Cuba lihat anak bujang kita yang setiap harinya suka sangat melayan muzik. Selagi audio tidak dipasang kuat, selagi itu tidak puas hati rasanya. Kadang-kadang kita sebagai ibu terasa sampai bingit.
Tidak mahu terus dibebel ibu, lalu anak-anak ini akan menggunakan gadjet seperti earphone atau headphone untuk terus mendapatkan kepuasan mendengar muzik kegemaran mereka.
Pun begitu, memanglah kita sebagai ibu rasa aman dengan tindakan anak-anak tersebut. Pun begitu, tahukah anda ia akan mengundang masalah lain pula, iaitu pekak!
Nak tahu lanjut, ikuti perkongsian daripada Dr. Nik Hisyam ini.
Kurang pendengaran/pekak akibat kerap guna earphone/headphone?!
Jika anda penggemar musik seperti saya, maka semestinya anda sudah memiliki, atau berangan-angan untuk memiliki gadgets seperti ini.
Anda pernah survey tak yang mana yang terbaik?
Okay, Mari saya kongsikan kesan memakai gadgets ini terhadap anda atau anak anda.
Berbanding 20 tahun dahulu, terdapat peningkatan 30% yang mana 1 daripada 5 orang remaja yang mengalami masalah pendengaran disebabkan penggunaan earphone atau headphone.
Di Amerika sahaja 48 millions orang yang mempunyai masalah pendengaran dan 20% dari jumlah kanak2 disana mempunyai masalah pekak sepenuhnya..
Nauzubillah…
Kesan sampingan akibat penggunaan gadget ini adalah:
1. Masalah pendengaran (sedikit/sederhana/teruk)
Jika anda menggunakan earphones atau headphones lebih dari 60 minit dan volume melebihi 60% (dari range volume :min-max).
2. Bunyi berdengung di dalam telinga (sementara, sekejap ada/tak ada, sentiasa) : tinnitus
3. Tahi telinga keras, kerap tersumbat, mampat, kerana bunyi yang kuat dan terlalu lama akan mematikan sel serta bulu halus yang fungsinya mengeluarkan ear wax dengan semulajadi.
4. Jika anak masih kecil, maka boleh menyebabkan lambat bercakap atau pelat disebabkan kurang pendengaran
5. Kerap mendapat jangkitan kulat di dalam telinga, atau radang di dalam telinga
6. Kerap sakit kepala
Alamak!
Jadi apa yang kita perlu lakukan?
Jika terpaksa guna juga, saya cadangkan pilihlah headphone berbanding earphone kerana jika earphone, bunyi akan lebih kuat 9db kerana ia berada dekat dengan gegendang telinga. (Di dalam)
Walaubagaimanapun, tidak semestinya headphone tidak merbahaya ya.
60-60 rule : hanya dengar kurang dari 60% of total volume (min-max) dan tempoh max adalah 60 minit.
Kekuatan bunyi yang boleh merosakkan pendengaran adalah melebihi 80db (Dan kebanyakkan gadget yang kita gunakan, max volume adalah dalam 120db !)
Cari yang mempunyai noise cancelling headphone. Maksudnya yang boleh block bunyi luaran supaya anda tidak perlu meningkatkan volume .
Wallahu
Semoga bermanfaat untuk semua
Selamat berpuasa dan jaga diri serta kesihatan anda dan keluarga..
“Hanya Kita sahaja yang boleh menentukan tahap kesihatan diri Kita sendiri..”
Cegah lebih baik dari mengubati..
“Biar tak trendy tetapi boleh mendengar”
Sumber : Dr Nik Hisyam