Patutlah Dia Menangis Teresak-Esak, Rupanya Dah Lama Simpan Hasrat Nak Belajar Solat. MasyaAllah, Moga Hidayah Milikmu!

Share

Hidayah itu milik Allah. Tidak kira umur mahupun pangkat serta darjat, andai Allah mahu membuka hati, tiada apa yang dapat menghalangNya.

Ini yang terjadi kepada seorang lelaki bukan Muslim yang ingin belajar cara solat.

Video ini diambil ketika program Mosque Open Day yang diadakan di Masjid Sekyen 7, Shah Alam baru-baru ini.

Nampak dari perlakuannya, pak cik ini tidak dapat menahan sebak apabila dapat belajar solat. Walaupun dia belum memeluk Islam, namun tidak mustahil suatu hari andai dibuka pintu hidayah untuk dia. Sama-sama kita doakan.

Jom tonton bersama video tersebut:


Pak cik ini berketurunan Vietnam beragama Buddha mohon ingin ditunjuk dan mengikut cara solat. Alhamdulillah melalui program Mosque Open Day Aidilfitri ini beliau berpeluang dapat ikut sama belajar solat di dalam ruang solat masjid mungkin dah lama menyimpan niat nak mendalami Islam dan bersolat.

Subhanallah, lepas selesai sahaja beliau terus menangis teresak- esak, bagai tak dapat dibendung lagi perasaan syahdu beliau, terasa tenang dan dekatnya dengan sang pencipta, kita doakan insyaAllah hidayah Allah mengetuk pintu hatinya dan husnul khatimah.

Allahu Akbar begitu bertuah sahabat yang sudi mengajar beliau bersolat moga jadi asbab untuk beliau memeluk agama Islam. Kredit pakcik Noli yang banyak melakukan kerja dakwah bersama.

Sumber:Hidayah Centre Foundation