Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga kan melihat pencapaian anak-anak mereka. Walaupun di usia yang masih keanak-anakan, namun dia sudah menunjukkan otaknya yang genius dengan menghafal sifir 12 dengan lancar.
Itulah yang dikongsikan oleh seorang bapa kepada kanak-kanak bernama Noah.
Menurut Shamer, anaknya itu telah menunjukkan minat yang mendalam dalam subjek matematik sejak usianya memasuki dua tahun.
“Sekarang Noah mampu menjawab soalan sifir satu hingga 12. Bukan sahaja bijak dalam sifir, malah Noah juga dapat membezakan nombor dari sa, puluh, ratus, ribu, juta, bilion dan keatas.
Selain itu, dia juga cekap dalam mengingati nama-nama benda, haiwan dan lain-lain.
“Kami banyak menggunakan cara atau teknik belajar sambil bermain. Ini membuatkan dia lebih suka dan menarik minat mereka untuk belajar sesuatu yang baru.
“Malah, isteri pun yakin penggunaan kad imbas dalam mengajar anak cukup berkesan,” jelas Shamer lagi.
Ads
Dalam pada itu Sahmer turut berkongsi beberapa tip untuk dijadikan panduan buat ibu lain dalam melakukan aktiviti bersama anak-anak.
5 Aktiviti Yang Boleh Parent Lakukan Bersama-sama Anak di Rumah.
. Since ramai yang dm kami tanya macam mana nak buat supaya anak cepat ‘tangkap’ apa yang ibu bapa ajarkan. Kami share sikit lah ye apa yg kami buat. Activity apa yang sesuai untuk anak-anak. . Kami sendiri pun masih belajar dan bukannya Pakar dalam bidang ‘Parenting’ ni sebenarnya. Tapi tak salah kalau kami kongsikan sedikit apa yg kami buat. . Lagi banyak masa kita luangkan bersama anak, lagi banyak benda anak boleh explore. Antara aktiviti yg boleh kita buat :-
.
1. Aktiviti Seni atau Projek DIY
.
2. Lipat Baju, Susun Barang bersama
.
3. Membaca Buku ikut Minat Anak (ikut kesesuaian umur)
.
4. Mengaji Al-Quran atau Menghafal Surah Surah Pendek
.
5. Main Puzzle atau mainan menguji kemahiran berfikir anak
.
Insyaallah kami akan kongsikan lagi tips yang lain pada post akan datang ☺️.
Perkongsian daripada Dr Ismail Ab.Wahab, Mantan Profesor Kewangan & Keusahawanan UiTM, sebaiknya ambil jadi panduan agar kita dan keluarga dapat hidup bukan sahaja senang pada masa kini malah selesa di hari tua.
Ini perkongsiannya.
Sesuai dengan gelaran sebagai warga emas, zaman tua sepatutnya merupakan zaman kemuncak dalam kehidupan anda. Namun demikian, zaman tua boleh menjadi zaman malap jika anda hidup dengan serba kekurangan tanpa ada tempat bergantung. Ini boleh terjadi jika anda tidak pernah merancang atau membuat persediaan untuk menghadapi hari tua semasa anda masih muda.
Semasa zaman muda, jika anda tidak merancang kewangan, kurang kesedaran menyimpan wang untuk masa depan, suka berhutang, dan mempunyai tabiat berbelanja di luar kemampuan boleh menyumbang kepada masalah kemiskinan pada zaman tua. Jika ingin mencapai kedudukan kewangan yang stabil semasa anda tua, semasa zaman mudalah anda harus berjimat dan menyimpan. Jika anda tidak mengambil berat tentang masa hadapan, besar kemungkinan anda akan hidup miskin dan melarat di zaman tua.
Beberapa langkah boleh diambil semasa muda sebagai persediaan dan bekalan di hari tua
Merancang kewangan
Perancangan kewangan peribadi bermula dengan penyediaan bajet bulanan. Dalam konteks perbelanjaan, penyediaan bajet bulanan bukan untuk mengongkong perbelanjaan anda tetapi memberi anda kebebasan untuk menentukan lebih awal apa yang perlu dibayar atau yang perlu dibelanjakan dalam tempoh satu bulan akan datang.
Penyediaan bajet bukan sahaja boleh membantu anda menjejak apa yang telah dibelanjakan tetapi juga memberi peluang kepada anda untuk membuat pilihan dari pelbagai alternatif dan juga dapat mengurang tekanan dan kebimbangan berlakunya ketirisan wang.
Melalui bajet, anda boleh merancang perbelanjaan dalam pelbagai kategori barangan dan perkhidmatan seperti pengangkutan, makanan, tempat tinggal, kesihatan, urusan bayaran balik hutang/pinjaman, utiliti (elektrik/air/telefon/internet), penjagaan anak, penjagaan diri, hiburan, pakaian, dan simpanan untuk masa hadapan. Dengan itu anda akan dapat memastikan pendapatan yang diperoleh telah diagihkan mengikut kategori perbelanjaan. Melalui pengiraan yang dibuat, anda dapat melihat sejauh mana pendapatan yang diperoleh mampu memenuhi keperluan perbelanjaan bulanan.
