Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi membesarkan dan mendidik anak-anak hingga berjaya.
Bila mana anak sudah berjaya, sudah sampai masa mereka membalas segala penat lelah orang tuanya.
Tidak minta dibalas kerana kasih sayang dan pengorbanan ibu bapa tidak ternilai harganya, namun sebagai anak tetap ada rasa ingin melakukannya.
Demikian bagi penyanyi muda bernama Najwa Latif ini. Popular dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Binti Abdul Latif berjaya memenuhi hajat ibunya yang ingin ke Venice dan menaiki gondola.
Menerusi video yang dimuatnaik dilaman instagramnya, Najwa mengakui lima tahun yang llau dia mengetahui hasrat ibunya dan kini dia berjaya merealisasikannya.
“A few years back (3-5), mama pernah cakap dia teringin nak pergi Venice and naik gondola lepastu nyanyi. If you want to know, personally, I don’t have any life plans now. I just follow the flow(walaupun banyak mengeluh) but I always try to enjoy it.
“However, I do have two life goals. One of it is to bring mama ke Venice and tengok dia nyanyi atas gondola. Yang satu lagi kita cerita bila dah unlock kay?,” ujarnya.
Perkongsian video yang berdurasi satu minit itu nyata cukup menyentuh hati pengikutnya. Rata-rata menganggap Najwa anak yang menjadi kebanggaan ibu bapa.
Rasa sebak menyelubungi penyanyi berkenaan sehingga mengalirkan air mata apabila ibunya mendendangkan lagu Tunggu Sekejap ketika berada di gondola berkenaan.
Akuinya, sebagai anak, dia berasa gembira dapat melakukan perkara tersebut dan membahagiakan ibunya.
“Kita tahu orang tua kita semakin berusia, jadi luangkanlah masa bersama mereka sebanyak mana yang boleh walaupun cuma mampu dekat rumah atau video call.
“Buat sebanyak mana yang kamu boleh lakukan untuk mereka kerana mereka layak untuk dapatkan yang terbaik dari kamu.
“Restu mereka membuatkan hidup kamu dipermudahkan walaupun kamu berada dalam keadaan yang susah dimana kamu sendiri tidak mampu untuk mengawalnya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Najwa turut berkongsi momen indah sepanjang percutiannya bersama ahli keluarga yang lain.
Sumber: IG njwalatif