
Pelakon Syatilla Melvin, 31, mendedahkan dia langsung tidak berpantang selepas melahirkan anak ketiganya, Salama Samheizy Shaheizy Sam.
Pendedahan tersebut dimuatnaik menerusi sesi Ask Me Question yang dibuka bersama peminatnya di Instagram (IG).
‘Apa yang Tilla suka tentang berpantang?’ Demikian pertanyaan seorang pengikutnya.
Tilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin mengakui ‘suka semua sebab aku (saya) tak pantang langsung.
Rupa-rupanya memang benar isteri kesayangan Shaheizy Sam tidak berpantang,malah ada pengikutnya yang mendedahkan terjumpa bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 itu di sebuah pusat membeli belah di Melaka.
Tilla dalam pada itu berkongsi kos keseluruhan bersalin secara pembedahan atau ‘caesar’ sama harga dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Yamaha.
Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.
Sumber: samtilla
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Suri Rumah Atau Bekerja, Dua-Dua Penat Sebab Kerja Tak Pernah Habis. Perkongsian Ustaz Ebit Lew Ini Boleh Buka Pintu Hati Dan Mata Suami!

Suami terindah bukanlah yang mampu memberikan segalanya. Tetapi suami yang setia dan selalu ada dalam tangis dan tawa bersama isteri serta anak-anak. Sifat sabar dan bertolak ansur perlu ada dalam sesebuah rumah tangga. Termasuklah juga ringan tulang membantu isteri tambah lagi jika kedua-dua anda bekerja.
Jangan biarkan isteri berpenat lelah di luar, apabila pulang, sendirian melakukan kerja rumah. Tidak perlu tunggu isteri meminta tolong, sebaliknya sama-sama melakukannya. Percayalah, isteri pasti tersenyum bahagia.
Perkongsian ustaz Ebit Lew mungkin boleh membuka pintu hati dan mata para suami dalam memahami situasi sekali gus menjaga hati seorang yang bernama isteri…
Sebak bila melihat seorang isteri….
Malam tadi jumpa seorang abang 4 pagi di kedai mamak…ustaz, sakit jiwa saya bila balik rumah berserabut. Malas rasa duk rumah. Isteri selekeh, rumah bersepah, dan kuat membebel dan marah-marah..apalah kerja dia di rumah. Anak 2 orang. Saya balik penat-penat nak rehat. Rasa nak berehat..dia cuma suri rumah jer…Ke ustaz rasa macam mana?
Kerja seorang isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa atau wanita yang bekerja. Dua-dua sangat penat abang. Sebab kerja rumah ini tak pernah habis..
Terutama jika ada anak-anak. Kerja di rumah tak pernah habis..
Cuba suruh isteri kerja 3 hari. Kita lelaki urus rumah 3hari. Rasanya Allah jer yang tahu. Penat, letih, lesu dan rasa nak menangis. Nabi saw paling memahami dan melayan perasaan isterinya. Tak marah dan sentiasa prihatin dan suka menawan hati mereka..
Saya jika balik tengah malam atau balik kerja isteri senyap atau tengah baring. Saya tolong picit kakinya. Urut tapak kaki. Saya tahu dia letih. Dan tolong tolak tarik bagi badan bunyi-bunyi. Sebenarnya bukan apa, saya tahu dia penat sangat..Bidadari saya buat semuanya kerana Allah. Begitulah semua isteri di dunia ini…kerana cinta kerana Allah mereka buat semua tu. Itulah ubat hati mereka..
Perkara asas dalam hidup mereka terabai. Makan minum, rehat tidur, waktu mandi dan ke tandas, urus diri dan kasih sayang..mereka kena layan kerenah anak-anak. Jika ada anak di rumah. 24 jam nak makan. 24 jam rumah bersepah. Baru kemas sejam. Sekejap isteri urus benda lain. Rumah dah tak rupa rumah. Bersepah semula…mereka menjerit marah penat…belum kira anak menangis 24 jam. Nak susu, nak berak, main air, berebut mainan…Boleh darah tinggi 24 jam kena menjerit. Melihat dan nak menegur anak-anak..
Basuh baju jer. Dari pagi kutip baju. Basuh baju. Lepas tu jemur baju. Lepas tu angkat baju. Lipat baju. Kemas dalam almari ikut jenis. Ikut almari masing-masing. Kadang almari tak cukup beli bekas dekat giant. Sekejap lagi anak terbalikkan. Kasihankan. Ya Allah…
Duduk seorang diri di rumah. Takde orang lain. 24 jam mengadap pintu rumah. Takde kawan bercakap. Banyak nak cakap. Suami balik. Ingat nak cerita. Salah luah. Sebab dah penat. Cakap merapu. Suami pula cakap awak duduk rumah apa kerja? Awak duduk rumah macam mana duit habis? Awak duduk rumah tak boleh urus rumah? Terus rasa nak pecah kepala mereka. Kat mana nak mula. Kerja rumah kalau terang habis satu buku. Kalau cerita 3 hari 3malam tak selesai. Suami mengamuk pergi lepak dengan kawan. Lepak mamak. Cian isteri..isteri nak lari mana. Siapa nak jaga anak di rumah..ya ALLAH…
Kita kahwin ini amanah ALLAH. Tolak ansurlah. Kerjasamalah. Biar ada hati budi. Ada hati perut. Doakan isteri. Sayangi mereka. Bantu mereka. Beri masa dengar kisah hidup mereka. Ya Allah kami suami sangat sayang isteri amanahmu. Sayangilah mereka. Kekurangan kami dalam sayang dan beri masa bangunkan mereka dengan Islam kau maafkanlah.
Abang tadi menangis. Ya Allah… ustaz. Terima kasih. Sedih rasa. Rindu isteri saya. Betul lah ustaz. Tuler abang, saya lagi rindu isteri anak-anak saya. Bila tadi saya suap anak-anak 3 pagi duduk lepak. Jauh mereka merayau. Ya ALLAH selamatkanlah keluarga kami semua. Dari tadi saya sebak. Maaf saya emosi sikit cerita pada abang ini.
sumber: Ebit Lew
Dah Boleh Bawa Anak Ke Tempat Awam Tapi Ini Teguran Kementerian Kesihatan. Jangan Buat Main, Hal Nyawa Ni.

