
Ikan terubuk jarang menjadi makanan kegemaran semua orang. Semuanya kerana tulangnya yang menyukarkan untuk di makan.
Mungkin dalam erti kata lain memerlukan lebih kesabaran untuk makan.
Namun ada caranya untuk memastikan tulang ini seakan ‘hilang’ dan lebih mudah untuk dimakan. Anda harus mencubanya kerana dua petua ini memang terbukti berkesan. Apa yang perlu anda lakukan adalah melakukannya dengan betul.
Tarik Arah Bertentangan
Cara untuk menghilangkan tulang ini adalah dengan memegang bahagian insang dan ekor ikan terubuk tersebut. Kemudian tarik dari arah bertentangan secara serentak. Tarik sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang yang ditarik. Selepas itu, barulah ikan disiang seperti biasa. Hasilnya tulang akan turun ke bawah dan lebih mudah dimakan tanpa perlu membuang tulangnya.
Kelar Rapat
Selain itu, proses mengelar ikan juga adalah cara seakan-akan menghilangkan tulangnya. Caranya mudah sahaja, basuh bersih ikan terubuk dan kemudian kelar ikan rapat-rapat. Tidak seperti mengelar ikan seperti biasa, tetapi kelar hingga rapat-rapat. Hasilnya tulang akan patah dan ketika makan tidak terasa lagi adanya tulang ikan terubuk yang berbentuk seperti huruf Y.
Selamat mencuba.
Rupanya Makan Roti Hari-hari Pun Tak Bagus, Jejaskan Kesihatan. Dr Ni Jelaskan Jadikan Panduan!

Boleh dikatakan mudah bagi kita untuk menikmati pelbagai makanan yang enak dan lazat daripada hidangan berasaskan nasi bersama jenis lauk pauk yang pelbagai pada bila-bila masa.
Bahkan kepelbagaian makanan ini diakui memang lazat dan ia membuatkan kita akan makan dengan berselera.
Hal ini menjadi satu cabaran buat kita untuk memilih dan menentukan jumlah makanan yang tepat bagi mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.
Maka hingga ada yang beranggapan lebih baik makan roti daripada makan nasi untuk pemakanan yang lebih sihat dan mengenyangkan.
Pun begitu, tahukah anda tanggapan itu tidak benar dan ini dijelaskan oleh Dr Mazliana Mazlan berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya sendiri berkenaan pengambilan roti jika dijadikan menu harian.
Ini perkongsiannya jadikan panduan.

Saya ingat roti sebenarnya lebih sihat dari nasi.
Sebab tu hari-hari saya makan roti waktu mengandung anak pertama pertama dulu. Tak lalu nak makan nasi sebenarnya masa tu, jadi saya cari pilihan lebih sihat yang saya faham, iaitu roti.
Tak makan nasi takpe, tapi kalau tak dapat roti sehari, saya sampai tak boleh tidur malam.
Bila selalu makan roti waktu rehat makan tengahari di hospital, balik kerja perut saya jadi sebu. Malam susah nak tidur sebab perut kembung. Pagi esok bangun tidur, perut jadi segah.
Bila saya stop makan roti, barulah perut saya okay balik. Sampai sekarang saya tak jadikan roti makanan harian di rumah lepas tu.
Gluten Bersifat Seperti Gam
Roti ni ada gluten. Sejenis protein yang ada dalam gandum. Makin tinggi kandungan gluten yang ada dalam tepung high protein atau tepung roti.
Tak kisahlah organik non GMO sekalipun, bila namanya tepung roti, kandungan gluten lebih tinggi dari biasa.
Gluten ni bersifat macam gam. Gluten ni lah yang buat roti kita jadi gebu.
Kesan sampingan ambil gluten ni wujud. Cuma kadang kita je tak perasan. Gluten antara makanan yang cepat betul boleh timbulkan radang pada badan.
Saya ambil roti lepas 3 bulan berturut baru perasan, perut asyik kembung rupanya sebab gluten dalam roti.
Pesakit saya gatal badan dah 5 tahun. Bila saya mintak beliau stop makan roti, tiba-tiba hilang terus gatal badan. Dah tak datang cari ubat gatal lepas 2 bulan pantang roti.
Pesakit saya asyik sembelit, saya cadangkan berhenti kejap makan roti setiap pagi. Lepas seminggu, tiba-tiba najis dah lawas macam biasa.
Pesakit cilik saya yang ada asma, saya mintak stop kejap makan roti. Ibunya nampak kesan baik lepas berhenti makan roti.
Elak Makan Hari-hari
Roti, tak salah pun anak nak makan. Cuma elakkan ambil hari-hari.
Kita suka bagi roti bila anak taknak makan nasi. Sebab kita fikir roti dah cukup tinggi nutrisi untuk kenyangkan anak.
Sebenarnya, gluten tak beri nutrisi penting pun untuk tubuh badan anak. Apatah lagi jika bahan ramuan roti yang anak makan tu, ada macam-macam nama pelik yang kita tak faham.
Roti dalam gambar, antara pilihan roti yang ada di pasaran. Cuba sesekali tengok bahan ramuan roti, sebelum kitabeli untuk anak makan.
Roti yang sebenar, tak sampai 10 bahan pun nak buat sebenarnya.
Tak perlukan pengawet dan aditif. Mahupun pewarna dan perasa tiruan.
Mentega sumber utama transfat pun memang wajib digunakan untuk buat roti kan.
Sama-sama kita cuba ya, elakkan roti pelbagai bahan dari anak-anak.
Sumber : Dr. Mazliana Mazlan
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!
Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Cara Mudah Nak Hidupkan Bara Arang, Guna Bekas Telur & Minyak Masak Terpakai Je. Simple!

