Kalau ditanya apakah hidangan waktu petang yang paling sedap untuk dinikmati bersama keluarga, pastinya ramai yang memilih apam balik rangup. Di kombinasi pula dengan teh o panas, pasti terasa nikmat menikmatinya.
Namun tak ramai peniaga yang mampu membuat apam balik dengan rangup. Ada yang hanya rangup ketika panas sahaja sudahnya lembik bila ianya sejuk.
Bagi seorang peniaga, Muhammad Puzee Mat Ajid yang telah berniaga kuih tradisional ini sejak 25 tahun yang lalu, apam balik buatannya digemari kerana ianya sedap dan rangup walaupun telah sejuk.
Dan yang paling menarik, walaupun sudah lama berniaga, Puzee masih mengekalkan harga bagi setiap apam balik ini iaitu 50 sen.
Puzee berkata pulangan yang diraih mungkin tidak seberapa tetapi apa yang lebih penting kepadanya adalah dia dapat menderma sambil berniaga.
“Niat utama saya untuk membantu mereka yang kurang bermampuan dalam keadaan ekonomi mendesak hari ini.
“Rezeki ni Allah dah tetapkan, jadi tak perlu risau yang kita akan jatuh miskin kalau kita bersedekah,” ujar Puzee yang berniaga di Pantai Remis, Perak.
Peniaga berusia 63 tahun itu berkata walaupun dia bermurah hati dalam memberi, kewangannya dirasakan sentiasa mencukupi dan berkat daripada itu dia mampu membesarkan enam anaknya.
Perniagaan apam balik itu diambil alih daripada abangnya dan Puzee menyediakan apam balik itu setiap hari.
Anak watan Kampung Sungai Batu, Perak itu berkata proses penyediaan melibatkan pengulian 10 kilogram (kg) tepung dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan kira-kira 1,000 keping apam balik.
Ads
“Pada awalnya, saya meletakkan harga tiga keping apam balik RM1, kemudian menjadi lima keping RM2 dan terakhir sekeping 50 sen agar pelanggan mampu beli.
“Saya cuma mahu membantu pelanggan yang sempit kewangan, untung belakang cerita kerana saya percaya pada kekuatan rezeki dan sudah ada bahagian yang tersedia untuk saya,” katanya.
Puzee membuka gerainya setiap hari kecuali Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.
Sementara itu, seorang pelanggan tetap bernama Meredayu Naim berkata kerangupan tekstur apam balik itu adalah apa yang menjadikannya ia unik.
“Jika balik ke Pantai Remis saya pasti singgah ke gerai Pakcik Puzee sebab anak saya amat gemarkan apam balik beliau, rasa sedapnya lain dari yang lain, masih rangup walaupun sudah sejuk,” ujarnya.
Ads
Manakala bagi Maisarah Zainul Abidin, 33, dia memuji usaha yang dilakukan Puzee untuk mengekalkan harga apam balik 50 sen sekeping dan wajar menjadi contoh kepada peniaga lain.
“Harganya memang murah sebab rata-rata yang saya tengok peniaga jual pada harga RM1 atau 70 sen sekeping. Saya rasa memang berbaloi kalau beli banyak.
“Selain dari harganya yang murah, saya juga memilih untuk membeli apam balik dari Puzee kerana dia sangat peramah dan pandai menjaga hati pelanggan,” katanya.
Baru-baru ini, di laman TikTok, seorang wanita bernama Siti Nur Ahmad yang merupakan pemilik stesen minyak di Pendang Kedah telah mendedahkan bahawa dia menerima sampul misteri berisi wang RM1000 pada hari Ahad lalu.
Kandungan sampul itu amat mengejutkan dan pengirimnya adaah bekas pekerja di stesen minyak itu.
Pengirin talah menceritakan kesalahan yang pernah dilakukan dan ingin mengganti semula semua wang yang telah di ambil.
“Cara dia ambil duit itu saya tak dapat ceritakan lanjut, tapi sewaktu dia kerja dulu dia pernah ambil duit dan barang-barang.”
Jelas pemilik stesen minyak ini lagi, dia menganggap kejadian ini sebagai lumrah dalam dunia perniagaan dan berharap kisah tersebut menjadi inspirasi kepada orang luar agar bekerja dengan amanah.
“Sejujurnya saya terkejut dengan kiriman sampul ini. Mungkin pelaku rasa bersalah, dulu masa dia buat kesalahan , dia masih muda. Baru lepasan SPM, tak matang lagi.”
“Sekarang mungkin dia dah berjaya, dia boleh fikir kesilapan yang pernah dibuat dan mahu tebus semula. Mungkin dia menyesal dengan tindakannya dulu.”
“Iyalah sebab duit ini akan menjadi darah daging dan akan di soal di akhirat kelak. Insya Allah, saya halalkan kepada staff ini atas apa yang berlaku dulu.”
Siti turut berpesan kepada orang di luar sana agar sentiasa berpegang pada amanah dalam menjalankan tugas masing-masing.
“Kita kena ada sifat amanah dan tanggungjawab untuk berjaya pada masa depan. Kena percaya yang rezeki Allah it luas. Rezeki yang halal dan berkat ini sangat penting sebab ia akan jadi darah daging.” Jelas Siti yang telah mengusahakan stesen minyak tersebut sejak 13 tahun yang lalu selepas mengambil alih operasi dari ayahnya yang telah membukanya 37 tahun yang lalu.
Hajat seorang kanak-kanak yang menghidap sakit vasculopathy cirrhosis occlusive untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pembedahannya akhirnya termakbul.
Dalam pertemuan tersebut, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Farzana itu telah di ajar doa Afiyah oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim @stevensimck, Anwar sedang menulis doa dan kata-kata semangat di atas sebuah buku untuk diberikan kepada adik Farzana.
Menelusuri ke ruangan komen, warganet meluahkan rasa sebak melihat layanan Anwar yang begitu merendah diri dan mendoakan semoga adik Farzana diberi kesembuhan.
“Semoga Allah bagi adik Farzana kesembuhan.
“Masya-Allah, untung rakyat Malaysia ada Perdana Menteri macam ni.
“Berjawatan paling tinggi dalam sesebuah negara tidak hilang sifat seorang ayah yang prihatin, belas ihsan, ikhlas, dan jujur,” tulis netizen.
Memiliki ruang dapur yang luas menjadi idaman buat ibu-ibu. Terasa aura menenangkan sambil memasak untuk keluarga. Sebab tu, dapur antara ruang kegemaran ibu-ibu kan. Apa tidaknya, di sinilah diletakkan pelbagai koleksi pinggan mangkuk dan kuali serta barangan dapur.
Bagi yang rajin dan kreatif tak perlu nak upah tukang jika mahu mendeko ruang dapur. Misalnya saudara Mizee Abu Bakar menerusi page Tukang Apa Hari Ini berkongsi idea membina table top.
Menurutnya sebelum ini ruangan tersebut kosong dan hanya mempunyai singki biasa pada tingkap sahaja.
sebelum dibina table top.
Namun selepas 80 peratus siap, table top tersebut dilihat begitu kemas dan ekslusif. Ditambah dengan hiasan pada dinding, dan kombinasi warna pada binaan tersebut membuatkan dapur nampak eksklusif dan mewah. Alhamdulillah 80% siap, DIY table top c channel..biase duk tgok kitchen cabinet yg gempak2 dlm ni, sy cara B40 jelah.
Tambhnya lagi, modal untuk projek tersebut kira-kira RM500 bagi menyiapkan projek tersebut.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.