“Sudah 15 Jam Saya Cari..”- Bapa Mangsa Risau & Mohon Anaknya Dapat Diselamatkan!

Share

Ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali, seorang bapa terus cekal menunggu perkhabaran berhubung seorang anaknya yang dikhuatiri masih hilang dalam tragedi yang terjadi pada pagi Jumaat lalu.

“Saya risau, sudah 15 jam saya cari anak lelaki saya, saya masih tidak dapat mengesan lokasi dia lagi,” kata seorang ayah kepada mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, di sini.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 60, dua anaknya menyertai perkhemahan itu, namun pemeriksaan di beberapa hospital mendapati hanya anak perempuannya ditempatkan di Hospital Selayang di Batu Caves, Selangor dan sedang menjalani rawatan.

“Saya dimaklumkan oleh beberapa individu yang berada di tempat kejadian, anak lelaki saya dibawa naik ambulans namun saya tidak pasti keadaan dia sebenarnya.”

 

Periksa 3 Hospital

Choo memberitahu, sejak menerima panggilan kira-kira pukul 8 pagi Jumaat, dia bergegas ke Hospital Selayang, Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Sungai Buloh untuk memeriksa jika anak-anaknya ditempatkan di hospital itu.

“Yang satu belum tahu lagi, tidak tahu selamat atau tidak. Saya risau belum jumpa dari pagi sampai sekarang (pukul 11 malam). Saya harap dia selamat,” ujarnya.

Setakat pukul 11 malam, 16 mayat tragedi tanah runtuh dibawa ke Hospital Sungai Buloh dengan lima daripada mayat itu tiba menaiki trak polis pada pukul 7.52 malam.

 

Lima lagi mayat yang ditemukan pada malam Jumaat difahamkan akan dibawa ke hospital sama namun tidak dapat dipastikan waktu sebenar.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih lagi diteruskan setakat pukul 11 malam tadi.

Sumber : Astro Awani

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club