Sekiranya pendapatan tidak mencukupi, anda boleh buat penyesuaian terhadap anggaran perbelanjaan untuk disesuaikan dengan jumlah pendapatan. Pengiraan ini perlu juga mengambil kira jumlah simpanan bulanan yang ditetapkan sebagai tabungan untuk masa hadapan.
Meyimpan untuk masa hadapan
Anda perlu mengelak dari bersikap boros dalam membelanjakan wang gaji atau hasil daripada perniagaan anda. Ketirisan wang sering berlaku disebabkan perbelanjaan tidak dikawal.
Kekurangan wang lazimnya merupakan faktor utama yang menyebabkan anda sukar untuk menyimpan wang. Anda boleh mengamalkan formula 50/30/20 dalam perancangan kewangan peribadi, iaitu anda boleh membelanjakan 50% daripada pendapatan untuk memenuhi keperluan asas seperti makan-minum, tempat tinggal, pengangkutan, dan sebagainya.
Sebanyak 30% lagi digunakan untuk membeli keperluan lain dan keperluan sampingan termasuk sukan, rekreasi, hiburan, percutian, derma dan sedekah, manakala baki 20% adalah untuk simpanan, pelaburan atau perlindungan takaful.
Elakkan berbelanja di luar kemampuan
Fitrah manusia sering mempunyai keinginan dan kemahuan yang tidak terbatas. Maka tidak hairan jika ramai yang sering berkeinginan besar untuk memiliki sesuatu yang di luar kemampuan diri. Kehidupan mereka boleh diibaratkan seperti pepatah Melayu “besar pasak daripada tiang” lantaran mereka lebih rela menjadi ‘biar papa asal bergaya’.
Berbelanja mengikut kemampuan mungkin patut dijadikan pegangan kerana ia boleh memenuhi keperluan asas hidup. Tetapi jika ikut naluri untuk berbelanja lebih semata-mata mengikut gerak hati atau nafsu, sudah pasti pola perbelanjaan anda akan terjejas.
Namun begitu, berbelanja “di bawah kemampuan” amat digalakkan kerana ini dapat membantu anda meningkatkan simpanan lebihan wang yang tidak dibelanjakan. Jika perlu, anda paksa diri untuk mengubah cara hidup.Sebagai contoh, jika selama ini anda sering makan di luar terutama di restoran-retoran eksklusif, sekarang anda boleh berubah dengan memasak dan makan di rumah sahaja. Jika selama ini anda suka menggunakan barang-barang keperluan yang berjenama, anda boleh berubah dengan membeli barang berjenama lain yang murah harganya tetapi fungsi penggunaannya sama. Dengan lain perkataan, beli apa yang kita mampu bukan beli apa yang kita mahu.
Elakkan berhutang
Semasa zaman muda, gaya hidup di luar kemampuan sering menjadi punca utama masalah kewangan peribadi atau keluarga. Tabiat buruk ini boleh menyebabkan bebanan hutang pada usia muda akibat berbelanja secara berlebihan. Malah ada yang suka membuat hutang baru sedangkan hutang lama belum habis diselesaikan.
Manakala terdapat segelintir pula yang berhutang semata-mata untuk dijadikan modal atau melabur dalam skim yang menjanjikan pulangan tinggi yang akhirnya mengalami kerugian. Penggunaan kad kredit juga boleh mendorong anda berbelanja melebihi kemampuan dan ini boleh menambah beban hutang dan akhirnya anda akan mengalami masalah hutang yang serius.
Berbelanjalah seadanya dengan wang yang kita ada sama ada dengan wang tunai atau kad debit. Dalam keadaan tertentu, jika terpaksa menggunakan kad kredit, pastikan bayaran bil dibuat sebelum cukup tempoh dan bayar sebanyak mana yang telah digunakan.
Elakkan daripada membayar hanya jumlah minimum. Justeru, anda perlu “beringat sebelum terkena, berjimat sebelum habis” dan sebelum berbelanja anda perlu “ukur baju di badan sendiri” terlebih dahulu bagi memastikan anda tidak terjerumus dalam perangkap hutang.
Tambah pendapatan
Jika anda ingin bebas daripada belenggu hutang yang tinggi, anda mungkin perlu melakukan kerja sampingan yang boleh menambah pendapatan. Cara ini dapat membantu anda menyelesaikan hutang anda lebih awal dari yang sepatutnya. Sebagai contoh, anda boleh melakukan kerja sampimgan seperti menjadi pemandu perkhidmatan e-panggilan (e-hailing), bisnes on-line, menjual makanan, atau memperoleh pendapatan melalui komisyen.
Anda boleh menambah pendapatan yang sesuai dengan anda asalkan tidak mengganggu pekerjaan tetap anda dan pastikan juga pekerjaan tambahan tersebut dapat membantu anda mengurangkan hutang sedia ada atau mengelak daripada berhutang.
Rumusan
Peningkatan berterusan terhadap kos sara hidup dan kos perubatan menyebabkan ramai di kalangan masyarakat negara ini terdedah kepada amalan berhutang dan berkemungkinan besar akan menjadi miskin menjelang persaraan mereka sekiranya gagal merancang kewangan peribadi semasa masih muda.
