Anak yang membahagiakan orang tua nya pasti murah rezeki dan senang hidupnya. Pelakon bernama Syafie Naswip ini memang seorang anak yang baik. Baru-baru ini, dia berkongsi berita gembira apabila membeli sebuah rumah untuk ibunya.
Pemilik nama sebenar, Syafie Naswip ini memberitahu, duit tersebut adalah hasil menabung hampir 12 tahun. Dia bersyukur kerana impian membelikan rumah buat ibunya, Noorsiah Ahmad, 53, tercapai.
Pelakon filem Mukhsin dalam satu temu ramah memberitahu bahawa dia serta adik beradik lain, telah menabung hampir 12 tahun untuk membelikan sebuah rumah untuk orang tua mereka.
Berkongsi sedikit tips untuk menguruskan kewangan, Syafie memberitahu bahawa dia berdisiplin dalam membuat simpanan meskipun jumlahnya sendikit.
“Saya selalu mengingatkan diri, simpanan sangat penting walaupun nilainya sedikit. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu ketika susah.”
“Memang menjadi impian saya sejak dulu untuk membeli rumah buat ibu. Alhamdulillah, selepas agak lama juga menyimpan, akhirnya saya dapat beli kediaman jenis ‘town house’ di Nilai.
“Ibu sebenarnya tidak tahu mengenai perancangan saya dan dia memang terkejut apabila saya menunjukkan rumah berkenaan sambil memaklumkan ia adalah hadiah buatnya,” katanya ketika dihubungi BH Online.
Ads
Ditanya bagaimana dirinya menguruskan wang sebelum mampu menghadiahkan kediaman buat ibu tercinta, Syafie berkata, dia akan membahagikan pendapatan kepada beberapa bahagian.
Kata Syafie, walaupun simpanan yang dibuat terlalu sedikit, dia percaya wang itu mampu mengubah kehidupannya pada masa akan datang.
“Saya selalu mengingatkan diri, simpanan sangat penting walaupun nilainya sedikit. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu ketika susah.
“Setiap kali menerima bayaran lakonan, saya cepat-cepat membahagikannya kepada perbelanjaan harian, simpanan kahwin, penyelenggaraan kereta dan aset.
Ads
“Tetapi, janganlah menyimpan sehingga menyeksa diri, sampai tidak dapat melakukan perkara yang kita suka. Selalunya, saya juga akan simpan sedikit untuk melancong,” ujar pelakon filem Songlap itu.
Diusik dengan pertanyaan, adakah simpanan perkahwinan dibuat kerana dia sudah pun mempunyai perancangan bagi mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, kata Syafie, ia sekadar persediaan.
“Simpan saja dulu. Saya belum terfikir untuk kahwin, kekasih pun belum ada,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi perkongsiannya di instagram, Syafie mengakui mereka adik beradik tidak arif dalam prosedur pembelian rumah bagaimanapun bersyukur banyak dibantu oleh kenalan yang sudi membantu memudahkan urusan pembelian.
Tambah pelakon berusia 26 tahun ini, meskipun dahulu dirinya pernah dipandang rendah namun kini dia mampu berbangga kerana berjaya membahagiakan ahli keluarganya, dengan hasil titik peluhnya bekerja.
Ads
Malam ini tiba-tiba terbayang kesusahan kami adik beradik kumpul duit ikat perut untuk membeli rumah pertama hadiah buat mak ayah… Mula menyimpan selama dua tahun bermula tahun 2016. Allah sahaja yang tahu bagaimana kami yang tidak tahu apa2 tentang prosedur membeli rumah tetapi dengan niat yang betul, doa dan usaha yang tidak putus, Kami dipertemukan dengan mereka-mereka yang baik untuk membantu mempermudahkan lagi usaha ini.
Walaupun selepas 4 tahun, Rumah ini masih belum siap sepenuhnya, Aku terharu dan bersyukur, Siapa sangka budak yang sering diherdik dan dihina saat kecil ini boleh berjaya membuat emak & ayahnya tersenyum. Masih banyak lagi yang aku ingin capai pada tahun ini, Dan aku harap Allah permudahkan segalanya. More to come amin… #WorkForFamily#familyfirst❤️
Perkongsian tersebut di memuat naik menerusi sebuah video memparkan kejutan istimewa yang dibuat pelakon itu bersama adiknya, khas buat ibunya.
