Siapa yang tidak teruja apabila mendapat kejutan sempena ulang tahun. Lebih manis apabila daripada insan tersayang.
Sebagaimana dengan perkongsian ini, seorang isteri mengadakan kejutan istimewa buat suaminya. Dengan memakai pakaian maskot sebagai Minnie Mouse, isteri membuat penghantaran bunga hari jadi.
Dalam pada itu, cuba memeluk suaminya. Namun hasratnya ditolak apabila suami menjauhkan diri yang menyangkan orang lain.
Setelah menanggalkan maskot baru suami menyedari bahawa maskot itu adalah isterinya.
Ikuti lanjut perkongsian di Tiktok D_Mass,
@d_massBalas kepada @bara._api♬ bunyi asal – Masss
Sikap lelaki ini menarik perhatian warganet apabila mengelak diri daripada dipeluk wanita yang tidak dikenali. Nyata, dirinya menjaga batas pergaulan.
Sumber: D_mass