“Suka Tengok Famili Besar Ni, Penuh Kasih Sayang.” Bercuti Bersama, Netizen Puji Ukhuwah Antara Keluarga Norman-Abby!

Share

Dua buah keluarga ini sememangnya cukup dikagumi akan hubungan baik antara mereka. Biarpun Norman dan Abby Abadi suatu ketika dahulu bergelar suami isteri dan kemudiannya berpisah. Lalu masing-masing bertemu dengan pasangan baru, namun hubungan mereka masih baik.

Tidak hairanlah banyak aktiviti dan program yang mereka lakukan bersama baik menonton wayang, menyambut kelahiran anak dan semalam keluarga besar ini telah bercuti bersama.

Norman Hakim menerusi laman instagramnya  tiga hari yang lalu ada memuat naik throwback ketika keluarga besar mereka bercuti bersama.

Dengan kapsyen #Throwback ngam-ngam setahun lepas. Dulu ber’sembilan’,sekarang dah ber’dua belas’. in shaa Allah kalau takde aral kitaorang nak jenjalan lagi. Uolls pulak plan pergi mana cuti panjang weekend ni?

Rupa-rupanya mereka sepakat memilih untuk bercuti ke Pulau Pinang bersama.

Ramai yang memberi komen positif dan suka dengan ukhuwah antara keluarga bsar ini.

mazita70One big happy family!! Semuga Allah melimpahkan rahmat dan barakah ke atas mereka. Happy2 selalu guys and gals!

saha747moga dirahmati dan diberkati selalu abg. Aamiin.seronok tngok abg jaga silaturrahim antara keluarga.moga dicontohi.amalan yg baik. Alhamdulillah

anisa_siraj_panjaitanaamiin ,sungguh bahagianya saya melihat keluarga abg rukun mcm ni ,diluar sana blm ada sanggup buat mcm ni ,inilah dinamakan sayang krn allah swt

yatibakri@normanhakim_786 semoga hubungan kekeluargaan ini berkekalan hingga ke Jannah, em so proud of you guys out there!

fateemaySuka tengok keluarga norman ada hikmah dri Allah swt apa yg telah brlaku dulu???

 

Ada juga netizen yang meluahkan rasa sedih kerana keluarga mereka tidak boleh bersatu seperti mana Abby dan Norman.

itsme_mrsfiru86kalau parents aku boleh berbaek mcm ni lepas bercerai… best nye la haiiii… bkumpol adik bradik jenjalan same2.

itsme_mrsfiru86@rohimah7361 10taun dah berdoa. sampai skang, sebut nama pun muka masing2 dah mcm nak muntah hijau. sampai kawen pun, salah sorang tak datang sebab xnak bertembung. hmmm..

itsme_mrsfiru86@azian15 anak anak jadi mangsa keadaan. bila nak balik kg, kene pilih mana nak pergi dulu. bile xdpt jmpe salah sorg, merajok berbulan. xjawab msg, x angkat fon, bluetick je wasap.

prince_norbi@itsme_mrsfiru86 aku dpt rs sbb aku ade kt tmpt spt mne kau rs .

Sumber: IG normanhakim_786