Masak daging goreng kunyit walaupun ia adalah menu simple, namun tidak semua biasa menyediakannya sebagai menu untuk keluarga. Memandangkan jika digoreng lazimnya daging akan terasa liat dan tidak enak dimakan.

Namun jika makan di restoran Thai, tentu sahaja menu ini sering dijadikan pilihan. Maklumlah daging goreng kunyit yang dimasak terasa lembut dan tidak terlalu kering, diakui hidangan tersebut memang enak dan boleh buat makan berselera.

 

 

Jadi untuk pastikan daging goreng kunyit yang kita sendiri masak juga mempunyai rasa yang enak dan daging terasa lembut, jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Dani J Tang.

Suka Makan Daging Goreng Kunyit. Nak Lembut & Basah-basah Sikit, Begini Cara Buatnya!

 

Ads

 

 

Daging goreng kunyit cara saya

Ads

Bahan-bahan:

Suka Makan Daging Goreng Kunyit. Nak Lembut & Basah-basah Sikit, Begini Cara Buatnya!

  1. Daging hiris ikut suka
  2. kacang panjang hiris
  3. Bawang holland hiris
  4. Cili hiris

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan periuk @ kuali. Letak daging. Hidupkan api. Biar air daging keluar. Masukkan sos tiram & serbuk kunyit.Suka Makan Daging Goreng Kunyit. Nak Lembut & Basah-basah Sikit, Begini Cara Buatnya!
  2. Masak sampai empuk. Tambah air jika perlu. Kacau-kacau biar semua sebati dan lembut serata.
  3. Bila daging dah lembut, air dah kering & tinggal sikit, dia akan terbit minyak dari lemak-lemak daging tu. Kalau nak tambah minyak silakan. Terpulang. Kalau saya memang tak tambah dah sebab tak suka daging jadi garing.Suka Makan Daging Goreng Kunyit. Nak Lembut & Basah-basah Sikit, Begini Cara Buatnya!
  4. Masukkan bawang dan kacang panjang. Gaul sebati. Bila bawang dah layu. Masukkan cili.
  5. Kalau saya, tak perlu garam dah sebab dah guna sos tiram. Rasa lah ye, kalau perlu garam dan gula sila tambah.

Nota : saya doakan sesapa yang nampak post ni senantiasa diberi rezeki kesihatan, rezeki anak-anak, mudah dapat kerja, hidupnya sentiasa tenang, bahagia dan bebas dari hasad dengki.

Ads

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Suka Makan Daging Goreng Kunyit. Nak Lembut & Basah-basah Sikit, Begini Cara Buatnya!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI