Meruntun jiwa melihat kasih sayang seorang kanak kepada adik-adiknya. Tidak pernah berkira untuk menguruskan adik ketika ketiadaan bapa keluar mencari rezeki, kanak-kanak ini mendapat perhatian warganet.
Perkongsian kisah hidup anak ini tular setelah seorang aktivis masyarakat, @salwanaidin di akaun TikTok berkongsi sebuah video yang memaparkan kasih sayang adik beradik ini di Sabah. Beliau yang datang menziarahi keluarga berkenaan untuk mengagihkan bantuan pek daging korban tersentuh hati melihat situasi itu.
Melihat keadaan rumah serba sederhana, kanak-kanak perempuan ini tidak kekok melayani adik-adiknya. Melihat dia memasak daging dan menyuapkan ke mulut adik-adiknya begitu bersahaja. Siapa sangka pada usia sebegini telah mampu berdikari.
Lebih menyedihkan lagi apabila mereka baru sahaja kehilangan ibu tersayang akibat keguguran. Menurut Salwa, mereka masih mempunyai ayah yang bekerja sebagai seorang nelayan dan ibu saudara yang menjaga mereka.
Alhamdulillah. Merasa juga mereka daging qurban.
Video berdurasi 44 saat itu meraih lebih 26 ribu tontonan dan mendapat lebih 3 ribu tanda suka.
Plasenta atau uri yang berada pada kedudukan tidak normal sememangnya mengundang bahaya kepada ibu hamil. Malah beberapa risiko lain turut memberi masalah kepada ibu. Kenal pasti risikonya.
Ada beberapa kriteria plasenta tidak normal yang boleh mengundang bahaya kepada ibu iaitu:
1. Uri melekat (retained placenta)
Tanda dan risiko:
a. Ketiadaan tanda-tanda plasenta sudah lekang selepas 30 minit menunggu.
b. Pengalaman lepas, ibu pernah mengalami masalah plasenta melekat.
c. Pernah menjalani pembedahan Ceasarean sebelum ini.
d. Pernah menjalani D&C.
e. Mempunyai anak ramai.
f. Kandungan kembar.
g. Kehamilan lewat usia.
Cara menanganinya:
Ibu perlu dibius. Seterusnya doktor akan cuba membuat MRP dengan memasukkan seluruh tapak tangan ke dalam rahim dan hujungnya akan digunakan untuk mengikis permukaan uri yang melekat di dinding rahim.
Doktor akan mengeluarkan plasenta sepenuhnya atau sedikit demi sedikit (serpihan).
Bagaimanapun terdapat risiko dengan cara ini iaitu:
– Uri tidak dapat dikeluarkan sebab tertanam di dalam lapisan otot dinding rahim. Ia dikenali sebagai acretal/percreta. Boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Doktor akan memberikan ubat methtrexate untuk mengecutkan sel-sel plasenta supaya ia keluar sendiri atau melalui pembedahan histeraktomi (buang rahim) terutama kepada pesakit yang sudah cukup bilangan anak atau lewat usia.
– Serpihan uri tidak lengkap. Mungkin doktor akan melakukan D&C untuk mencuci hingga rahim bersih.
– Berlaku jangkitan.
– Luka pada dinding rahim (perfocation) tetapi jarang berlaku.
2. Uri di bawah (placenta previa)
Lokasi plasenta di bawah ini boleh disahkan selepas usia kandungan 8 bulan melalui pemeriksaan ultrasound. Tanda-tanda masalah ini ialah:
-Pendarahan yang tidak sakit pada trimester pertama kehamilan.
-Kedudukan bayi yang tidak normal seperti melintang atau menyongsang.
Jenis-jenis plasenta previa: Minor – Tidak menutupi keseluruhan rahim. Wanita ini mempunyai peluang untuk bersalin normal. Tetapi jika berlaku pendarahan, pembedahan Ceasarean perlu dilakukan.
Major – Uri menutupi keseluruhan rahim. Pembedahan Ceasarean perlu dilakukan. Antara risikonya termasuk pendarahan banyak, kelahiran kecemasan dan kelahiran pramatang.
3. Uri lekang (abraptio placenta)
Plasenta lekang daripada tempatnya sebelum bayi dilahirkan. Biasanya berlaku semasa trimester ketiga kehamilan atau sewaktu kontraksi. Antara tanda-tandanya:
– Pendarahan yang banyak berbanding darah biasa diiringi dengan kesakitan.
– Denyutan nadi anak semakin menurun kerana dia cemas.
– Kes-kes ekstrem, degupan jantung anak tidak dapat dikesan menyebabkan dia lemas. Kadangkala masalah ini berlaku pada ibu yang mempunyai darah tinggi, bersalin kembar, kembar air (ketuban banyak) dan ibu yang mengamalkan urutan untuk membetulkan kedudukan plasenta atau bayi.
