Setiap wanita yang mengandung tidak sama alahannya. Ada yang biasa-biasa sahaja dan boleh menjalani kehidupan tanpa sebarang masalah. ada yang alahan teruk sehingga terpaksa ditahan di wad.
Namun bagi wanita ini berbeza. Dia berkongsi perubahan yang berlaku pada dirinya ketika mengandungkan anaknya yang ketiga.
Menurut Nor Sahira II dia mengalami perubahan yang teruk sewaktu usia kandungannya tiga bulan yang mana kulit wajahnya menjadi sembap, bengkak dengan berkedut hitam.
Perubahan tersebut lama-kelamaan kembali pulih usai dia melahirkan anaknya. Ikuti kisah ibu ini yang dimuat naik di dalam facebooknya.
Maaf terlalu banyak yg pm tentang gambar yg sy up dekat story. Saya jawab dekat sini yer. Tk larat nak balas 1.1
Ads
Muka saya berubah teruk masa mengandung 3 bulan anak ke3 .
Muka saya siket² naik bengkak + sembap + berkedut + hitam . Awak semua terkejut . Saya berlipat kali ganda terkejut . Tak pernah pembawakkan budak seteruk nie .
Ads
Masa mengandung , hari² stress , nak berdepan dengan org ramai. Sy cuma mampu senyum , tapi dalam hati , hancur lebur.
Ads
Tapi lepas bersalin , siket demi siket semUaNya hilang. Bengkak mula surut , hidung beso mula elok, kulit makin cerah . Jangan tnya pakai produk ape.
Sy tkpakai pape . Yer ramai kata , terlalu berbeza. Mcm org tua , macam nenek , sy tkblh menidakkan. Sbb mmg itu yg jadi dekat sy .
Alhamdulilah. Syukur kehadrat ilahi. SegalaNya dah back to normal. Terima kasih pada suami Pendekar Laut yg sentiasa puji sy cantik, wlupn sy tahu sebalikNya. Dia nak sedapkan hati isteri dia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hati mana yang tidak sebak mendengar khabar duka apabila banjir besar yang melanda negara sejak Sabtu lepas.
Selepas pasca banjir, rata-rata di media sosial kisah duka saban hari dikongsikan oleh mangsa banjir. Pelbagai usaha bantuan kerjaaan dan NGO dan persendirian yang diberikan kepada yang terlibat termasuk sumber kewangan, makanan serta khidmat cuci rumah.
Cakna kesukaran rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertindak tegas dengan mengarahkan barisan kabinet menteri yang sedang bercuti dan berada di luar negara supaya segera pulang ke Malaysia untuk bersama rakyat dalam waktu sukar ini.
Kenyataan ini dinyatakan menerusi ucapan ketika melawat mangsa banjir yang dimuat naik di Instagram milik beliau semalam ( 24/12/ 2021; Jumaat)
“Saya arahkan semua menteri yang bercadang untuk bercuti ke luar negara untuk BATALKAN.
Dan menteri yang berada di luar negara ketika ini untuk PULANG SEGERA untuk bersama-sama membantu Keluarga Malaysia yang dalam kesusahan.”
Benarlah apa yang dikatakan, setiap dari anak-anak itu ada rezekinya sendiri. Kehadiran anak juga adalah rezeki selain pengikat kasih sayang dia antara suami dan isteri. Kehadiran mereka memeriahkan suasana di rumah selain ragam mereka yang lucu.
Melalui perkongsian Puan Wan Nurul Melissa, 35, yang mempunyai 10 orang anak dan masih berpantang anak yang ke 10 selepas dilahirkan 22 Julai lalu, kehadiran anak-anak ini dianggap rezeki buatnya dan suami.
“Sebenarnya ramai tak sangka saya ibu kepada 10 orang anak (7 lelaki dan 3 perempuan). Di usia yang masih muda dan dengan keadaan sekarang ini, pergi mana-mana pun bila orang lihat saya bawa anak-anak yang masih kecil ada yang tanya anak sendiri atau anak buah.
“Bila jawab anak sendiri mereka tak percaya tapi bila terangkan baru mereka faham,” katanya.
“Masa mula-mula nak jaga anak ramai memang rasa susah, tapi alhamdulillah Allah sangat mempermudahkan urusan saya dan suami. Anak-anak seolah faham dan mereka jarang nak buat perangai.
“Saya bersyukur dengan membuat bisnes online ni dalam masa sama dapat tengok dan pantau anak-anak. Kami suami isteri bergilir jaga dan pembantu pun akan datang pagi, petang balik,” katanya.
Wan Melisa menyatakan memandangkan dia pun mempunyai 9 beradik dan dari keluarga besar, bila anak ramai lagi seronok. Manakala suami pula ada 4 beradik dan mempunyai kembar.
“Saya juga sangat bersyukur mempunyai anak yang senang dan dengar cakap. Masing-masing dah faham apa perlu buat. Contoh lepas main, makan semua kena kemas. Anak-anak ni bila dah terbiasa dengan disiplin automatik mereka akan faham dan ingat sampai bila-bila.