Sejak akhir-akhir ini, didapati ramai ibu bapa membawa anak-anak kecil ke pasaraya. Walaupun undang-undang dalam Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tiada peraturan yang menghalang ibu bapa membawa anak kecil ke tempat tumpuan, namun ia seharunya tidak berlaku.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menasihati ibu bapa agar cakna tentang keselamatan anak-anak.
Tiga golongan yang berisiko tinggi dijangkiti COVID-19 iaitu kanak-kanak, warga emas dan mereka yang ada penyakit kronik. Ia termasuk golongan yang berusia kurang 12 tahun ke tempat awam seperti pasar raya atau pusat beli-belah.
Malah Kementerian Kesihatan peduli hal ini, turut memberi teguran sehingga mendapat share lebih 21K.
Malah, teguran di portal berkenaan mendapat maklumbalas daripada warga net yang turut sama meluahkan rasa bimbang kepada ibu bapa yang tidak peduli hal keselamatan anak.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Boleh bawa anak kecil ke tempat awam atau tempat ramai orang? Ibu bapa boleh dikompaun?
Boleh bawa dan ibu bapa/ penjaga juga tidak akan dikompaun kerana tiada peruntukan dalam Akta 342 (Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988). (rujuk https://www.bharian.com.my/…/pkpb-jangan-bawa-anak-kecil-ke…)
Tapi bersedialah menanggung risiko. Kita belum selamat daripada ancaman virus baharu, COVID-19. Jika berlaku perkara buruk, anda juga yang dalam kesusahan. Jangan salahkan orang lain. Salah diri sendiri sebab tidak menjadi ibu bapa/penjaga yang bertanggungjawab.
Mungkin kenyataan ini agak berterus terang dan kasar, tapi ia kenyataan.
KANAK-KANAK DAN WARGA EMAS BERISIKO
Ibu bapa/penjaga tahu anak-anak kecil dan warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19. Bukan setakat nasihat, malah KKM pernah merayu ibu bapa/penjaga jangan bawa keluar mereka ini.
Kita sebagai orang dewasa pun dinasihatkan elak tempat orang ramai dan kena patuh SOP. Inikan pula anak kecil yang tidak boleh lindungi diri sendiri.
Alah admin ni, kecoh pulak. Bukan ada kes kanak-kanak meninggal sebab COVID-19 kat Malaysia ni.
Memang betul. Satu sebabnya kerana penguatkuasaan ketat pasukan keselamatan negara khususnya PDRM yang membuat pemantauan dan rondaan setiap masa sejak awal PKP hingga hari terakhir PKPB. Itu pun masih ada ibu bapa yang ‘gedebe’ ingkar arahan.
Tapi kita nak tunggu ada kematian baru kita ikut nasihat?
Tunggulah sehingga negara kita betul-betul selamat dan semua orang jadikan normal baharu sebagai cara hidup.
Lindungi anak-anak kita dan ikutlah nasihat kerajaan. Ia untuk kebaikan bukan menyusahkan.
Ini bukan marah tapi nasihat..
Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia
Didik Anak Makan Basuh Pinggan Sendiri, Amyra Rosli & Amar Baharin Pentingkan Teamwork Keluarga!

Bagi pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin kerja berpasukan bersama keluarga serta dua anak mereka menjadi keutamaan mereka di rumah.
Kata Amyra, dia tidak mempunyai pembantu rumah jadi kerja-kerja di rumah dilakukan secara berpasukan termasuk dua anaknya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia dan Amar juga turut mendidik dua anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa dalam melakukan kerja-kerja rumah.
“Sekarang pun kami dah didik anak-anak kami, makan basuh pinggan sendiri, baju masuk bakul.
“Kami dah mula ajar mereka, sebab kami tiada pembantu dan ‘teamwork’ dalam family sangat penting walaupun anak baru berumur 4 tahun,” jelas Amyra.
Bahkan kata Amyra, dia paling beruntung kerana dia dan suami mempunyai citarasa yang sama bahkan kerja menguruskan kediamannya dilakukan bersama-sama tanpa rasa ada tekanan untuk berlebih-lebih.
“Kami tiada jadual khas untuk bersihkan rumah. Tapi Myra dan Amar, masing-masing dah pandai sendiri (dalam mengemas rumah). Ada masa kami terlalu ‘busy’ dan rumah bersepah, Amar tak kisah.
“Jadi bila suami tak kisah, tiada ‘pressure’ dalam bersihkan rumah, kita akan selalu bersihkan rumah mengikut waktu lapang. Namun Myra dan Amar sukakan rumah yang bersih dan lapang, jadi kita selalu buat,” ujarnya.
Berkongsi mengenai dekorasi rumah pula, kata Amyra dia dan suami cukup serasi dalam menghias rumah.
“Mengenai citarasa dekorasi rumah, Myra tidak mempunyai masalah dengan Amar. Sebab kami mempunyai ‘taste’ yang sama.
“Rumah yang kami duduk sekarang berkonsep moden, rumah yang akan berpindah nanti Insya Allah berkonsep macam ‘English Cottage’,” kata Amyra yang kini masih dalam proses renovasi serta dekorasi rumah baru.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Aqeef Anaqi,7 dan Ayra Arissa,4.