Keperibadian Baginda yang cukup low profile dan prihatin menyebabkan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah diangkat sebagai Raja Permaisuri Agong sangat disayangi rakyat jelata.
Bahkan, Tuanku Permaisuri juga rajin berkongsi aktiviti nya baik di istana mahupun di luar.
Termasuklah bulan ramadan yang mana baginda sendiri turun padang membuat biskut raya.
Terbaru, Tuanku berkongsi perkongsian beberapa foto dan video sedang membuat kuih raya bagi menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.
Seronok betul melihat suasana di dapur baginda yang penuh dengan biskut raya, dengan lagu raya yang dipasang, fuh tak boleh bayangkan kalau kita berada di dapur tersebut, mesti sibuk nak merasa sambil feeling raya kan!
Bukan itu sahaja, pelbagai jenis biskut raya dihasilkan, antaranya biskut Milo dan biskut ceri. Turut kelihatan pembantu istana yang membantu baginda menyiapkan biskut rata berkenaan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa seronok melihat gelagat Tuanku dan tak kurang yang mahukan resipi dari baginda.
Sumber: airtangan_tunkuazizah