Suka Tolong Murah Rezeki. Tuan Rumah Ni Kongsikan Kisahnya Dengan Penyewa. Terinspirasi Sangat!

Share

Apa yang biasa kita dengar, jika seseorang itu membeli rumah untuk tujuan disewakan pasti matlamatnya ingin menjana pulangan wang daripada sewaan tersebut.

Namun berbeza sekali kisah yang ingin dikongsikan ini, rupanya masih ada keluarga yang baik hati dan pemurah, tidak melihat wang semata-mata.

Bahkan aset rumah yang dijadikan rumah sewa itu bukan sahaja menjadi aset bernilai di dunia malah memberi pulangan hebat di akhirat juga.

Ini kisahnya semoga terinspirasi.


Penyewa ini dihalau keluar rumah sewaktu PKP. Beliau ibu tunggal membesarkan 4 anak bersamanya.

Beliau diuji dengan kesihatan bila mengalami stroke sebelum PKP.

Waktu PKP anaknya tidak berpeluang bekerja dan mereka langsung tiada pendapatan.

Mereka diminta keluar dari rumah sewa yang waktu itu disewa pada kadar RM1200.

Khabar ini tersebar dikalangan ‘geng masjid’. Kebetulan isteri saya ada sebuah rumah sewa kosong.

Mereka menumpang di sini.

Mereka mula ushakan tanaman walau tanah depan rumah sekangkang kera.

Mereka bersihkan dan cantikkan laman rumah.

Kawan kawan,

Ini rumah sewa suri hidup saya. Rumah ini sebenarnya dah beberapa kali di bantu tempat tempatkan pelajar practikal disini dan ibu tunggal didera bekas suami.

Malah kediaman ini juga pernah terbakar bahagian dapur akibat kecuaian pelajar practikal.

Rumah ini lengkap dengan semua kemudahan. Malah ada tv flat screen untuk penghuninya.

Waktu beli rumah ini dari pasaran lelong harganya cuma RM35,000 sahaja.

Hari ini, rumah ini berbakti lagi tumpangkan ibu tunggal ini pula. Mereka jaga, malah muka bercucuk tanam dihalaman rumah kita.

Rumah ini tiada Return of investment (ROI) didunia rasanya.

Kebaikan itu buat saya pandang isteri saya makin jelita. Saya dah tahu, ini antara sebab saya jatuh hati dengan dia.

Dalam buku hartanah, kita hanya diceritakan mencari penyewa dari syurga. Hingga kita lupa bahawa kita juga boleh jadi tuan rumah yang cintakan syurga.

Menjadi kaya dan mulia.

Abah Qilah.
Kagum Dengan Isteri.

 

sumber : Azizul Azli Ahmad