Ayam kampung ni adalah istilah untuk ayam yang tak diketahui asal usulnya. Ayam kampung ni biasanya dipelihara di kawasan luar bandar atau kampung. Biasanya di negara Barat ayam kampung ni diberi gelaran ayam ternak lepas (free range chicken) atau ayam organik (organic chicken).
Isi ayam kampung memang lebih keras dan pejal berbanding ayam ternakan biasa. Isinya tak mudah hancur dan kebiasaannya sesuai untuk dimasak gulai atau kuah. Nak masak pon memang mengambil masa yang lama sikit berbanding ayam biasa.
Tapi jangan risau, ada cara untuk lembutkan isi ayam kampung ni….jom kita cuba cara di bawah.
CARA LEMBUTKAN ISI AYAM KAMPUNG
CARA-CARA:
1. Ambil nenas dan potong beberapa keping, kemudian kisar hingga jadi macam jus
Ads
2. Curah nenas yang dikisar tadi ke atas ayam kampung mentah dan gaul rata
3. Biarkan ayam kampung tadi dalam 5-10 minit tapi jangan terlalu lama
Ads
4. Dah cukup masa, bilas bersih dan sedia untuk dimasak
Tip masak rendang supaya tahan lama, lambat basi. Selalunya sehari sebelum hari raya, mak-mak akan mula memasak rendang. Tak kiralah rendang ayam atau pun rendang daging, ia satu kemestian juadah untuk dihidangkan di pagi raya.
Bagaimanapun kerap juga terjadi kejadian bila mana rendang menjadi basi keesokan harinya. Tengahari bila nak makan, rendang sudah basi. Memang rasa ‘frust’ sangat bukan?
Itulah sebabnya kena tahu petua-petua untuk memastikan rendang yang kita masak ni tahan lama. Maklumlah masak dalam jumlah yang banyak, sayang sangat kalau basi. Jadi sebaiknya ikut lapan petua ini.
1. Pilih santan berkualiti
Hidangan yang menggunakan santan selalu yang paling cepat basi. Tapi jika kita menggunakan santan yang segar dan berkualiti, bukan saja rasa rendang pun lebih lazat tapi juga mampu membuat rendang tahan lebih lama.
2. Tunggu sejuk baru tutup
Selepas memasak rendang jangan tutup rapat periuk. Tunggu dulu sehingga rendang dan periuk sejuk. Jika periuk atau kuali berisi rendang terus ditutup rapat, wap air akan terkumpul pada tudung periuk dan akan jatuh ke dalam rendang.
Ini boleh menyebabkan rendang cepat basi. Sama juga dengan lauk dan makanan lain. Jadi, kalau nak tutup masa masih panas, biarkan ada sedikit bukaan (tak payah tutup rapat). Atau, tunggu hingga agak sejuk barulah periuk ditutup.
3. Pastikan betul-betul pecah minyak
Semasa menumis, pastikan bahan-bahan dah betul-betul garing dan pecah minyak. Pecah minyak ni tandanya warna tumisan menjadi sedikit gelap atau minyak tumisan akan terpercik sedikit daripada kuali. Selepas ada tanda begini, barulah masukkan ayam atau daging.
4. Masak sampai rendang kering
Salah satu cara untuk elakkan rendang cepat basi adalah dengan memasaknya hingga kering. Dengan cara ini, kandungan air dalam masakan akan dinyahkan dan ia dapat bertahan lebih lama. Daging pun akan jadi lembut!
5. Kurangkan santan
Sebenarnya tak semua resepi rendang menggunakan santan. Yang tak pakai santan tetap akan ada rasa lemak sebab dah guna kerisik. Kalau tetap nak guna santan, kurangkan sedikit kuantitinya kalau nak ia bertahan lebih lama.
6. Goreng ayam / daging separuh masak
Sebelum masak rendang, gorengkan dulu ayam hingga separuh masak atau masak ayam / daging atas api tanpa minyak atau air.
Boleh juga gaulkan dengan rempah-rempah dan bakar seperti ayam percik. Proses ini adalah untuk keringkan air daging atau ayam. Jadi bila air ayam / daging tu kering, barulah rendang lambat basi.
