlah berbentuk material semata-semata. Apa kata hadiahkan anak anda dengan satu ciuman dan pujian dan doakanlah kejayaan mereka bersama-sama mereka agar mereka juga tahu segala usaha mereka sangat dihargai anda.
8. SENTIASA MEMINTA ANAK-ANAK MENGULANG SEMULA MEMBACAKAN APA YANG TELAH MEREKA HAFAL.
Kaedah untuk mempraktikkan bacaan ialah kaedah mengulang. Ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, bahkan orang dewasa juga. Mengulangi dengan kerap apa yang telah dihafaz mampu mengubah memori jangka pendek menjadi memori jangka panjang juga. Ini juga boleh dilakukan dengan menvisualkan setiap ayat Al-Quran yang ingin dihafaz.
*Semoga tips-tips ini bermanfaat untuk anda mendidik anak-anak membaca Al Quran.
Sumber: Cikgu Zahran
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.