Pulut Durian begitu sinonim sebagai salah satu menu manisan istimewa di negara Thailand. Keenakan rasanya yang berlemak digandingkan pula bersama manisnya mangga mahu pun durian, memberi rasa yang sukar digambarkan. Malah melihat sahaja menu ini terhidang di atas meja, sudah mampu membuatkan penggemarnya kecur liur untuk menikmatinya. Inilah penangan hebat Pulut Durian/Mangga!
Lantaran itu, tidak hairanlah terdapat beberapa restoran menyajikan pilihan menu ini kepada pelanggannya. Pun begitu, terkadang rasanya tidak sama dengan apa yang kita harapkan. Bila ini berlaku, pastinya cukup menghampakan.
Jadi apa kata anda sendiri sediakan untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Perkongsian resipi Zalina Yahaya di dalam fbnya pasti akan mampu membuatkan anda berpuas hati dengan rasa Pulut Durian/Mangga yang anda idam-idamkan. Asli dari Selatan Thai!
PULUT DURIAN
(Resepi asli Selatan Thai)
Bahan-bahan :
500 gm pulut
Cara Penyediaan:
Rendam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Cari pulut yang berkualiti tinggi. sapa yang dok area Selatan Thai boleh cari pulut yang recomend ni. Yang dok berhampiran Tambak Johor, guna je lah pulut apa yang ada. Terbaik ialah pulut susu.
Ads
2. Dah rendam, basuh dan tapis. Masukkan ke dalam pengukus. Cucukkan dengan jari kat lubang pengukus supaya wap keluar.
3. Sementara tu didihkan air kukusan. Letakkan daun pandan untuk bagi wangi pulut.
Ads
4. Kukus guna api kuat anggaran 30 hingga 45 minit.
5. Selepas 30 minit kalau pulut masih keras, renjiskan dengan 3/4 cawan air atas pulut. Sambung kukus.
6. Selepas pulut masak, masa tengah panas-panas berasap pindahkan ke dalam mangkuk besar dan terus tuang campuran santan (250 santan segar, pekat 5 gm garam & 15 gm gula)
“Okeh…bab santan ni ada dua versi. Kalau anda nak tahan lama pulut itu masak sekejap sehingga mendidih sekali dua. Tetapi kalau anda nak pulut yang cantik dan berkilat tak perlu masak. Tuang terus dan kacau bersama pulut. Lemak santan tu bila dikacau bersama pulut panas akan menghasilkan kilauan emas bak permata…hah..gittewww. Pulut yang diadun dengan santan yang tak dimasak ni akan tahan dalam 12 jam. Ok la kan…silap-silap selepas sejam selesai masuk perut.”
Ok masa mencampurkan santan dan pulut ni janganlah dituang sekali gus. Tuang sikit demi sikit. Buat dalam anggaran 6 kali tuangan. Setiap kali tuang, kacau. Barulah pulut cantik.
7. Lepas tu harap bersabar. Jangan makan lagi. Tutup dan biar sekurang kurangnya setengah jam. Tak perlu kukus balik. Tetapi ada yang kukus balik. Terpulang pada anda.
8. Untuk mengisi masa lapang tu pergi lah kupas durian. Kupas pelam.
“Kalau ikut keluarga saya, kalau kami makan pulut durian ni macam ni saja. Just pulut dan durian. Tapi orang Thai, depa juga makan dengan kuah santan.”
Cara buat kuah santan ni senang saja
250 gm santan segar pekat
250 gm air
5 gm garam
15 gm gula
25 gm tepung beras
Campur semua sekali, didihkan. Siap. Boleh makan dengan gembira sekali.
Info :
500 gm pulut sesuai untuk makan 8 hingga 10 orang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam diam-diam, pelakon Nad Zainal rupa-rupanya kini sedang hamil anak kedua.
Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon Hati Yang Tersakiti menerusi laman instagramnya. Menurut Nad Zainal, usia kandungannya kini sudah masuk empat bulan.
“Bismillahirahmanirrahim. my 9 months journey begins. YEM NAK JADI ABANG LONG.
