HomeInspirasi“Sudi Terima Suami Tidak Memiliki Apa, Teman Masa Susah & Sayang Anugerah...
“Sudi Terima Suami Tidak Memiliki Apa, Teman Masa Susah & Sayang Anugerah Terindah Bagiku.” Ucapan ‘Sweet’ Ebit Lew Buat Isteri Sempena Ulang Tahun Perkahwinan
Selain aktif berdakwah dengan cara tersendiri, Ebit Lew juga sangat terkenal dalam menyantuni isterinya. Setiap kali memuat naik perkongsian, pasti terselit ucapan indah dan sweet buat bidadarinya.
Terbaru, pasangan ini menyambut ulang tahun perkahwinan. Dalam perkongsian di media sosial, Ebit Lew melahirkan rasa syukur dan terharu dikurniakan isteri yang cukup memahami dan juga teman semasa susah dan senangnya.
Selamat ulangtahun perkahwinan bidadariku. Tak tahu nak ungkap bagaimana. Tapi abang lelaki paling bertuah ditakdirkan bertemu dengan bidadari sayang. Dari hari pertama kita bertemu dan saat akad nikah sehingga kini.
Ads
Tanpa sedar sekejap jer masa berlalu. Terasa macam baru semalam bercinta dan setiap hari jatuh cinta padaMu. Setiap hari rasa seperti pengantin baru.
Sudi menerima suami yang tidak memiliki apapun. Sudi teman masa susah dan sama-sama berdakwah dan berjuang di jalan Allah. Orang selalu tanya apa rahsia kekuatan ustaz dalam dakwah.
Ads
Tiada apa melainkan doa ibubapa. Dan kini setiap hari abang memiliki doa dari dirimu bidadariku. Setiap hari tanpa dirimu entahlah bagaimana nak teruskan berdakwah ini.
Ads
Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu. Berilah bidadariku sentiasa sihat,cantik,bahagia, kuat dalam bersama atas cinta sampai syurga. Ya Allah beliaulah kekuatan dan anugerah terindah dan penyejuk mata bagi diriku.
Bidadariku syurgaku. I love u bidadariku. Ya Allah seperti kami bersama dalam dunia berilah kami dapat bersama dalam syurga-ebitlew
www.keluargasunnah.com #keluargasunnahTour
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali perkembangan si kecil Syed Uthman Hamzah dimuatnaik menerusi laman Instagram, pasti mencuri tumpuan ramai.
Anak tunggal kepada arwah Abam Bocey dan Siti Nurhidayah Mohd Ali ini sudah memasuki 3 tahun
Meninjau ke akaun Instagram Ibunya baru-baru ini, dimuatnaik video Hamzah bermain bersama ikan goreng. Kelihatan dia memegang ikan goreng tersebut di dinding dan membuat gaya ikan berenang sambil menyanyi.
Gelagatnya meraih perhatian, rata-rata warganet terhibur dengan . Tak kurang yang memujinya kreatif apabila ikan goreng pun boleh jadi baby shark.
Rupa-rupanya Hamzah gemar bermain dan tidak takut memegang ikan yang masih hidup hanya menggunakan tangannya.
Kisah geng pelajar ini pernah tular suatu ketika dulu yang pernah meraih jualan sebanyak RM19,000 dalam masa lima hari sahaja dengan bergantung pada pemasaran dari pintu ke pintu sekaligus menjadi inspirasi ramai.
Selepas 2 tahun, salah seorang dari geng pelajar ini telah berkongsi perkembangan perniagaan mereka. Ahmed Amzar Airil Ahmed Mazdan berkata, sambutan yang menggalakan ketika berniaga dari asrama di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas telah menaikkan semangatnya untuk terus menjana pendapatan sampingan.
Beliau yang kini menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Petani di Kedah berkata,
“Kali kedua jual baju dengan lebih 900 tempahan, kami meraih jualan sebanyak RM25,000 dalam masa seminggu. Waktu itu kami tidak lagi guna kaedah dari pintu ke pintu.
“Sebaliknya, kami berkolaborasi dengan pelajar-pelajar yang nak cari duit poket lebih. Kita bantu mereka buat duit, setiap baju yang mereka dapat jual ada komisen. Kiranya mereka macam jadi ejen kami buka tempahan,”
Semasa semester pertama pengajian pada awal 2022, pemuda berusia 21 tahun yang lebih mesra disapa Amzar ini berkata, dia dan pelajar lain masih perlu mengikuti kelas secara dalam talian dari rumah.
“Apabila kembali ke universiti pada semester kedua, saya tengok dulu persekitaran kolej sebelum jual baju. Kaji pasaran macam mana dan cara serta gaya hidup para pelajar.
“Saya kemudian mengasaskan satu pasukan yang diberi nama Axisto, terdiri daripada tujuh ahli iaitu empat pelajar lelaki termasuk saya dan tiga pelajar perempuan yang terdiri daripada pelajar di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.”