Anda juga perlu mengubah tanggapan yang anak-anak anda akan menanggung anda apabila anda tua kelak, sebaliknya anda perlu berdikari dalam soal kewangan. Agak sukar untuk bergantung kepada anak-anak memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat, apatah lagi mereka juga mempunyai komitmen masing-masing dan mungkin ada yang kurang berkemampuan.
Adalah disarankan jika anda mahu hidup selesa semasa tua, anda perlu ada pendapatan dalam lingkungan 70% hingga 80% daripada pendapatan bulanan anda sekarang. Oleh itu semasa masih bekerja, sebaik sahaja menerima gaji bulanan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah “membayar diri sendiri” terlebih dahulu sekurang-kurangnya 20% daripada jumlah gaji untuk tujuan simpanan, perlaburan, dan perlindungan takaful.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau berkunjung ke rumah saudara, sambal bilis yang sedap selalu jadi dambaan kita.
“Macam mana nak buat sambal sedap macam ni”. Pertanyaan sebegini selalu kita dengar dan tak kurang juga meminta resipi untuk dicuba. Soalnya memasak sambal asasnya adalah sama sahaja.
Jadi bagaimana sambal yang dimasak orang lain rasanya lebih sedap daripada yang kita masak.
Sebarang aneka masakan bersambal memang enak dijadikan menu utama setiap hari. Namun berdepan dengan rasa sambal yang sama pastinya membuatkan kita bosan malah adakalanya kita sendiri sudah terbiasa dengan rasa sambal itu sendiri. Bagaimana menjadikan rasa sambal lebih sedap?
Petua yang dikongsikan oleh Wan Luqman ini sedikit berbeza. Ada halia, buah keras dan tak ketinggalan gula melaka. Jom ikut caranya. Nampak macam sedap.
1. Tumis dulu bawang kisar dan cili kisar. Make sure kisar cili yang gelap warnanya..baru menarik. Make sure minyak banyak ya.
2. Aku masukkan beberapa hiris halia. Suka ada after taste halia sikit-sikit.
3. Masukkan belacan. Guna belacan yang busuk-busuk sikit..baru sedap!
4. Tumis lagi sampai pecah minyak lepas masuk belacan tu. Tumis dalam 20 minit.
5. Check dari semasa ke semasa.
6. Masukkan air asam jawa, aku rasa dalam 4 cawan kecik. Main agak-agak je ni.
7. Masukkan gula melaka, aku guna dua ketul…manis berlemak, tetapi tidak terlalu manis.
8. Masukkan buah keras dalam 2 hingga 3 biji. Tumbuk lumat.
9. Tumis lagi…jangan risau keadaan minyak sebegitu. Main sambal ni, minyak memang kena banyak…nanti boleh buang.
10. Masukkan garam, dalam sesudu kecil. Tapi jangan banyak sangat, nanti nak masukkan ikan bilis.
11. Sambung tumis dalam sejam, check keadaan bawang. Aku suka bila bawang tu dah transparent..sikit lagi.
12. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng separa masak. Bilas-bilas dulu ok sebelum goreng, nanti masin sangat.
13. Seee…bawang yang telah lutsinar macam ni lah yang dicari sejak 50 tahun lepas.
14. Setel…masak sambal dalam sejam setengah. 1 jam 30 minit.
Bayangkan apabila ada orang yang tidak dikenali memanggil pasangan anda sebagai sayang. Tentu hilang sabar dibuatnya.
Namun hakikatnya itulah salah satu teknik pemasaran yang dilakukan oleh sebuah restorang untuk menarik perhatian pelanggan.
Biarpun ia agak janggal bagi sesetengan pelanggan, namun cara itu telah menyebabkan restoran itu mendapat sambutan yang luar biasa.
Gambar Via Tribun Solo
Begitulah perkongsian dari negara seberang yang dilakukan oleh pemilik restoran itu, Sulastri, mencipta inisiatif panggilan sayang selepas mendapat pengalaman ketika merantau ke Kalimantan bersama suaminya.
Ketika di sana, mereka sering membeli sayur dan ketika itu penjual sayur juga selalu memanggil mereka sayang.
“Dari situ, Sulastri mengajak suaminya membuka kedai makan dan menerapkan konsep panggilan sayang kepada pelanggan,” kata Asih yang juga merupakan adik kandung kepada Sulastri.
Pelbagai respon daripada pelangga
Didapati bahawa restoran ini telah mendapat pelbagai respon para pelanggan ketika dipanggil sayang adalah berbeza. Ada yang gembira, senyum, tertawa dan bahkan sehingga membuatkan raut wajah pasangan kekasih kelihatan sensitif. Namun, tidak pernah ada yang marah.
“Memang terkadang kalau pasangan kekasih ke sini, ada sebahagian wanita yang kurang senang. Tetapi kami jelaskan bahawa semua pelanggan kami panggil sayang, tidak kira lah kanak-kanak, remaja, ibu bapa hingga ke datuk dan nenek,” ujar Asih.