7. Pastikan bekas kering
Semasa menyimpan rendang dalam bekas, pastikan bekas telah dilap kering. Masa nak menceduk pun, kena pastikan juga sudip, sudu, atau senduknya kering.
Sebelum memasak atau panaskan atas periuk / kuali pun, keringkan dulu atas api supaya rendang yang dimasak tahan lama.
8. Sejukbeku & Asingkan
Sekiranya mahu menyimpang rendang dalam peti sejuk, asingkan dalam beberapa bekas kecil. Jangan simpan dalam satu bekas besar. Ini dapat mengelakkan rendang itu daripada asyik keluar masuk peti sejuk dan dipanaskan.
Jadi bila nak makan keluarkan satu bekas kecil untuk satu hidangan, yang lain tak disentuh.
Tip buat kerisik supaya tahan lama, bahan ‘rahsia’ kena letak waktu kisar. Kerisik adalah antara bahan penting dalam masakan tradisional Melayu, terutama dalam hidangan berasaskan santan dan rempah. Ia diperbuat daripada kelapa parut yang disangai sehingga keperangan dan kemudian ditumbuk halus sehingga menghasilkan tekstur berminyak.
Tip Buat Kerisik Supaya Tahan Lama, Bahan ‘Rahsia’ Kena Letak Waktu Kisar
Kerisik bukan sahaja menambah aroma yang harum, tetapi juga memperkayakan rasa makanan dengan unsur lemak semula jadi daripada kelapa. Kerisik memang boleh saja dibeli tapi ada juga terkena kerisik berbau tengik, memang spoil rendang dibuatnya.
Supaya puas hati dan menyenangkan kerja memasak di hari raya nanti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh supaya kerja menyediakan kerisik lebih mudah dan tahan lama.
1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur dahulu kelapa parut.
2. Bila kelapa dah garing, sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah dan masukkan sekali minyak masak.
4. Kisar kelapa parut sehingga halus.
5. Simpan dalam botol, Insya-Allah tahan lama kerana kerisik sudah berminyak elok.
Kerisik adalah bahan tradisional yang sering menjadi rahsia keenakan dalam masakan Melayu. Walaupun proses penyediaannya memerlukan sedikit usaha, hasilnya sangat berbaloi kerana ia memberikan aroma yang memikat dan rasa yang kaya.
Oleh itu, kerisik wajar digunakan sebagai bahan asas dalam masakan untuk mengekalkan keaslian dan keunikan cita rasa tradisional.
Selalu stress kulit kepala gatal dan rambut gugur? Ha step pertama tak boleh stress. Sebab stress boleh gugurkan rambut.
Yang kedua, kena jaga kulit kepala. Sebab apa? Sebab kesihatan kulit kepala ialah tunjang utama kepada keadaan rambut kita.
Gugur ke, kepala gatal ke, rambut bercabang ke semua bergantung dengan cara kita jaga kulit kepala.
Banyak je cara untuk jaga kulit kepala bagi kurang rasa gatal tu. Tapi kena lah konsisten. Nak cantik dan nampak hasil kena lah rajin. Tak perlu keluarkan duit yang banyak pon, hanya perlu rajin.
Sama juga dengan pelanggan spa. Kalau mereka mampu tampung kos rawatan penjagaan diri tapi tak rajin untuk pergi ke temu janji bulanan, tak ada jugak hasilnya.
Bukan setakat itu je, cuba jangan tukar jenama syampu. Tahu tak tukar-tukar syampu pon boleh menyebabkan kulit kepala tak sihat.
Tukar-tukar syampu tu ibarat kita dah memeningkan kulit kepala kita dengan bahan-bahan dalam syampu tu. Apa kata kita cuba dahulu petua lama guna daun limau purut ini pula.
BAHAN DIPERLUKAN:
-10 helai daun limau purut
-Air secukupnya
CARA SEDIAKAN:
Mula-mula cuci bersih daun limau purut dan kemudian kisar bersama dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
2. Boleh tumbuk lumat dan kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
3. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan sapukan di kepala.
4. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.
5. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Urut lembut je jangan kasar nanti kulit kepala luka. Biarkan seketika dalam 1-2 minit ye.
6. Bilas sehingga bersih.
Selamat Mencuba! Mana tahu boleh jadi model syampu lepas ni.
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.