“Sukanya Ayah, Siap Tanya Bahagian Mak. Sweet betul.” Anak Buat Surprise Hari Jadi, gelagat Ayah Ni Undang Sebak!

Share

Baru-baru ini tular satu video kejutan hari jadi buat seorang ayah yang cukup menyentuh hati. Gelagat si ayah yang begitu gembira dengan ‘surprise’ yang diberikan envelop berisi wang tunai RM200 untuk dipilih mencuit hati. Malah, keterujaan si ayah, Jaafar Mohammed A’aini, 59 membuatkan ada yang menitiskan air mata menontonnya.

Disebalik keterujaannya memperoleh wang tersebut, dia masih sempat bertanyakan ‘bahagian’ untuk isterinya. Ternyata kasih sayang seorang suami begitu mendalam buat isterinya, Sa’diah Binti Haji Idrus.

Menurut Fatin Filzah Binti Jaafar, yang  bertanggung jawab membuat video tersebut,  dia sudah lama memasang niat  untuk berbuat demikian.

“Saya memang nak bagi hadiah sempena hari jadi ayah. Disebabkan PKP, jadi saya tiada kesempatan untuk beli hadiah. Tambahan pula, ayah bukan lah jenis pakai barang mahal-mahal..

“Cuma pada waktu tersebut, saya terpandang satu paket envelope, terus saya amik 4 keping. Lepas masukkan duit,saya “cong” envelope sampaikan saya tak tahu mana yang RM 10, mana satu RM100.

“Sebab ke empat-empat envelope hanya ada sekeping wang kertas. Kiranya memang ‘ong’ laaa tangan ayah sebab berjaya pilih  dua envelope yang betul berisi RM100 setiap satunya. Tapi kalau pun dia tersalah pilih, saya akan minta envelope yang salah, dan gantikan yang sebetulnya,” ujar Filzah lagi.

Menurut Filzah lagi, mereka adik beradik akan meraikan hari jadi ibu bapa, cuma cara berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.

“Anak lelaki, majoriti lebih kepada belanja makan. Kakak pulak gemar membuat majlis kecil-kecilan, saya lebih kepada ikut situasi. Adik pula disebabkan belum bekerja, dia hanya mampu dengan bantu meringankan beban mak ayah dengan kemas rumah.

Ditanya sama ada ayahnya memang seorang yang happy go lucky, Filzah akui dahulu si ayah sangat tegas orangnya.

“Dulu abah sangat tegas..tapi bila dah lanjut usianya, saya dan adik beradik yang lain cuba buat mak ayah seperti kawan kami sendiri.

“Walau bagaimana pun kami masih hormat kami terhadap ibu bapa,” ujar Filzah smabil memberitahu ayah dan ibunya merupakan peniaga kecil-kecilan di kawasan kampung di Klang.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club