Setiap wanita punya cara tersendiri untuk menjaga penampilan diri. Baik diet secara biasa mahupunekstrem bergantung kepada kemampuan masing-masing.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Datin Eina Azman menerusi lama instagramnya. Beliau menggunakan kaedah mengehadkan pengambilan nasi iaitu sebanyak dua kali dalam masa sebulan. Ini bagi mengekalkan berat badan dan saiz pinggang yang diidamkan.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi ruangan Ask Me A Question di laman Instagram selepas menjawab beberapa pertanyaan pengikutnya mengenai tips diet yang diamalkan.
Ads
Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman memberitahu yang dia sememangnya menggemari nasi tetapi berat badannya akan bertambah ‘berkilo-kilo’. Disebabkan itu, dia harus mengawal pengambilan nasi.
Dalam masa yang sama juga, Eina turut mengamalkan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk kekal kenyang sepanjang hari sekali gus mempunyai banyak nutrisi dalam membantu proses diet harian.
Ads
“Jadi sekarang ni saya cuma akan makan nasi dalam sebulan dua kali sebab nak kekalkan berat dan pinggang idaman saya.
Ads
“Saya banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. insya-Allah ok akan kenyang,”kongsi Eina lagi.
Gara-gara terlupa padamkan api ketika memanaskan makanan, menyebabkan periuk kaca milik wanita ini hampir rentung. Ajaibnya dengan petua yang mudah ini, dia berjaya mengembalikan kualit kepada keadaan asal yang bersih tanpa calar.
Alkisah periuk Visions kesayangan yang hampir arwah!
Just nak sharing kot jadi panduan pada yg lain.
Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas.
Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya.
Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.
Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu
Periuk visions yg dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut.?
Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.
Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.
Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.☺
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan berkenaan perkembangan semasa varian baharu omicron telah mendapati kes pertama positif varian yang dibimbangi itu telah dikesan di Malaysia.
Ia membabitkan pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu.
Menurut kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, individu berkenaan menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di pintu masuk antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
“Individu berkenaan adalah penuntut di sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak. Kes diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan disediakan pihak universiti di Ipoh.
“Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti,” jelasnya.
Meninjau di facebook Kementerian Kesihatan Malaysia turut dikongsikan kenyataan media berkenaan garis panduan dan strategi kawalan yang diambil oleh pihak kerajaan dalam membendung varian baharu omicron ini.
Serangan jantung datang bila-bila masa sahaja. Malah ada juga ketika tidur. Ia seringnya datang “tak diundang”, kadar kematian akibat serangan jantung ketika tidur pun cukup tinggi.
Sebagaimana perkongsian ini melalui kajiannya menyatakan penyakit ini menyerang ramai orang muda. Ikuti penjelasannya.
USIA MASIH MUDA, JANTUNG SUDAH TUA.
Muda bukan jaminan untuk sihat. Tua bukan syarat untuk sakit.
Kajian PhD saya adalah sekitar penyakit serangan jantung di kalangan orang muda. Hakikatnya, dalam dunia ini mungkin hanya lima orang sahaja yang akan membaca tesis saya. Mereka adalah; Penyelia utama saya, pemeriksa tesis (tiga orang) dan diri saya sendiri. Justeru, untuk memastikan hasil kajian saya dimanfaatkan umum, insyaAllah saya akan kongsikan beberapa noktah penting dari penulisan tesis saya dalam penulisan yang lebih santai. Semoga bermanfaat!
APAKAH ITU SERANGAN JANTUNG?
Jantung mempunyai sistem saluran darahnya yang tersendiri yang tugas utamanya adalah untuk membekalkan oksigen untuk kelangsungan jantung kekal berdegup bagi mengepam darah ke seluruh badan.
Jika saluran darah ini menjadi semakin kecil akibat pengumpulan kolesterol mahupun elemen-elemen lain, saluran darah ini boleh tersumbat. Maka, jantung akan kekurangan oksigen dan berhenti berdegup. Itulah serangan jantung!
Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, namun proses perkembangannya sebenarnya mengambil masa yang lama. Namun proses ini boleh berlaku tanpa sebarang tanda. Kerana itu serangan jantung turut dikenali sebagai Pembunuh Senyap (A Silent Killer).
TAHUKAH ANDA?
1. Hampir 20% pesakit yang mengidap serangan jantung di Malaysia berusia di bawah usia 45 tahun (NCVD). Dalam kajian saya, pesakit termuda berumur 24 tahun, dan 1/3 dari pesakit berumur 35 tahun dan ke bawah.
2. Serangan jantung pada usia muda boleh diklasifikasikan sebagai penyakit orang lelaki. Menurut kajian di seluruh dunia, antara 80-100 % pesakit jantung di kalangan orang muda adalah lelaki.
3. Hormon wanita, iaitu estrogen adalah protective factor (faktor pelindung) kepada risiko serangan jantung. Namun, risiko untuk mendapat penyakit jantung meningkat dengan mendadak setelah putus haid, akibat hormon estrogen yang semakin surut.
4. Faktor utama penyakit jantung di kalangan orang muda adalah MEROKOK. Manakala faktor utama penyakit jantung di kalangan orang tua adalah kolesterol yang tinggi, darah tinggi dan kencing manis.
5. 60% dari pesakit yang terlibat dalam kajian saya disahkan mempunyai tekanan darah tinggi ketika dimasukkan ke wad selepas episod serangan jantung. Kebanyakan mereka tidak tahu mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sebelum mendapat serangan jantung.
Dr Norbaiyah Mohamed Bakrim. (MBBS Monash, MMedSc IIUM, PhD IIUM).
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.