‘”2021, bukan lagi ber 3 bakal ber 4,” tulis Nad dikapsyennya.
Dalam pada itu, Nad turut menafikan sambil berseloroh bayinya itu bukan ‘hasil’ PKP.
“Semua orang cakap baby PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), bukan. Masa PKP tak ada masa ‘buat’ (seloroh).
“Sebenarnya memang ada perancangan untuk tambah anak tahun ini atau tahun depan. Lagipun anak sulung dah besar. Saya tahu (hamil) lepas dua minggu ketika penggambaran dengan Remy dan Mimi Lana (drama Hati Yang Tersakiti),” katanya.
Menurut Nad lagi, anak sulungnya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 4, juga sudah tidak sabar untuk menerima kehadiran adiknya.
“Dia sangat teruja, setiap hari tanya bila baby nak keluar. Setiap kali itu kena terangkan pada dia,
“Dah lama tak ada anak kecil di rumah, jadi semua orang pun teruja,” katanya.
Ujar Nad, keadaan kesihatannya juga semuanya baik-baik sahaja sepanjang di awal tempoh kehamilan tanpa alahan teruk.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015.
Pasangan tersebut dikurniakan anak sulung yang mesra dengan panggilan Yem pada 14 Oktober 2016.
Ikan Cencaru adalah antara masakan yang menjadi kegemaran ramai. Namun cara untuk menyiang kulit ikannya bukan suatu yang mudah.
Jika silap caranya tentu habis isi ikan terkoyak sama. Bagi yang tak tahu cara untuk siang ikan cencaru atau juga dikenali sebagai ikan jaket, nak tahu caranya ikuti perkongsian ini.
Masa Ai kecik² dulu selalu admire cara Bubuyi(Ibu) Ai buang kulit ikan caru nie. Memang teringin sangat nak siang, setiap kali bubuyi or ayah beli caru, Ai akan siang.
Jadi seawal umur 13 tahun Ai dah expert buang kulit caru nie. Hari nie Ai tunjuk cara Ai buang kulitnya ea.. pada Ai senang sangat .
Video pertama tue cara Bubuyi Ai dulu² yang Ai admire tue.. tarik guna pisau ataupun playar. Ai guna dua² cara nie ikut kesenangan Ai la.. 3 cara tarik kulit tue ; 1) guna playar 2) guna pisau seperti video pertama 3) guna tangan seperti video kedua.
Jangan risau, tangan or jari Ai tak pernah luka guna cara-cara nie. Mungkin sebab dah biasa kot. Semoga bermanfaat pada mereka² yang takut or x mahir buang kulit caru Try la. Senang sangat.
Halia memang punya banyak khasiat untuk kaum wanita khususnya bagi yang sudah berkahwin. Antaranya membuang angin dalam badan, membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan banyak lagi. Jadi, buat anda yang belum mengamalkannya, bolehlah mulakan dari sekarang.
Buang Angin
Caranya adalah hiris halia dalam satu atau dua inci dan rendamkan di dalam air panas bersama uncang teh ( teh hijau lagi bagus) tanpa gula. Biarkan selama dua minit dan boleh minum setiap hari. Amalkan ini setiap hari pasti angin dalam badan bebas terbuang dan badan pun kembali segar.
Redakan Tekanan
Halia boleh dibuat minuman dan dijadikan ramuan masakan. Halia juga dikatakan dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan.
Amalkan minum air halia dengan madu setiap hari pasti anda dapat merasai kelainan dan wajah juga tubuh tampak segar. Sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi.
Turunkan Berat Badan
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.
Hiris halia halus kemudian campurkan dengan air panas, madu dan juga sedikit perahan air limau nipis, amalkan setiap hari pasti ketika perut kosong
Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Atasi Masalah Pencernaan
Perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia boleh mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.
Hilangkan Bau Badan
Ramai wanita yang alami masalah ini kan . Badan dah lawa , muka cantik tapi badan berbau. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari, atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur.
Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.
Menghangatkan ranjang
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.
Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya.
sumber: mrtengkuasmadi.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.