“Sudah Hujung-Hujung Kan…” Beri Bayangan Tarikh Kelahiran Zuriat, Neelofa Kini Jalani Sesi Fisioterapi

Share

Usahawan dan juga selebriti terkenal, Neelofa kini sedang menjalani sesi fisioterapi sebagai persediaan kelahiran bayi sulungnya.

“Sudah Hujung-Hujung Kan…” Beri Bayangan Tarikh Kelahiran Zuriat, Neelofa Kini Jalani Sesi Fisioterapi“Sudah Hujung-Hujung Kan…” Beri Bayangan Tarikh Kelahiran Zuriat, Neelofa Kini Jalani Sesi FisioterapiPerkongsian tersebut dimuatnaik sendiri isteri kesayangan PU Riz menerusi InstaStorynya. Sekali gus memberi bayangan tarikh kelahiran zuriat sulungnya bakal tiba tidak lama lagi.

“Saya kini dalam perjalanan untuk hadir ke sesi fisi0terapi yang dilakukan dua kali seminggu.

“Sudah hujung-hujung kan (bakal melahirkan). Semoga dapat membantu,” tulisnya lagi.

Difahamkan, senaman fisi0terapi sangat berguna bagi setiap wanita hamil dan membantu mengurangkan serta memperbaiki posisi badan selain mengurangkan sakit belakang serta keletihan sepanjang tempoh kehamilan.

Sebelum ini berita kehamilan bekas pengacara Meletop hasil perkahwinan bersama  PU Haris Ismail hangat diperkatakan dalam media sosial.

Empunya diri bagaimanapun tidak mengeluarkan sebatang kenyataan. Namun berita tersebut sahih usai peguamnya mengumumkan perkara tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

ARTIKEL MENARIK: “Saya Terima Dengan Sabar, Reda & Syukur.” Nora Ariffin Selamat Bergelar Isteri, Sahabat Arwah Suami Jadi Pilihan!

ARTIKEL POPULAR: “7 Tahun 7 Kek Birthday. Pengsan Mak Hang.” Che Ta Penuhi Hajat Aaisyah Sempena Hari Lahir. Mak & Anak Lawa, kek Pun Cantik!

“Mak Paling Happy Saya Rasa.” Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan, Warganet Titip Tahniah!

BACA INI JUGA : Rupanya Ini Rahsia Rambut Orang Arab Lebat & Bebas Masalah Kelemumur. Guna Bahan Di Dapur Je. Ini Petuanya!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club