
Telinga berair dan sakit adalah antara tanda yang menunjukkan berlaku jangkitan pada telinga.
Kenapa ia berlaku? Sebagaimana perkongsian Dr Ezairy M Sallih yang menjelaskan bahawa tabiat suka mengorek telinga menjadi punca masalah telinga.
Nak tahu lebih lanjut ikut perkongsian ini.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Doktor, kenapa telinga saya selalu berair. Malam tadi dah mula sakit sangat.” Rintih pesakit saya ini.
“Ada apa-apa ke puan buat sebelum jadi sakit ni?” Soal saya.
“Saya ada cuba bersihkan telinga. Sebelum ni selalu juga buat macam tu. Telinga gatal, tu saya buat.” Ujarnya lagi.
Masalah yang sering berlaku kepada pesakit yang kerap melakukan tabiat mengorek telinga ialah ia boleh menyebabkan jangkitan berlaku pada salur telinga pesakit.
Ear canal akan membengkak dan pesakit akan mengalami kesakitan yang teramat sangat. Ada kalanya ia akan disertai dengan pengumpulan cecair nanah juga!
Oleh itu, hentikanlah tabiat ini.
Sama-sama kita berpesan.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Nyahbeku Makanan Dengan Mudah & Selamat, Ini Tip Yang Dikongsikan Oleh Hanis Zalikha. Ibu-Ibu Boleh Take Note Ye!

Isi Kandungan
ToggleSelebriti yang juga instafemes ini bukan sahaja cantik dan bergaya, bahkan cukup pandai memasak dan menitikberatkan soal kesihatan diri serta keluarganya.
Hanis Zalikha sering memuat naik tip di dapur untuk pengikutnya. Baru-baru ini, dia berkongsi tip cara nyahbeku makanan dengan cara yang mudah.
“Biasa dilakukan untuk mencairkan bahan mentah adalah dengan merendam dalam bekas berisi air. Tahukah anda ini adalah amalan yang salah,” Tulis Hanis di kapsyennya.
Dia kemudiannya memberi 3 cara yang betul untuk nyahbeku makanan:
3 kaedah nyahbeku bahan mentah yang betul adalah dengan meletakkannya di bawah air yang mengalir. Yang kedua, letak di ruang chiller semalaman (macam dalam gambar) dan yang ketiga gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Pastikan dimasak terus,”jelas Hanis lagi.
Menurut Hanis lagi, Kaedah nyahbeku yang tidak betul boleh menyebabkan keracunan makanan sekiranya tidak dimasak dengan sempurna.
“Sekiranya tidak dinyahbeku dengan betul ketulan ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya dan apabila di masak tidak sempurna bahagian yang masih ada ketulan ais akan menyebabkan bakteria membiak dan boleh jadi punca keracunan makanan,”ulas Hanis lagi.
View this post on InstagramA post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on
Perkongsian tersebut turut mendapat respond dari peminatnya yang masing-masing memberi maklum balas serta berkongsi pengalaman masing-masing.
tinytot_ely Tq for the tips keknis
mrskayjay_ Sy biasa letak dlm peruk jgn ade air..mmg bahan yg beku mudah difrostkan….
seriaida Paling senang letak atas benda yg besi. Cm sy letak dlm kuali yg leper atau dlm periuk. Sgt cepat defrost. Cer cuba.
adawiyahamidun Betul2 letak dekat air yg mengalir. Mmg cepat defrost.
feezaija saya memang amalkan langkah 1 dari muda sampai la da anak 3.
azfarahazizan defrost pun sometimes ais tak hilang. still ada sisa sisa tersembunyi di situ. and for others, please hati2, jgn letak ayam tanpa container semalaman sebelah other food mcm fruits and vege causing cross contamination. causing food poisoning jugak.
marsilaab ye..saya buat hari2 sebab nak masak pagi suboh anak nak bawa bekal ke sekolah
adiqzurin Klu nk msk cpt sye trus masuk microwave utk lembutkn bhn yg beku tu… Klu lmbt lg nk msk sementara siapkn bahan sye kuarkn dr petiais n ltk dkt dpn kipas bg ais tu cair.
izafiza_shoppe Sy biasa guna kaedah 1.hehe.tapi kalo kebetulan mak ada kat umah mesti ditutupnya pili sbb bazir air katanya.
Sumber: IG haniszalikha
Suami Wajib Buat 5 Perkara Ni Bila Berpindah Ke Rumah Baru, Barulah Anak Isteri Rasa Selamat!