Biasanya kalau pergi berkelah atau mahu bakar ikan pasti akan ambil masa untuk menghidupkan api pada arang. Jadi, admin ingin kongsikan kaedah mudah dengan menggunakan bahan terpakai iaitu bekas telur dan juga minyak terpakai.
Cara ini dikongsikan oleh saudara sabaruddin mohd noor. Kalau kes kecemasan terlupa bawa bahan bakar, bolehlah guna kaedah ini. Simple je.
Bahan diperlukan:
Bekas telur
Minyak Masak Terpakai
Tempat pembakar
Cara mudah sediakan bara utk panggang.
1. Letak bekas telur yg dipotong ikut saiz pemanggang.
2. Tuang minyak masak terpakai atas bekas telur.
3. Nyalakan bekas telur.
4. Letak arang atas bekas telur.
5. Biarkan terbakar hingga jadi bara.
6. Sedia utk memanggang.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Starbucks Malaysia Tawarkan Minuman Berasaskan Tumbuhan.

Setiap kali pergi pasaraya pastinya kita akan singgah di kedai Starbucks! Aromanya membangkitkan semangat. Jadi tidak hairanlah ramai akan datang ke sini semata-mata untuk menghirup aroma minuman ini.
Starbuck sentiasa menawarkan pilihan terbaik buat pelanggannya. Salah satu minuman berasaskan tumbuhan sesuai bagi yang sedang berdiet termasuk yang sedang melakukan diet ‘eat clean’.
Starbuck prihatin dengan keperluan penggunannya telah menyediakan beberapa minuman berasaskan tumbuhan yang akan membuatkan anda terfikir sama ada ia benar-benar 100% berasaskan tumbuhan. Hakikatnya ia adalah benar! Starbucks menyediakan pilihan buat anda!
1. Almondmilk Honey Latte
Nikmati minuman ‘signature’ Starbucks berperisa halus dengan sirap madu yang lazat dan digandingkan dengan susu oat atau susu badam untuk minuman yang sempurna. Disedapkan dengan buih dan topping madu dibakar bahagian atasnya yang membuatkan minuman ini punya keseimbangan sempurna antara rasa ‘earthy’ dan manis. Tersedia sebagai minuman panas, air dan ‘ blended’ handcrafted.
Jika membuat tempahan minuman ‘ blended’, pelanggan boleh memilih minuman mereka dengan krim putar berasaskan tumbuhan, yang kini boleh didapati buat pertama kali di kedai Starbucks® di seluruh Malaysia.
2. Oatmilk Cocoa Macchiato
Chocolatey indulgence dengan oat berkrim buat Starbucks® Oatmilk Cocoa Macchiato. Espresso istimewa diadun sempurna dengan susu oat dan sirap vanila yang wangi, di atasnya ditabur sos koko. Sesuai untuk minuman panas, ais atau ‘ blended’ handcrafted.
Jika membuat tempahan minuman ‘ blended’, boleh menyesuaikan minuman dengan krim putar berasaskan tumbuhan, yang kini boleh didapati buat pertama kali di kedai Starbucks® di seluruh Malaysia.
3. Almond Caramel Mocha Frappuccino
Minuman ini menggabungkan rasa yang kaya dengan susu badam dan sirap karamel yang lembut untuk menghasilkan minuman yang berkrim. Hidangan sos mocha dan karamel memberikan rasa keenakan untuk minuman. Merupakan minuman yang direka dengan sempurna yang sesuai untuk dinikmati apabila anda hanya berjalan-jalan di bawah panas Malaysia!
Tersedia sebagai minuman blended handcrafted dengan krim putar berasaskan tumbuhan baharu kami.
4. Coconut Vanilla Chocolate Cream Frappuccino
Jika anda peminat Starbucks klasik, Chocolate Cream Frappuccino, ini akan menjadi alternatif berasaskan tumbuhan terbaik untuk anda. Walaupun asas minuman tetap sama, alternatif santan dan sirap vanila menambah nota yang berbeza pada minuman. Kedua-dua bahan tersebut memperkayakan rasa tanpa kehilangan intipati sebenar Frappuccino Krim Coklat. Minuman yang sesuai buat anda mengidamkan Frappuccino yang membawa kebiasaan dan keselesaan.
Tersedia sebagai blended handcrafted dengan krim putar berasaskan tumbuhan baharu.
5. Soy Dark Mocha Latte
Sama seperti kehidupan itu sendiri, minuman ini menawarkan rasa pahit manis. Rasa mocha gelap memberikan rasa yang ‘memukau’ di bibir anda. Jika anda bercadang untuk berjaga lewat sedikit daripada waktu tidur anda, minuman ini sesuai untuk dijadikan minuman selepas makan malam.
Boleh didapati sebagai minuman ais dan panas.
6. Soy Green Tea Latte
Mengimbangi rasa yang manis dan tajam, minuman ini menawarkan rasa kompleks minuman berasaskan tumbuhannya. Susu soya membantu dalam memperkayakan rasa latte teh hijau dan menjadikan teman ia minuman sarapan yang ideal sebagai penggalak tenaga yang hebat untuk awal pagi anda!
Boleh didapati sebagai minuman ais dan panas.
Hidangan berasaskan tumbuhan di Starbucks Malaysia bukan sahaja terhad kepada minumannya. Bergabung tenaga dengan Beyond Meat, Starbuck menyediakan menu makanan berasaskan tumbuhan iaitu Beyond Meat Spiral Curry Puff yang menggabungkan Beyond Meat’s Beyond Beef Ground Meat.
Apa lagi, tentu ada yang tidak sabar untuk mencuba minuman ini, cuma singgah di kedai atau sesuaikan minuman pilihan anda.