Bulan Ramadan adalah bulan penuh keberkatan, dan antara saat yang paling dinanti pastinya momen berbuka puasa bersama keluarga.

Namun, tidak semua orang berpeluang menikmati detik indah ini kerana tuntutan kerja, terutama bagi mereka yang bekerja mengikut giliran. Ada yang terpaksa berbuka seorang diri di tempat kerja, jauh dari keluarga tersayang.

Begitulah pengalaman yang dilalui oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Anak Jatangmak di TikTok.

Dalam perkongsiannya, dia kelihatan memakai uniform pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah, reda dengan hakikat bahawa dia perlu bertugas dan tidak dapat berbuka puasa bersama isteri serta anaknya.

Namun, tanpa disangka, keluarganya hadir ke tempat kerja untuk membuat kejutan, membawa juadah berbuka dan mencipta momen indah yang pastinya tidak akan dilupakan.

Saat melihat isteri dan anak di depan mata dengan juadah berbuka, perasaan sebak dan gembira bercampur menjadi satu. Pastinya  menjadi momen paling bermakna buat dirinya.

@anakjatanmak #terimakasihsyg😘❤️ ♬ original sound – alsmietravelfoto

Ads

 

Lebih menarik, perkongsian video kejutan ini yang dimuat naik di TikTok telah mendapat sambutan luar biasa daripada netizen.

Suami Terkejut Isteri Anak Bawa Makanan Berbuka Puasa Di Tempat Kerja, Tapi Komen Abang Red Menyentuh Hati!

Suami Terkejut Isteri Anak Bawa Makanan Berbuka Puasa Di Tempat Kerja, Tapi Komen Abang Red Menyentuh Hati!

Ads

Katanya, video berkenaan dikongsi untuk dijadikan kenangan berbuka puasa hari pertama bersama keluarga.

Namun tanpa disangka, video tersebut masuk ke FYP dan turut mendapat perhatian Abang Red! Ramai yang tersentuh dengan kejutan sederhana  tetapi penuh makna ini, membuktikan bahawa kasih sayang keluarga tidak ternilai harganya.

Abang Red, yang merupakan bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, memberikan komen ringkas namun penuh makna. Beliau menyatakan bahawa keindahan sebuah keluarga yang bahagia adalah satu anugerah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Suami Terkejut Isteri Anak Bawa Makanan Berbuka Puasa Di Tempat Kerja, Tapi Komen Abang Red Menyentuh Hati!

Ads

 

 

Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk lebih menghargai setiap momen bersama insan tersayang, kerana Ramadan hanya datang sekali dalam setahun, dan masa bersama keluarga adalah sesuatu yang tidak boleh diganti.

Sumber: anakjatanmak

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI