Baru-baru ini Nedim, suami kepada pelakon Nora Danish memuat naik satu perkongsian di Instagram tentang anak lelaki mereka, Mohamed Neqayl Nedim.
Rupa-rupanya, anaknya itu mempunyai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Obsessive Compulsive Disorder (OCD) atau Kecelaruan Obsesif Kompulsif adalah keadaan kesihatan yang memberi kesan kepada individu yang menghidapinya sama ada secara fizikal atau mental.
“Mama & idea bernasnya memutuskan untuk mengadakan pesta dengan Neqayl di ruang tamu Oleh itu, saya telah berunding dengannya kerana ayah mahu menonton TV,” tulis Nedim dikapsyennya.
Apa yang mencuri perhatian daripada perkongsian tersebut adalah cara Nedim berkomunikasi dengan anaknya. Pendekatan yang di ambil Nedim dilihat sangat prihatin, memahami dan dalam masa yang sama mendidik menggunakan tutur kata yang baik.
Rata-rata yang memberi komen memuji sikap Nedim tersebut.
Sumber: boss_ned