Bila anak mengadu sakit atau tidak selesa, mak ayah jangan abaikan sahaja. Cuba periksa mana tahu ada benda yang tidak kena dengan anak.
Perihal seorang kanak-kanak yang mengadu sakit telinga kepada ibunya membuatkan ramai yang merasa ngeri. Mana tidaknya sakit telinga yang dialami oleh kanak-kanak itu rupanya kerana kutu babi yang sudah bersarang di dalam telinga.
Hal itu dikongsikan oleh ibunya, Aqila Nasir mendedahkan pengalaman ngeri apabila seekor kutu babi bersarang dalam telinga anak perempuannya, Hayfa.
“Anak mengadu sakit telinga, bila doktor check rupa-rupanya kutu babi dah bersarang dalam telinga!
Ads
“Ngeri tengoknya, naik bulu roma,” tulisnya di kapsyen.
“Ibu bapa kat luar sana kalau anak mengadu sakit, jangan ambil sambil lewa,” ujarnya.
Aqila yang membuat pemeriksaan ke sebuah klinik membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik lain untuk pemeriksaan lebih terperinci dan hasilnya, doktor mendapati kutu babi itu berada dalam telinga anaknya bersama dengan telur-telur berwarna hitam.
Ads
Jelasnya lagi, dia tak tahu punca keberadaan kutu babi itu di dalam telinga anaknya namun akui anak perempuannya itu gemar bermain dan membelai kucing-kucing liar.
Ads
“Mungkin sebelum-sebelum tu dia tak rasa sangat sebab pain tolerance dia memang tinggi. Sebab tu ayah dia cakap, kalau Hayfa cakap sakit maksudnya serious case.
“Doktor dah cakap awal-awal, masa nak tarik ni memang sakit sangat ye. Sebab kaki kutu babi ni mencengkam kulit, jadi kulit akan terkoyak sikit.
“Tapi, telinga ke hidung kalau luka, sakit dia memang tak boleh bawa bincang. Doktor cuci sekali taik ke telur hitam-hitam tu sebab dia kata kalau tak bersih boleh jadi infection juga. Memang bersih doktor cucikan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Aqila menyeru kepada orang ramai terutamanya kepada ibu bapa di luar sana supaya tidak mengambil ringan sekiranya anak mengadu sakit di bahagian anggota badan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menjaga kesihatan diri adalah kunci kepada kehidupan yang lebih berkualiti. Pemakanan seimbang, rehat yang cukup, dan amalan senaman yang konsisten membantu tubuh kekal cergas serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit.
Senaman bukan sekadar untuk kecantikan fizikal, tetapi ia juga penting untuk kesihatan mental, meningkatkan tenaga, dan memperbaiki mood. Luangkan sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk bergerak – sama ada berjalan, berlari, atau bersenam ringan. Ingat, badan yang sihat membolehkan kita menjalani kehidupan dengan lebih bertenaga dan bahagia
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian Dr Zubaidi mengenai brisk walking yang membantu kita menjaga kesihatan diri.
BRISK WALKING AMALAN TERBAIK INDIVIDU BERUSIA 50 TAHUN KE ATAS
Ramai yang beranggapan bahawa berjalan kaki adalah suatu aktiviti yang biasa, tidak boleh dikategorikan sebagai senaman.
Tetapi banyak kajian menunjukkan berjalan kaki dapat memberikan banyak manfaat jika dilakukan dengan betul. Berjalan laju (brisk walking) 2.5 jam setiap minggu dapat merendahkan risiko untuk mati lebih awal akibat serangan sakit jantung dan stroke. Risiko mendapat kanser tertentu juga menjadi rendah.
Brisk walking membantu kesihatan otak dan minda. Pemeriksaan MRI selepas melakukan aktiviti anaerobic akan meningkatkan pengaliran darah ke otak dan mengembangkan saluran darah di leher.
Jadi saya mencadangkan pengamalan berjalan kaki laju (brisk walking) 30 minit setiap hari untuk 5 hari dalam seminggu pada individu berusia 50 tahun ke atas.
Lakukan secara bersederhana dan jangan gopoh. Yang penting sabar dan istiqamah. Lakukan di awal pagi.
Bagi yang ada penyakit kronik dapat pemeriksaan dari doktor sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal.
Tok Ram kendong Izzara tarik perhatian warga maya, “Dah macam bola ragbi dibuatnya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Tok Ram Kendong Izzara Tarik Perhatian Warga Maya, “Dah Macam Bola Ragbi Dibuatnya”
Tular satu video di TikTok memaparkan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS bersama anak angkatnya Nur Izzara.
Menerusi video dimuat naik akaun Alyah.hasan, kelihatan Ramli atau nama sebenarnya Ramli Mohd Salleh sedang menggendong Izzara di bawah panas terik matahari menuju ke tempat duduk di sebuah gerai makan.
Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih perhatian warga maya yang rata-rata terhibur melihat cara pengarah muzik itu menggendong Izzara.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berpendapat bahawa Ramli kelihatan sangat bahagia sejak kehadiran Izzara dalam kehidupannya bersama isteri, Datin Alyah.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Alyah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ramli MS pada 2013 di Indonesia.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an berusia 59 tahun, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.
Berita bahagia ini dikongsikan oleh pelakon Anne Abdullah di Facebook, Anne berkongsi momen majlis pernikahan Suliza bersama pilihan hatinya menerusi video sekitar majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Suliza di Bukit Kiara.
“Tahniah kak Suliza. Moga kekal hingga ke jannah. Syukur Alhamdulillah, saya tumpang gembira untuk anda. Terima kasih atas undangan,” tulis Anne dalam kapsyennya.
Majlis pernikahan itu berlangsung secara sederhana dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta sahabat rapat. Anak-anak Suliza, termasuk penyanyi Ismail Izzani, turut hadir memeriahkan majlis. Ismail dilihat segak mengenakan baju Melayu putih mengikut tema pernikahan ibunya.
Acara tersebut turut dihadiri beberapa rakan artis seperti Ziela Jalil dan Liza Abdullah, yang datang memberikan sokongan kepada Suliza pada hari istimewanya.
Untuk rekod, Suliza pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi, dan Ismail Izzani. Namun, perkahwinan itu berakhir apabila Ismail mendedahkan status ibu bapanya yang telah bercerai pada tahun ini.
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.