Hidup ini penuh dengan ujian, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Jika sebelum ini ramai mengetahui kisah keluarga Khairul Abdullah atau lebih dikenali sebagai Super Daddy yang sering berkongsi kisah hidupnya membesarkan tiga anak lelaki setelah isteri tercinta pergi selamanya akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ sejak beberapa tahun yang lalu di laman sosial facebook miliknya.
Ketabahan bapa tunggal ini sering menjadi sumber inspirasi buat yang lain. Sungguh, ramai akui untuk membesarkan anak-anak bukanlah perkara mudah, apatah lagi anak sulungnya Khaleef sebelum ini disahkan autism.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, sebagai seorang bapa beliau cukup tabah melalui detik-detik sukar dalam hidupnya demi membesarkan permata hati dengan sebaik mungkin.
Terbaru beliau berkongsi sekeping gambar anak sulungnya terbaring di atas katil hospital dengan wayar yang berselirat. Melihat keadaan ini sudah membuatkan hati kita tersentuh dan berasa hiba, apatah lagi jika berada di tempat beliau.
Khaleef ada sakit jantung.
Aku tarik nafas panjang-panjang dengan mata berkaca. Doktor hulur tisu, aku buka spek dan lap kuat-kuat, biar berhenti terus. Aku nak kuat, nak buang jauh rasa lemah, rasa sedih.
Macamana nak bagitau budak kecik tu yang dia ada penyakit, doktor nak bedah dia, nak repair aorta dia yang sempit tu.
Dia mengidap “Coarctation of the aorta” sejenis defect pada aorta sejak kecil lagi. Birth defect kata doktor.
Saluran aorta yang menghantar darah dan oksigen ke bahagian bawah badan tu sempit sangat, jadi banyak darah kekal di bahagian atas dan bagi tekanan yang kuat.
Jadi kena buat pembedahan untuk betulkan saluran tersebut.
Ohhh, dia juga mengidap “Bicuspic aortic valve” yang mana injap yang sepatutnya 3 ada 2 sahaja. Kurang satu daripada orang normal. Jadinya dia terdedah kepada risiko kegagalan jantung.
Alhamdulillah. Aku redha.
Aku duduk dan slow talk dengan dia.
Aku cerita dengan details kondisi dia. Aku google tunjuk semua gambarajah berkaitan jantung dia. Aku cerita rawatan apa yang boleh dibuat, aku juga cerita semua risiko.
Dia menangis.
Sakit tak bedah tu? Nanti baik kan? Tak sakit kan? Aku yakinkan dia aku akan buat sehabis daya aku untuk bagi dia tak rasa sakit langsung, bagi dia sihat.
“Why things always happen to me?”
“Ini ujian. You’re special, orang special tak akan sama macam orang lain.”
Macam-macamlah aku reason out dengan dia. Aku suruh dia redha. Macam dia redha bila tuhan ambil balik mak dia harii tu.
Dia faham dan dia ok.
Dia cuma tanya bila nak bedah, dia nak balik rumah, dia rindukan adik-adik dia. Aku cakap aku usahakan secepat mungkin.
Ohhh, insurans tak cover penyakit yang sejak lahir ni. So aku kena termenung dulu sekejap dan lepas tu kena cari option lain yang ada.
Nanti nak call IJN, nak tanya macamana.
Tadi semua nurse dan doktor suruh aku rehat setiap kali datang masuk bilik. Teruk sangat dah nampaknya depa tengok muka aku ni.
“You look so tired, please have a good rest sir.” Kata nurse.
“Sorry because of the news about your kid. Let us know if we can help.” Kata doktor.
Yer, tidur entah ke mana memikirkan sakit anak.
Special betul anak aku si Khaleef ni.
Sudahlah Autism tambah dengan ADHD lepas tu siap pakej sakit jantung lagi.
Alhamdulillah. Ujian untuk kami anak beranak.
I love you kiddo.
Will do anything and everything for you.
Even if I have to sell my soul.
Meninjau di ruangan komen di atas perkongsian ini ramai yang tersentuh hati dan tidak putus-putus mendoakan agar Khaleef segera sembuh. Malah tidak kurang juga memberi kata-kata semangat kepada Encik Khairul Abdullah agar terus tabah dan reda dalam menerima ujian dan turut didoakan agar dipermudahkan segara urusan untuknya.
Sumber : Khairul Abdullah
ARTIKEL MENARIK : Rupanya Kena ‘Unlinked’ Akaun Tabung Haji Dengan Mybank2U, Elak Duit Hilang Angkara Scammer!
Baca Ini Juga :Main Kon Tersangkut Di Kepala, Anak Darjah 4 Terpaksa Tahan Sakit 30 Minit!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club