Suhaila dan Faizal Hussein sambut ulang tahun perkahwinan ke 20 tahun, sweet sangat pasangan romantik ni. Sebut saja nama Faizal Hussein pasti peminat terkenangkan filem-filem box office lakonannya.
Suhaila & Faizal Hussein Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke 20 Tahun
Penangan filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 telah berjaya melonjakkan nama Faizal Hussein di persada seni tanah air. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati jalan cerita filem popular tersebut dan lebih mengenali dirinya dengan gelaran Roy.
Ads
Disifatkan antara pasangan selebriti yang merendah diri dan saling melengkapi di antara satu sama lain, kemesraan Faizal Hussein dan isteri tersayang, Suhaila Sulaiman sentiasa dicemburui peminat.
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Suhaila yang dulunya juga seorang pelakon, suri hati Faizal Hussein ini berkongsi momen indah sambutan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 20 tahun.
Perkongsian tersebut dihujani dengan ucapan tahniah di kalangan peminat dan juga warga maya. Masing-masing mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga ke syurga.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk info, Faizal dan Suhaila mendirikan rumah tangga pada tahun 2004. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn, 19 tahun dan Fazrick, 16 tahun.
Rumahtangga yang bahagia adalah kunci sebuah kebahagiaan. Sikap tolak ansur amat penting, namun ego seorang suami ada kala sering menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga. Lebih menyedihkan lagi jika ia hanya berpunca daripada masalah kecil yang tidak sepatutnya menjadi punca perbalahan. Tambah menakutkan jika ada suami yang sanggup memukul isteri apabila berasa egonya tercabar.
Lelaki pemarah biasanya tinggi egonya. Mereka jarang rasa bersalah biarpun tidnakan mereka melukakan hati si isteri. Keadaan seperti ini sudah pasti menyukarkan bagi sesebuah perkahwinan apatah lagi, jika pasangan berdepan dengan masalah seperti kesuburan dan sukar menimang cahaya mata. Sekiranya anda berada dalam situasi sebegini, anda perlu lebih berstrategi untuk berdepan dengan suami yang ego dan lekas marah apabila diajak berbincang.
Perlu diingat, antara topik yang sukar dibincang oleh pihak suami ialah berkenaan seks dengan isteri, kesuburan ataupun masalah kelelakian. Ada sesetengah suami boleh mengugut menceraikan isteri kerana masalah sebegini. Jadi, bagi membantu anda berdepan dengan situasi sebegini, pihak isteri perlu bijak memilih pendekatan bagaimana caranya berdepan dengan mereka.
Tindakan anda mendiamkan diri kerana takut dimarahi suami hanya membebankan lagi masalah tersedia ada. Jika anda ingin berbincang mengenai topik sensitif berkaitan dirinya, pastikan ia dilakukan mengikut masa dan mood yang sesuai.
Terdapat beberapa panduan boleh dipraktiskan:
1. Elak berdebat atau kemukakan pandangan anda di saat suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia sahaja malah boleh mengundang padah apabila si suami semakin marah kerana rasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, si isteri boleh terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlakunya pertelingkahan. Jika berlarutan, psikologi si isteri boleh terganggu dan pernikahan juga akan terancam. Sebaiknya dalam situasi ini, anda perlu sedikit mengalah atau mengambil sikap tidak mempedulikannya dulu.
2. Langkah yang baik adalah mengajaknya berbicara untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan saat kemarahannya sudah reda. Gunakan gaya bicara yang halus agar emosinya tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh berbincang sambil mengurut-urut badan suami selepas pulang kerja ataupun ketika menonton bersama. Yang pasti pilih masa dan mood yang baik!
3. Suami pemarah lebih suka berterus-terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami panas baran ataupun pemarah ialah sikap suka berterus-terang dan jujur mengenai apa yang mereka suka ataupun tidak. Hanya sayangnya, cara mereka mengungkapkan lebih cenderung kasar dan bernada marah. Jadi elakkan diri daripada menyindir, berkias-kias ataupun menunjukkan muka seperti berahsia sesuatu daripadanya.
4. Apabila suami memberi pandangan yang agak keras, anda perlu menganggapnya sebagai satu kritikan untuk anda. Dan ambil sebagai satu cabaran untuk memperbaiki kelemah diri anda. Tidak guna terlalu emosi dengan kata-kata suami terhadap anda. Walau mengalir air mata sekalipun si suami pemarah biasanya sukar mengubah pendapatnya dan lebih buruk lagi, mereka tidak akan berasa bersalah sedikitpun!
5. Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang memiliki sifat ‘temperamental’ biasanya mudah terpancing kemarahannya oleh situasi atau keadaan di luar keinginananya. Hanya kerana tersilap kata ataupun nada suara yang salah sahaja sudah boleh mengundang pertengkaran. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, sifat pemarah ataupun panas baran juga sebenarnya boleh disebabkan oleh pola asuhan dalam keluarga juga mempunyai kaitan kepada sifat pemarah individu berkenaan.
6. Justeru itu, pastikan keadaan rumah tangga anda berdua berada dalam keadaan menyenangkan agar suami anda berasa nyaman dan tidak mudah marah-marah seperti berada dalam keluarganya dulu. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat mengenai apa yang menyebabkannya gembira dan sebaliknya yang membuatnya kesal dan marah.