“Lagi satu, ikatan kekeluargaan antara kami sangat kuat kerana suami sentiasa ingatkan walau apa pun berlaku, masing-masing kena sayang dan sentiasa bertolak ansur satu sama lain.
Tambah Wan Nurul Melissa lagi, anak-anak yang dah besar seolah faham dan akan sama-sama melakukan kerja rumah dan menjaga adik-adik.
“Percayalah bila kita yakin dengan perancangan Allah, rajin mencari rezeki dengan niat untuk membahagiakan keluarga, semua itu dipermudahkan,” kongsinya.
Walau apa pun pendapat, hanya pasangan suami isteri itu saja yang tahu. Hormati setiap pendapat orang lain.
Apa yang penting amanah yang diberikan ini perlulah dijaga dan dibesarkan sebaik mungkin agar semua anak-anak menjadi soleh dan solehah. Bagaimana kita nak mencorakkan anak-anak semuanya dari acuan ibu bapa sendiri.
“Asalnya kami tak plan nak berapa anak kerana suami seorang saja yang bekerja dan saya pula suri rumah saja.
“Sekarang usia anak-anak 14, 11, 9, 8, 6, kembar (4 tahun), 2 tahun lebih, 1 tahun lebih dan yang ke-10 dalam pantang.
Wan Nurul Melissa berkongsi, dia berkahwin ketika usia 20 tahun manakala suami 21 tahun. Dapat anak setahun kemudiannya.
“Sebenarnya saya juga pernah keguguran sebanyak 3 kali. Kalau semua ada sekarang dah 13 orang anak,” katanya.
“Namun betullah orang kata, bila kita melahirkan anak ni setiap dari mereka pembawa rezeki yang tak disangka. Dari saya tak bekerja lepas kehadiran anak-anak saya dapat buat bisnes online dan kini sepenuh masa buat bersama suami.
“Kadang-kadang suara terkuat tu biasa. Tapi anak akan faham sendiri sebelum saya marah. Bagi saya juga ada anak ramai ni mak akan jadi awet muda. Sebabnya sentiasa melayan karenah anak-anak dari pagi sampai malam.
“Buat masa ini, kami akan fokus dan besarkan dulu 10 orang anak. Jika ada rezeki lagi Allah nak bagi kami tak menolaknya,” katanya.
Tak dinafikan anak ramai dan masih kecil memang penat. Jadi sebagai ibu saya memang dah tahu nak urus masa. Mula dari bangun pagi hingga nak tidur malam semua dah ada jadual.
Wan Melissa menambah, dia bersyukur sepanjang mengandung tiada alahan teruk. Cuma dalam trimester pertama saja alahan. Selepas itu dia kembali cergas dan boleh urus anak macam biasa.
Begitu juga melahirkan anak, semua 10 anak saya lahirkan secara normal dan mudah. Macam anak yang ke-10 ini saya lahirkan ketika usia kandungan 38 minggu dan hanya mengalami kontraksi ringan sahaja.
Semalam siapa sangka kisah seorang pegawai yang rebah ketika berkawad menjadi viral apabila dilihat seorang warga emas membantunya bangun semula.
Ramai yang membuat anggapan bahawa itu adalah ayah kepada lelaki berkenaan. Namun kira beberapa jam setelah tular gambar itu, rupanya baru diketahui bahawa warga emas itu adalah ayah saudara kepada lelaki berkenaan.
Menerusi facebook DR ASYRAF WAJDI DUSUKI yang juga merupakan Ketua Pergerakaan Pemuda UMNO Malaysia memberitahu berkaitan kejadian itu.
Beliau memberitahu bahawa bahawa lelaki itu, Nik Mohd Adhar ada adalah anak angkatnya dan bertanya khabar mengenai kesihatannya menerusi komen di facebooknya.
“Rupanya gambar yang viral hari ini merupakan anak angkat saya sendiri yang kini bertugas sebagai Penguatkuasa KPDNHEP di Tawau Sabah.”
Nama beliau adalah Nik Mohd Adhar. Beliau merupakan anak yatim piatu sejak sekolah lagi. Itu sebab kami ambil beliau sebagai salah seorang anak angkat kami sejak beliau di Sekolah Geting Tumpat lagi.
Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali seraya beliau jatuh pitam seketika ketika berkawat pagi tadi ialah bapa saudaranya yang bernama Abdul Aziz Ya’acob yang memeliharanya sejak kematian kedua ibubapa Nik Adhar.
Baru hubungi beliau bertanya khabar. Rupanya beliau demam ketika berkawat sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang pagi tadi. Moga Allah beri kesembuhan yang sempurna kepadanya.
Dalam pada itu ramai yang mendoakan kesihatan lelaki berkenaan dan melahirkan rasa bertuah memiliki ayah sudara yang sangat baik hati.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.