Suka Makan Paru Goreng Garing Tapi Tak Reti Masak? Ni Step Cara Basuh & Bagi Hilang Hanyir!

Share

Kalau teringin nak makan paru mesti beli yang dah siap masak. Ye la kalau beli yang mentah, tak tahu cara nak masak especially bab nak hilangkan hanyir, kan?

Sekiranya anda tidak tahu cara yang betul, boleh jadi ia tidak garing dan mengambil masa yang lama untuk masak.

Yang mana rasa susah tu, jom ikut tip dan step dari awal sampai habis cara nak dapatkan paru goreng yang garing dan hilang hanyir cara dari Puan Afy AL Habibi di bawah. Semoga dapat membantu!

TIPS PARU DIGORENG GARING & HILANG HANYIR

Resepi ini saya kongsi dekat Facebook untuk kawan yang teringin nak tahu rahsia paru jadi garing. Nak mudahkan mereka, saya tunjukkan langkah penyediaannya ikut cara sendiri sambil selit tips.

Biar ringkas, mungkin ada manfaat untuk yang belum tahu. Sebab ada kawan yang bagitahu sebelum ni dia hiris paru tanpa rebus dulu. Susahnya. Nak goreng pun ambil masa lama dan tak garing.

Lepas dia cuba resepi ini, dia suka sangat sebab paru garing masak sambal masakan kesukaan dia.

TIPS HILANGKAN HANYIR PARU:

1. Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam.

2. Rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.

3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.

4. Basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya. Masukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam keping.

Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana perlahan.

Paru yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan.

TIPS UNTUK PARU GARING:

1. Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh.

2. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.

3. Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.

4. Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi.

5. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.

6. Gunakan api sederhana perlahan.

7. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.

Siap untuk paru yang garing! Nak makan cicah sos pun boleh. Sedap! Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Afy AL Habibi 

tekan sini untuk daftar sekarang!