Prihatin dengan ibu bapa yang mempunyai anak autisme, kerajaan memperuntukkan pemberian subsidi bagi kanak-kanak autisme yang bakal atau sedang mengikuti pembelajaran di Pusat Pembelajaran Autisme dan Terapi Bertauliah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima peruntukan di bawah Dasar Bajet 2025 untuk memberikan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme kepada 30,000 kanak-kanak. Pemberian subsidi yuran ini sudah semestinya bagi mengurangkan beban ibu bapa.
Permohonan subsidi yuran ini telah dibuka bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2025 dan berikut merupakan syarat serta cara untuk memohon.
Untuk pengetahuan anda, jumlah bantuan yuran pembelajaran ini akan diberikan secara one-off iaitu sebanyak RM500 dan TIADA HAD untuk bilangan kanak-kanak autisme dalam satu keluarga untuk memohon. Syarat permohonan adalah seperti:
1.IBU BAPA / PENJAGA
-Warganegara Malaysia
-Pendapatan perkapita tidak melebihi RM2000 isi rumah*** (rujuk contoh pengiraan pendapatan perkapita di bawah)
-Kanak-kanak autisme pemegang kad OKU JKM yang berusia di bawah 18 tahun
–Kanak-kanak autisme mengikuti terapi / Early Intervention Program di Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Austisme yang bertauliah
2.PUSAT PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISME
-Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
Melaksanakan program pengesanan awal OKU Autisme dan mempunyai elemen terapi pembelajaran / percakapan / kerja / keperluan autisme
*** Contoh Pengiraan Pendapatan Perkapita
-Contoh : Pendapatan Isi Rumah RM8500, ahli keluarga 5 orang.
-Cara kiraannya adalah RM8500 ÷ 5 orang = RM1,700
-LAYAK menerima subsidi
Borang Permohonan dan Garis Panduan boleh didapati melalui laman portal www.jkm.gov.my atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah / Bahagian / Jajahan yang berhampiran.
PANDUAN PEMOHON
1.Ibu bapa isi borang permohonan.
2.Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme isi borang, mengumpul borang permohonan ibu bapa dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan / Cawangan berhampiran.
3.Menunggu proses kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Telefon : 03- 8323 2484 / 03-8323 2476 (waktu pejabat)
Emel : bhg_oku@jkm.gov.my
Facebook: Jabatan Kebajikan Masyarakat