Baru-baru ini tular satu video kejutan hari jadi buat seorang ayah yang cukup menyentuh hati. Gelagat si ayah yang begitu gembira dengan ‘surprise’ yang diberikan envelop berisi wang tunai RM200 untuk dipilih mencuit hati. Malah, keterujaan si ayah, Jaafar Mohammed A’aini, 59 membuatkan ada yang menitiskan air mata menontonnya.
Disebalik keterujaannya memperoleh wang tersebut, dia masih sempat bertanyakan ‘bahagian’ untuk isterinya. Ternyata kasih sayang seorang suami begitu mendalam buat isterinya, Sa’diah Binti Haji Idrus.
Menurut Fatin Filzah Binti Jaafar, yang bertanggung jawab membuat video tersebut, dia sudah lama memasang niat untuk berbuat demikian.
“Saya memang nak bagi hadiah sempena hari jadi ayah. Disebabkan PKP, jadi saya tiada kesempatan untuk beli hadiah. Tambahan pula, ayah bukan lah jenis pakai barang mahal-mahal..
“Cuma pada waktu tersebut, saya terpandang satu paket envelope, terus saya amik 4 keping. Lepas masukkan duit,saya “cong” envelope sampaikan saya tak tahu mana yang RM 10, mana satu RM100.
Ads
“Sebab ke empat-empat envelope hanya ada sekeping wang kertas. Kiranya memang ‘ong’ laaa tangan ayah sebab berjaya pilih dua envelope yang betul berisi RM100 setiap satunya. Tapi kalau pun dia tersalah pilih, saya akan minta envelope yang salah, dan gantikan yang sebetulnya,” ujar Filzah lagi.
Ads
Menurut Filzah lagi, mereka adik beradik akan meraikan hari jadi ibu bapa, cuma cara berbeza-beza mengikut kemampuan masing-masing.
“Anak lelaki, majoriti lebih kepada belanja makan. Kakak pulak gemar membuat majlis kecil-kecilan, saya lebih kepada ikut situasi. Adik pula disebabkan belum bekerja, dia hanya mampu dengan bantu meringankan beban mak ayah dengan kemas rumah.
Ads
Ditanya sama ada ayahnya memang seorang yang happy go lucky, Filzah akui dahulu si ayah sangat tegas orangnya.
“Dulu abah sangat tegas..tapi bila dah lanjut usianya, saya dan adik beradik yang lain cuba buat mak ayah seperti kawan kami sendiri.
“Walau bagaimana pun kami masih hormat kami terhadap ibu bapa,” ujar Filzah smabil memberitahu ayah dan ibunya merupakan peniaga kecil-kecilan di kawasan kampung di Klang.
Pernah tak, para ibu panggil suami dari dapur tetapi suami buat tak tahu je. Bila jengah kat ruang tamu, tengok si suami siap bergelak ketawa menonton rancangan kegemarannya.
Memang buat menyirap jugak kan, rasa nak marah je. Atau memang suara isteri tak cukup kuat. Siap jerit-jerit, tapi suami tetap tak dengar.
Jadi apa kata baca sampai hadam info menarik ni tentang lelaki. Menurut sumber ni, lelaki hanya menggunakan satu telinga sahaja.
Ikuti selanjutnya info ini.
Telinga Lelaki Pekak Sebelah? Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan. Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja.
Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri. Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar. Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang.
Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda. Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan “stereo” menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan pecakapan manusia.
Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam “toilet”. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami. Dipetik dari Pak Utih’s Page.
Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditentukan oleh Sang Pencipta. Kita sebagai makhluknya akur dengan segala ketentuanNya. Seperti mana kisah pasangan suami isteri ini.
Seorang wanita bernama Siti Hamima berkongsi kisah bertemu jdoh dengan suaminya yang juga merupakan pelanggannya sendiri yang membeli susu Nilofa daripadanya sebelum ini. Kisah tersebut dimuat naik oleh Siti Hamima menerusi laman [facebooknya. Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar mereka bertemu buat kali pertama sebagai pelanggan dan juga gambar usai selamat bergelar suami isteri. Alhamdulillah, daripada customer susu Nilofa jadi jodoh. #nilofa #susunilofa
From this To this.
Siti Hamima yang menjadi agen jualan kepada susu keluaran selebriti popular, Neelofa telah bertemu dengan pasangannya semasa menghantar pesanan Shakir Azman dan dari situ mereka berkenalan. Lebih menarik lagi, kisah pasangan ini turut dikongsikan oleh Neelofa yang turut mengucapkan tahniah diatas perkahwinan pasangan tersebut.
Menurut selebriti itu lagi, mereka patut menerima hadiah perkahwinan kerana cerita pertemuan mereka sangat menarik.
Tahun 2019 kebanyakan orang dah mula beli kasut hitam untuk anak-anak kan. Walaupun tahun 2020 baru diwajibkan, tetapi bermula tahun ini, ramai ibu bapa yang membelikan kasut hitam.
Cara ini dapat membantu mengelak masalah kasut mudah kotor dan sebagainya. Tetapi awal-awal ini, pasti anak-anak terkeliru bila kasut bercampur dengan kawan-kawan yang lain.
Ikuti perkongsian ibu bernama Farrah Mazliana ini cara bagaimana dapat mengelakan kasut tertukar dengan kawan. Cara yang cukup. mudah dan menjimatkan.
Cari paint marker di kedai Eco Rm2.10.. Cari yang warna putih kat line yang saya bulatkan sebab pen ni ada warna lain seperti grey,merah tau.
Sebelum nak tulis hampa kena goncang² dlu.. bak kata org putih shake-shake gitu.. sebab nya paint ni tak keluar dakwat lagi.. bila muncung dia dah kluar warna baru la hampa boleh tulis
So tulis la kat mana² tempat yang hampa suka.. macam saya tulis kat tepi ni..kalau nak pekat hampa double 2 ka..double 3 ka.. ikut suka hampa la ☺☺
Siap !!
Saya share kan pd yg xtau lg..klau hampa dh tau diam-diam dah la na..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...