Mungkin sesetengah orang menganggap berpindah rumah adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan. Angkat sahaja barang dan pindahkan di rumah baru. Bukan semudah itu!
Jangan hanya fikirkan keseronokkan untuk menghias semata-mata. Ada banyak perkara yang anda kena dahulukan untuk pastikan keadaan rumah dalam keadaan baik dan selamat. Lebih-lebih lagi yang punya anak kecil.
5 Perkara Ni Suami Wajib Buat!
1. Laungkan Azan
Langkah ni memang wajib buat. Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni), ia pasti akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-‘Ammar), yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Baca Surah Al-Baqarah
Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”
3. Solat dan Membaca Al-Quran
Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di
dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi
sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah
Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insyaallah rumah akan dilindungi.
Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.
Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.
“Memang Ajar Suami Buat Kerja Rumah Sama-Sama” Ozlyn Harap Para Suami Hargai Pengorbanan Isteri Masing-Masing

Pelakon wanita yang juga ibu kepada enam orang cahayamata, Ozlyn sememangnya terkenal sering berkongsi pelbagai cerita rutin hariannya menguruskan rumah tangga dan anak-anak di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsiannya, isteri kepada pelawak dan DJ radio terkenal, Johan ini sering berkongsi menu masakan hariannya untuk hidangan keluarga kepada pengikut-pengikutnya sebagai salah satu cara memberi idea masakan kepada mereka.
Selain daripada itu Ozlyn juga sering menyelitkan perkongsian positif tentang tip bahagia rumah tangga dan mendidik anak.
Dengan gaya penulisan santai dan berunsurkan jenaka yang sering diselitkan ayat suka mengusik suaminya, para peminat sering menjadikan posting-posting Ozlyn sebagai salah satu rujukan untuk idea memasak dan tip keibubapaan serta kebahagiaan rumah tangga.
Ramai peminat yang mengagumi cara mendidik anak yang dipraktiskan oleh Ozlyn dan Johan yang sangat menitik beratkan soal didikan agama dan disiplin membantu ibu bapa membuat kerja rumah.
Selain daripada itu, dalam posting terkininya Ozlyn tidak lupa menitipkan pesanan buat semua para suami agar sentiasa menghargai pengorbanan para isteri. Katanya dalam hidup berumah tangga, suami sebagai ketua kena bertanggungjawab menguruskan segala kerja-kerja rumah dan tugas mendidik anak-anak.
Ini kerana pada pendapatnya, ramai para isteri sudah banyak membantu mengurangkan bebanan suami dari segi kewangan dan menguruskan rumah tangga.
Ozlyn turut mengingatkan kepada para suami agar tidak mengambil kesempatan pada isteri yang bergelar suri rumah tangga kerana tanpa sedar mereka
Bekal sekolah budak-budak. Letak telur, diaorang tak nak telur mata.
Papa sudah dua hari terlantar bila bangun haa dia ambil alih balik tanggungjawab!
Cuci bilik air, vacum bilik, kemas katil, ajar mengaji dan solat berjemaah sama…yes!
Memang aku ajar laki aku buat kerja rumah sama-sama. Tak buat memang aku naik hantu sebab itu bukan tanggungjawab seorang isteri pun.
Sebenarnya sudah banyak isteri tolong kurangkan beban suami kan. Kadang yang memang betul-betul suri rumah paling kesian. Duduk rumah sampai tak sempat tengok dunia luar. Buat kerja rumah, urus anak, urus suami.
Harap suami hargailah pengorbanan isteri-isteri kau orang. Ada rezeki lebih bawa la jalan-jalan. Kadang tak perlu shopping pun, bawa pergi pasar malam pun dah bersyukur.
Tapi tak dinafikan juga pengorbanan suami dalam mencari rezeki. Buat isteri, jangan putus doa untuk suami tau. Suami senangkan hati isteri, InsyaAllah lagi mudah segalanya.
“Apa-apa pun saya sayang Papa. Alhamdulillah Papa dah sihat. Harap papa boleh belanja mama makan roti canai favourite mama.” demikian tulis Ozlyn dalam Instagramnya.
Sumber: Jozlynnhanania