Kalau menonton drama Gila-Gila Remaja, pasti anda akan terbayang heronya si Roy yang nakal dan happy go lucky orangnya. Wajahnya yang kacak dan senyuman manis menjadi pujaan hati ramai peminat dulu sehingga kini.
Memulakan karier dalam bidang lakonan pada tahun 1972 dan sehingga kini Faizal Hussein masih aktif. Bahkan, namanya masih ‘laku’ dan menjadi pilihan penerbit serta pengarah drama.
Bahkan, Faizal sebelum ini pernah berkongsi petua awet muda. Menurut Faizal, dia hanya minum air masak dan tidak minum air yang berais. Selain itu, Faizal juga tidak akan tambah makan walaupun hidangan yang disediakan sangat sedap.
Biarpun sudah lebih 30 tahun di persada seni, nama Faizal Hussei masih kekal relevan dalam industri hiburan tempatan. Tidak hairanlahnya namanya disebut-sebut setelah membintangi beberapa buah filem dan juga Drama.
Antara Filem yang akan ditayangkan berjudul MAMA, manakala drama yang mendapat tempat dihati para penonton adalah Dua Takdir Cinta gandingan mantap bersama Fasha Sandha, Zamarul Hisham dan Azar Azmi.
Hasil perkongsian hidup bersama Suhaila Sulaiman yang juga pelakon, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata Fazrick Faizal,16 dan Fazryn Faizal, 13.
baru-baru ini, Pemenang Anugerah Pelakon Drama terbaik 2019 ini berkongsi gambar anak-anaknya. Rata-rata memuji wajah anak-anak saling tak tumpah dengan ibu bapa mereka.
Meruntun Jiwa Bayi Meninggal Dunia Dalam Bas, JKN Sarawak Bertindak Cari Ibu Bapa
Sayu hati melihat wajah seorang ibu memeluk erat anak yang disayangi. Lebih pilu anak itu sebenarnya telah meninggal dunia. Dakapan ibu bagaikan sedang mendodoikan anaknya yang sedang lena diulit mimpi.
Sesiapa sahaja yang melihat video yang tular di facebook pastinya sebak. Wajah ibu tenang namun hatinya sedang duka teramat kehilangan anak yang masih bayi.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Rata-rata wargamaya meluahkan sebak melihat kisah menyayat hati itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Rentetan tukar video berkenaan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak berusaha mengesan ibu bapa bayi yang dilaporkan meninggal dunia di perhentian bas Jelukong, Sri Aman, pada 5 Disember lalu.
Pengarah JKN Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata, ia bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kes itu yang tular di media sosial.
Sehubungan itu katanya, JKN Sarawak memohon agar ibu bapa bayi berkenaan supaya menghubungi pihak kesihatan secepat mungkin bagi membantu siasatan.
“Punca kematian kes masih dalam siasatan dan belum dapat ditentukan, justeru JKN Sarawak berharap orang ramai agar menghormati keluarga mendiang dengan tidak membuat sebarang spekulasi ke atas punca kematian sebelum siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dr Ooi berkata, berdasarkan maklumat awal, bayi berusia tiga bulan itu meninggal dunia di dalam bas ketika dalam perjalanan bersama ibunya dari Kuching ke Sarikei pada 4 Disember lalu.
Menurutnya, ibunya menyedari bahawa bayi itu tidak bernafas ketika mereka berhenti di perhentian bas itu.
Katanya lagi, bayi itu kemudian segera dibawa ke Hospital Betong dan disahkan meninggal dunia apabila sampai ke hospital.
Setelah pemeriksaan fizikal dan radiologi dilakukan, bagaimanapun perbincangan bersama anggota polis dari Balai Polis Skrang, Sri Aman, ahli keluarga bayi dan pihak pengurusan hospital, bedah siasat tidak dilakukan.
Menurutnya, mayat bayi itu kemudian dibawa pulang oleh pihak keluarganya dan disemadikan di perkuburan rumah panjang di Ulu Pakan, Sarikei.
LIHAT VIDEO PENUH
Terdahulu, kejadian yang menyayat hati itu tular pada Isnin lalu dimana seorang wanita mahu membawa anaknya pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dari pekan Julau ke Kuching.
Namun begitu, semasa dalam perjalanannya yang menaiki bas ekspres, secara tiba-tiba anak tersayangnya itu sudah tidak bernafas apabila bas tersebut berhenti di Jelukong Rest Stop.
Terkejut dengan pemergian anaknya, wanita terbabit hanya mampu memeluk erat tubuh dan mengucup dahi bayinya itu tanpa memberi sebarang kata-kata.
Seorang ketua rumah panjang yang kebetulan berada di situ menawarkan untuk membawa mereka ke pusat perubatan Betong. Beliau turut memberikan RM300 kepada wanita itu untuk perjalanan pulang ke rumah.
Video yang dimuat naik oleh Alan Tang dan Jessa Bandang di laman Facebook itu mendapat pelbagai respons daripada warga maya. Ramai yang bersimpati dan tumpang bersedih dengan keadaan yang menimpa si ibu.
Meninjau di ruangan komen, warga maya meluahkan simpati kepada keluarga berkenaan dan menitip doa setelah kehilangan bayi tersayang.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.