Pengorbanan ibu bapa, memang tidak boleh dibalas walau dengan berjuta wang ringgit sekali pun. Walaupun diberi segala kemewahan namun apa yang mereka lakukan dari kita kecil sehingga kini tetap tidak mampu dibalas.
Mereka juga tidak pernah meminta apa-apa selain mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan anak-anak.
Namun sebagai anak, sudah pastinya apabila dewasa kita mahu membalas segala pengorbanan ibu bapa walaupun tanpa dipinta.
Inilah yang dilakukan oleh adik-beradik ini. Mereka telah menghadiahkan sebuah kereta kepada bapa demi untuk memudahkan urusan orang tuanya yang telah banyak berbakti.
Dalam video yang tular di aplikasi TikTok ini, seorang pemuda bernama Joy telah membuat kejutan apabila dia dan adik beradiknya telah membelikan sebuat kereta untuk bapanya, Rodi yang kini berusia 66 tahun.
Menurut Joy, dia dan adik beradiknya sepakat uruk membelikan ayahnya kereta memandangkan kereta lama kepunyaan ayahnya sudah rosak.
“Sebelum ini ayah bawa Perodua Kelisa tapi asyik rosak. Dia dah tak larat nak jaga, jadi jual murah dekat bengkel.
“Saya dan adik-beradik rasa kesian aoabila tengok ayah dengan mak pergi hospital atau masjid naik motorsikal. Bahaya pun satu hal, lepas tu kena redah hujan panas lagi.
Joy memberitahu dia dan adik-beradiknya membuat pemilihan kereta yang bersesuaian dengan keperluan ayah mereka dalam lingkungan bajet yang tersedia.
“Kami ukur baju di badan sendiri, dana yang kami bagi setiap seorang pun tak banyak mana. Kami mahukan kereta yang terbaik untuk mak ayah, tak banyak maintenance dan pada masa yang sama kena dengan bajet kami.”
Menceritaka detik kejutan yang diberikan kepada kedua ibubapanya itu, Joy berkata,
“Kami dan beli kereta tu dua minggu awak tapi semua sibuk. Mula-mula plan nak ramai-ramai pergi buat suprise dekat ayah. Apabila dah lama sangat, saya jadi wakil adik-beradik lain untuk buat suprise dekat ayah.
“Sebab kalau biar lama sangat kesian pula dekat ayah, tak ada kenderaan nak pergi hospital. Mak ayah setiap bulan memang ada appoiment check-up, kena pergi sana.”
“Saya call ayah dulu suruh datang ke Kentucky Fried Chicken (KFC) dekat depan rumah kami. Beritahu dia nak makan tengahari sekali sebab dah lama tak jumpa.
“Jadi ayah pun datang sengan mak naik motorsikal. Lepas makan tu, saya bagi kunci kereta dekat ayah untuk dia cari sendiri hadiah dia. Isteri saya tolong rakam supaya adik-beradik yang tak dapat hadir boleh tengok sekali momen ini.
“Apabila jumpa kereta tu, tak sangka ayah terus peluk saya dan menangis. Kalau nak tahu, ayah saya ini bukan jenis yang senang menangis. Dia selalunya happy-go-lucky dan gelak sana-sini.
“Sekali terkeluar air mata dia, terkejut saya. Adik-beradik saya masing-masing terharu sebab jarang nampak ayah emotional macam tu.Yang paling tak tahan, anak buah saya umur 5 tahun pun ikut menangis sekali. Ini kenangan berharga untuk saya dan keluarga.”
Joy juga turut memuatnaik destinasi pertama ayahnya selepas mendapat hadiah kereta dari anak-anaknya itu adalah menziarahi kubur rakan baiknya.
