Pulut Durian begitu sinonim sebagai salah satu menu manisan istimewa di negara Thailand. Keenakan rasanya yang berlemak digandingkan pula bersama manisnya mangga mahu pun durian, memberi rasa yang sukar digambarkan. Malah melihat sahaja menu ini terhidang di atas meja, sudah mampu membuatkan penggemarnya kecur liur untuk menikmatinya. Inilah penangan hebat Pulut Durian/Mangga!
Lantaran itu, tidak hairanlah terdapat beberapa restoran menyajikan pilihan menu ini kepada pelanggannya. Pun begitu, terkadang rasanya tidak sama dengan apa yang kita harapkan. Bila ini berlaku, pastinya cukup menghampakan.
Jadi apa kata anda sendiri sediakan untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Perkongsian resipi Zalina Yahaya di dalam fbnya pasti akan mampu membuatkan anda berpuas hati dengan rasa Pulut Durian/Mangga yang anda idam-idamkan. Asli dari Selatan Thai!
PULUT DURIAN
(Resepi asli Selatan Thai)
Bahan-bahan :
500 gm pulut
Cara Penyediaan:
- Rendam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Cari pulut yang berkualiti tinggi. sapa yang dok area Selatan Thai boleh cari pulut yang recomend ni. Yang dok berhampiran Tambak Johor, guna je lah pulut apa yang ada. Terbaik ialah pulut susu.
2. Dah rendam, basuh dan tapis. Masukkan ke dalam pengukus. Cucukkan dengan jari kat lubang pengukus supaya wap keluar.
3. Sementara tu didihkan air kukusan. Letakkan daun pandan untuk bagi wangi pulut.
4. Kukus guna api kuat anggaran 30 hingga 45 minit.
5. Selepas 30 minit kalau pulut masih keras, renjiskan dengan 3/4 cawan air atas pulut. Sambung kukus.
6. Selepas pulut masak, masa tengah panas-panas berasap pindahkan ke dalam mangkuk besar dan terus tuang campuran santan (250 santan segar, pekat 5 gm garam & 15 gm gula)
“Okeh…bab santan ni ada dua versi. Kalau anda nak tahan lama pulut itu masak sekejap sehingga mendidih sekali dua. Tetapi kalau anda nak pulut yang cantik dan berkilat tak perlu masak. Tuang terus dan kacau bersama pulut. Lemak santan tu bila dikacau bersama pulut panas akan menghasilkan kilauan emas bak permata…hah..gittewww. Pulut yang diadun dengan santan yang tak dimasak ni akan tahan dalam 12 jam. Ok la kan…silap-silap selepas sejam selesai masuk perut.”
[su_highlight background=”#dad5c0″ color=”#d41929″]TIP[/su_highlight]
Ok masa mencampurkan santan dan pulut ni janganlah dituang sekali gus. Tuang sikit demi sikit. Buat dalam anggaran 6 kali tuangan. Setiap kali tuang, kacau. Barulah pulut cantik.
7. Lepas tu harap bersabar. Jangan makan lagi. Tutup dan biar sekurang kurangnya setengah jam. Tak perlu kukus balik. Tetapi ada yang kukus balik. Terpulang pada anda.
8. Untuk mengisi masa lapang tu pergi lah kupas durian. Kupas pelam.
“Kalau ikut keluarga saya, kalau kami makan pulut durian ni macam ni saja. Just pulut dan durian. Tapi orang Thai, depa juga makan dengan kuah santan.”
Cara buat kuah santan ni senang saja
250 gm santan segar pekat
250 gm air
5 gm garam
15 gm gula
25 gm tepung beras
Campur semua sekali, didihkan. Siap. Boleh makan dengan gembira sekali.
Info :
500 gm pulut sesuai untuk makan 8 hingga 10 orang.