Jika doktor mendapati bayi masih hidup dan pintu rahim masih terbuka, pembedahan Ceasarean akan dijalankan. Jika pintu rahim sudah terbuka dan bayi masih stabil, doktor akan membenarkan ibu bersalin normal. Kalau bayi sudah meninggal pun, ibu tetap perlu bersalin normal.
4.Serpihan plasenta tertinggal (retained placenta tissue)
Boleh berlaku sejurus kelahiran bayi atau selepas ibu pulang ke rumah. Antara tanda-tandanya:
– Darah nifas yang banyak dan tidak berkurangan diiringi dengan ketulan darah yang banyak.
– Rengat yang berterusan dan teramat sakit.
– Darah nifas berbau menunjukkan jangkitan sudah berlaku.
Doktor akan mengesahkan terdapat serpihan plasenta tertinggal melalui pemeriksaan ultrasound. D&C akan dijalankan bagi membersihkan rahim dan kikisan serpihan plasenta akan dihantar ke makmal untuk mengesahkannya.
Apakah semua kes serpihan plasenta perlu menjalani D&C?
Hal ini bergantung pada serpihan yang tertinggal. Jika tidak banyak pendarahan, doktor akan memberi antibiotik dan serpihan akan keluar bersama darah nifas.
Adakah masalah serpihan plasenta tertinggal boleh dielakkan?
Hal ini merupakan satu kontroversi di kalangan pakar perubatan. Doktor dapat mengeluarkan plasenta sepenuhnya tetapi masalah selaput plasenta masih tertinggal masih boleh berlaku.
Masalah plasenta succencuriate lobe yakni tertinggal serpihan daging tambahan plasenta yang tidak diketahui oleh doktor boleh membawa kepada pendarahan yang banyak selepas pulang ke rumah. Bagaimanapun masalah ini jarang berlaku.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teka teka sejak minggu lepas akhirnya terjawab setelah adik kepada Ayda Jebat iaitu Fyna atau nama sebenar, Nur Syafinaz Jebat, 29 akhirnya mengakui telah bergelar isteri kepada jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan, 61 yang juga ekas pengendali Penang FC dan Melaka United.
“Alhamdulillah, saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak. Harap doakan saya dan keluarga.”
Memetik laporan Harian Metro, Fyna Jebat bagaimanapun tidak dapat mengulas butiran terperinci mengenai majlis pernikahannya itu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SUAMI BERI SOKONGAN
Namun katanya, penyertaan dalam rancangan Famili Duo mendapat restu suaminya.
“Apa yang saya boleh beritahu, suami beri sokongan untuk saya memasuki Famili Duo.”
Fyna menjelaskan hal berkenaan setelah ditemui pada sidang media selepas persembahan konsert mingguan Famili Duo yang berlangsung di Plaza Alam Sentral.
Sementara itu, Ayda pula berkata, dia berasa lega dengan pendedahan adiknya itu kepada pihak media.
Untuk rekod, jurulatih berkenaan berkahwin kali pertama pada 1980-an dan dikurniakan tiga anak. Zainal Abidin cukup terkenal sebagai penyerang skuad kebangsaan era 1980-an dan 90-an yang membantu Malaysia meraih pelbagai kejayaan.
Resipi Asam Pedas Cara Orang Pantai Timur, Guna Ikan Kerisi Kalau Nak Lagi Sedap
Asam pedas memang sedap dimakan bersama nasi panas, ikan masin, telur masin, sambal mangga dan ulam-ulaman. Memang membuka selera. Selain ikan kerisi, menu ini juga boleh juga menggunakan ikan tenggiri dan ikan patin.
Jika nak guna ikan kembung pun tiada masalah. Memang sedap. Jom cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nurul Afidah Catalyst ini.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN KERISI
BAHAN-BAHAN:
4 ekor ikan kerisi saiz sedang
5 keping asam keping (boleh ganti air asam jawa) – beli online disini
Daun kesum
Bunga kantan – belah 2
Bendi – jika ada
Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit (boleh ganti serbuk kunyit)
1/4 inci lengkuas
3 tangkai cili kering yang direbus (cili kisar pun boleh)
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan kisar dan haluskan dengan mengisar bersama air.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama asam keping dan bunga kantan. Biarkan sehingga air mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesum, tambah air mengikut kepekatan yang kita mahu.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa dengan secukupnya. Bila ikan sudah masak, boleh tambah bendi.
5. Asam pedas ikan kerisi siap untuk dinikmati. Enak dihidang bersama sambal pauh.
Kredit resipi & foto: Nurul Afidah Catalyst
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...