Isu pemberian duit raya sering menimbulkan perbalahan, bahkan baru-baru ini Ada selebriti terkenal berkongsi jumlah yang diterima oleh anak menimbulkan pelbagai reaksi. Ada yang kurang senang rak kurang yang menitipkan ucapan tahniah atas rezeki tersebut.
Terbaru,Hanis Zalikha berkongsi reaksi anak-anaknya Yusuf Iskandar dan Alisa Aishah ketika mengira duit raya. Begitupun cara yang ditunjukkan oleh dua beradik ini membuatkan ramai yang teruja dan terharu.
Perkongsian yang dimuatnaik menerusi laman di TikTok ini, anak kepada pasangan selebriti terkenal itu kelihatan teruja saat membuka sampul duit raya sepanjang meraikan Syawal sejak 2 Mei lalu.
Yusuf dan adiknya benar-benar gembira termasuklah apabila melihat helaian wang RM1. Nampaknya pendekatan si ayah dan ibu yang tidak pernah mengajar meremehkan pemberian orang benar-benar berkesan.
Apa yang membuatkan warganet terharu dan kagum apabila Hanis Zalikha turut mengajarkan Yusuf sebaris doa pendek semoga Allah sentiasa memberikan kesejahteraan kepada semua orang yang membuat mereka gembira.
Cukup ringkas, namun didikan murni selebriti itu sebagai ibu bapa berjaya menerapkan nilai syukur dalam diri anak-anak mereka.
Ternyata perkongsian tersebut membuka mata ramai,bukan semua selebriti suka menunjuk-nunjuk.
Melihat reaksi sopan dan ikhlas dua beradik ini, rata-rata meluahkan rasa sebak. Bahkan ada yang turut memuji cara Hanis dan suaminya mendidik anak tentang adab-adab menerima pemberian orang.
Tidak dinafikan dengan situasi sekarang menyebabkan jadual harian kita sebagai ibu semakin mencabar, bukan sahaja sibuk mengurus rumah tangga malah perlu menjadi ‘guru’ kepada anak-anak belajar di rumah.
Pun begitu, bagi memastikan walau sesibuk mana sekali pun kita boleh menyediakan hidangan untuk anak-anak, Puan Liza Idris yang merupakan ibu kepada tiga orang anak berkongsi cara yang dipraktikkan bagi memastikan tugasan memasak dapat dilakukan dengan cepat dan pantas.
Ujarnya, “Menjadi seorang isteri, ibu kepada 3 anak, dan menguruskan company bukan sesuatu yang mudah. Tambah pula merangkap guru sandaran semua mata pelajaran di rumah, kadang tu burn out juga. Sekejap jadi cikgu, sekejap jadi ostajah. Tiba-tiba boleh bertukar jurulatih sukan antarabangsa.
“Namun ia bukan alasan untuk saya tidak masak dan order Foodpanda. Maka pengurusan diri dan masa perlu dilaksanakan. Ini cara mudah saya uruskan bahan-bahan masak di dapur seminggu sekali, supaya dapat jimatkan masa memasak dan bahan basah tahan lama.”
Cara Mudah, Jimat & Tahan Lama
Ini bahan memasak yang saya sediakan untuk seminggu. Pastikan dicuci terlebih dulu.
Haaa gini bekasnya. Siap ada penapis dan ruang udara dalaman. Saya beli dekat Shopee. Kena cari link dulu. Tak jumpa la pula.
Buang kulit lobak merah dan hiris bulat-bulat. Terpulang la nak potong bujur ke, petak ke. Ikut cara sendiri.
Saya suka hiris bawang gini. Nampak berseni.
Cuci terlebih dahulu daun sup, daun bawang dan daun ketumbar. Kemudian biarkan kering. Hiris halus, masukkan ke dalam bekas berasingan. Nak masak nanti, campak-campak je.
Ikutla korang nak letak bahan apa yang selalu diguna dalam masakan. Semakin banyak bahan, semakin banyak la bekasnya.
Kemudian tutup dengan penutupnya.
Dah siap, susun cantik-cantik gini biar kemas teratur. Jimat masa, dan masak pun jadi mudah.
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai kosong. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.