Bercerita mengenai rakan sepasukannya yang sebelum ini turut mengusahakan bisnes baju bersamanya ketika belajar di matrikulasi iaitu Danish Aiman Ahmad Rizal, Amzar berkata dia menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah tetapi masih meneruskan jualan di sana.
Mengubah kaedah jualan, Amzar yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa itu berkata, pembelian kini boleh dibuat menerusi laman web rasmi mereka.
“Sekarang ni boleh pakai jersi tapi berkolar ke kelas, jadi kami memastikan design lebih cantik untuk menarik lebih ramai pelajar memakainya.”
“Jualan baju yang tertinggi adalah kira-kira RM130,000 melibatkan 1,500 tempahan, dalam tempoh kurang 24 jam,” kata anak kelahiran Bachok, Kelantan itu.
Tambahnya lagi, dengan tujuh rekaan baju setakat ini, perniagaan mereka telah mencatatkan jualan keseluruhan lebih RM250,000.
Menariknya, kata Amzar, pelanggannya bukan sekadar pelajar UiTM dari seluruh negara, tetapi juga alumni universiti itu dan mereka yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) lain.
“Ada juga yang sudah bekerja membeli, katanya dia bukan pelajar tapi suka cara kami berniaga. Ada juga yang bukan pelajar UiTM seperti pelajar politeknik pun berminat.
“Selain menaikkan penjenamaan UiTM, kami juga bercadang untuk memperkenalkan Axisto sebagai satu jenama. Ia sempena setahun penubuhannya pada April depan,” katanya sambil menambah mereka juga mahu memperkenalkan jaket dan hoodie, selain jersi berkolar.
Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, mereka tidak lari daripada komen-komen negatif namun memilih untuk menumpukan aura positif dalam perniagaan.
“Cabarannya adalah mulut orang, mereka kata jual baju bolehlah ramai pelajar nak beli. Bagi saya ia bukan isu, yang penting kita kena bijak fikir dan rajin ambil peluang.
“Buktinya, ada bukan pelajar UiTM dan yang bergelar pekerja pun berminat untuk membeli baju-baju kami. Pesanan saya, fokus untuk lima tahun akan datang, insyaAllah kita akan usaha betul-betul untuk capai apa yang kita nak.
“Nanti apabila masing-masing dah tamat pengajian, kami tetapi satu pasukan untuk Axisto. Mungkin setiap UiTM nanti akan ada team Axisto.
Mengakhiri perbualan, Azmar berkata dia bercadang untuk mengusahakan bisnes baju Melayu pada masa akan datang.
“Bagi saya, apabila pakai baju Melayu, saya rasa sesuai dan nampak handsome, jadi kenapa tidak menjuanya sebagai satu jenama,” katanya.
Apa yang menyelerakan agaknya untuk hidangan tengah hari? bila mengikut selera masing-masing mungkin banyak pilihan kan. Apa kata hari ini ibu-ibu cuba buat resipi Sup Daging pula.
Simple je tapi rasanya sedap macam makan di kedai. Yang penting bahan asas untuk menyedapkan resipi ini kena ada. nak tahu apa dia jom baca perkongsian dari puan Nik Hakimah ni. Selamat mencuba!
saya nak share buat Sup Daging ala kedai tomyam zero failure. Sesuai untuk yang baru belajar masak. Jangan risau. Saya dulu pun tak pandai. Puas bubuh segala rempah apa bagai tetap tak macam sup kat kedai tomyam siam tu.
Lepas tu saya makan kat rumah mak saya. Ada hint rasa yang sama. Apa lagi. Korek ilmu la…
Caranya lihat di bawah:
Mula2 rebus daging yang dah dipotong2. Besar kecik tu belakang kira. Tak payah pikir urat ke apa. Lebur je. Ni guna sepeket daging frozen. Saya gunakan pressure cooker.. Ala. Pressure cooker yang berbunyi scary bila tgh masak tu. Kejap jela. Kalau rebus periuk biasa lama lah sikit. Bila dah siap rebus, campak je 2biji kentang size kecik yang dah dibelah 2. Kalau besar sebiji cukup belah lah 4.
Dalam kuali yg lain, tumis serai 1 batang (dititik), bawang merah 3ulas, bawang putih 3ulas,halia 2inchi, sup bunjut. Saya belasah je bawang besar. Semalam pi beli bawang, bawang dah la mahal. Bawang merah pun habis stok. Alahhh.. Balun je.
Sampai dia caramelised begini ha. Hangus2 sikit tu sedap. Pastu tuang je masuk periuk daging tadi, on pulak api daging.
Ha. Inilah rahsianya. Perencah sup siam. Ha. Letakkk..
Rebus lah sampai kentang empuk, letak tomato belah 4, batang saderi (tak letak sbb tak ada, orang econsave semalam lambatnyaaa restock barang), garam dan sedikit air limau nipis… Ha. Yg tu pun rahsianya juga. Kalau nak pedas time ni la masuk cili api ketuk je.
Tabur daun sup. Mahaplah kurang fresh daunnya. Siap. Memang rasa macam kat kedai siam tu ha.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...